Bab 20

41 2 0
                                    

" Puan- "

" mama, cuba biasakan diri panggil mama. "

Tersengih aku apabila ditegur oleh puan sophea. Aku menggaru kepalaku yang berlapik tudung.
Bukan tak biasa nak panggil mama,mama. Cuma, rasa macam tak boleh nak keluarkan perkataan mama tu bila anak mama bongsu duk perati Razie ni dari tadi.

" Er- ya,ma-mama. Maaf, lidah ni memang tersasul banyak kali."

" Hah tu jangan tersasul pula nanti panggil Darwisyh ni abang. Haa, kang terpanggil adik. Mau pitam Darwisyh tu " kata Dr Amirullah disambut gelak tawa manja daripada Puan Sophea.

" Ba-baik " alamak. Dr ni aku nak panggil apa pula. Ayah? Papa? Abi? Tuan?

" Papa. Kan senang. " Ujar Darwisyh disofa yang sedang seronok melayan kartun yang disiarkan. Boboiboy actually.
Eleh,menoleh pun tak nak dekat aku ni. Apa syok sangat agaknya layan boboiboy tuh!

" Alah jangan malu malulah dengan papa gan mama ni. Kami ni kan akan menjadi keluarga baru dalam hidup Razieana. Biasakan diri. " Kata Puan Sophea lembut.

Aku mengangguk. " Baik mama,baik papa "

" Ha, kan senang. Tiba tiba papa rasa macam nak ada anak perempuan pula bila sebut papa tu. " Dr Amirullah ketawa kecil.

" Eh awak ni. Lain macam saja. Dia kalau kata anak perempuan ni membawa maksud tersirat ni "

" Confirmlah nak cucu perempuan. Faham faham jela papa ni " sambung Darwisyh.

Mulaku mula membahang. Malu.
Aku tunduk memandang jari tangan yang tergenggam kemas diantara satu sama lain. Buat buat tak dengar. Tak nak bertembung mata dengan Darwisyh sebab aku tau dia tengah perhatikan aku sekarang.

Mereka bertiga ketawa. Aku hanya mampu diam. Hanya senyuman sahaja yang terbit 

" nak keluar pukul berapa ni Wisyh? Kejap lagi dah nak lunch. Baik pergi awal Baru pukul 9 suku ni. Tak adalah sesak jalan kang. "

" Wisyh tak kesah ma,tunggu tu " bibir Darwisyh memuncung kearahku. Aku menjelingnya. Pandai je kata aku. Padahal masa bertolak tadi dia yang pesan duduk lama lama sikit sebab nak tengok boboiboy tu. Ergh,stress aku!

" Eh saya pula,saya tak kisah. Nak keluar sekarang pun boleh. Lagi pun banyak juga ni nak kena beli. Umi pun ada pesan tadi masa Razie keluar " anak mataku mengerling kearah nya. Melihat Darwisyh yang menjeling tajam ke arah ku membuatkanku geli hati.

Nak je aku ketawa ni tengok muka tak puas hati dia tu. Itulah salahkan aku lagi.

"  entahnya Darwisyh ni. Pergilah, nanti sesak. Megamuk pula, " tambah Dr Amirullah. " Ouh ya! " Dr Amirullah yang seakan akan mahu mengatakan sesuatu itu membuatkan kami bertiga memandangnya.

" kenapa Darwisyh tak jumpa tok ayah semalam? Kan papa suruh pergi tengok tengokkan. Tokayah semalam tunggu Wisyh dekat maghrib. Mana kamu pergi? "

Air liurku yang ku telan terasa tersekat dikerongkong. Aku memandang Darwisyh yang mengangkat bahu. " Entah tak tahu. Semalam kita pergi mana sayang? "

Bertambah kelat aku menelan air  liurku. " er-er,entah awak. Semalamkan kita pergi sere-- "

" Lah! Kita pergi melawat kawan awak sakitkan! " Potong Darwisyh. Aku yang faham itu terus menzipkan mulut. Hanya kepala sahaja diangguk mengiakan kata kata Darwisyh.

" Ouh la. Ingatkan pergi kemana lah tadi  tak adalah. Tak elokkan kamu berdua tak ada ikatan apa apa lagi dah keluar sama sama. Nanti apa pula masyarakat luar cakap  " Puan Sophea senyum memandangku. Namun renungan tajam diberikan kepada Darwisyh. Amaran. Bukannya dia tidak kenal perangai anak bongsunya itu.

You Are My Saviour & My SoulmateWhere stories live. Discover now