" Darwisyh awak okey ke? Awak ada terhantuk dekat mana mana ke? " mataku melilau mencari kesan luka atau darah di tubuh Darwisyh.
Aku menjadi risau apabila tiada balasan kata dari Darwisyh. Dia paling memandangku. " Aw-awak okey ke? " soalan yang sama aku ajukan. Ya. Aku mahu dia jawab soalan aku itu dulu. Mungkin itu dapat menenangkan hati aku yang risau?
Dahi Darwisyh berkerut seribu. Perlahan dia mendekatkan jarak diantara kami. " Kenapa? Aw- "
" Shoosh.. Diam. " aku terus terdiam. Aku mengerutkan dahi.
Kenapa?Aku semakin hairan apabila Darwisyh mengetap giginya kuat.
" Dahi kau darah " lagi sekali giginya diketap. Tangannya distereng kereta digenggam kuat." Tak saya okay. Darah sikit je ni. Tak sakit pun " tipuku. Gila kau? Sakit gila nak mateyyy... Aku rasa tengkorak kepala aku ni rasa macam sengal sengal je ni. Tapi aku bertahan. Sedaya upaya aku mengawal air muka supaya tidak dapat dibaca oleh Darwisyh yang aku sedang menahan sakit.
" How many times I want to tell you that I hate people lying? "
Aku telan air liur.
" Damn it! " sempat aku menangkap perkataan carut yang dilontarkan oleh Darwisyh dengan nada yang perlahan.
Aku mengambil keputusan supaya berdiam diri. Lebih baik diam. Daripada kang tetiba kena tengking? Mahu tak menanggis aku dekat sini? Kang datang angin bulan dia. Silap-silap mayat hidup aku jadi karang.
Ish, nauzubillah.
Darwisyh meneruskan pemanduannya. Aku hanya memerhati setiap selekoh jalan yang dituju. Setiap signboard jalan aku lihat. Kemanalah mamat ni nak bawa aku ni?
Sesekali aku memegang tempat luka didahiku. Berdenyut-denyut. Nak sentuh pun sakit. Yaallah.
Mataku mengerling Darwisyh disebelah. Dia marah aku ke?Fikiranku mula terfikir tentang punca kejadian tadi. Apa yang menyebabkan kami jadi sebegini ya?
Oh haah! Yes!
" awak kata tadi saya bergendut dengan jantan lain kan? Tu ke sebab awak jadi macam ni Darwisyh? " tanpa rasa ragu aku menanyakan Soalan itu.
" discuss later. "
Jawabnya dingin." fine. Selagi awak tak bagitahu kita nak-- "
" klinik "
Okay faham. Bila Darwisyh balas sepatah membawa maksud. Jangan berani lagi bunyi selepas ni .
Baiklah. Saya faham awak.⌛
Mataku aku celik. Dah sampai ke? Aku menoleh memandang tempat pemandu. Kosong.
Mana Darwisyh menghilang? Pergi toilet ke?Aku duduk meregangkan otot badanku. Leher yang terasa lenguh aku dongak kiri dan kanan. Pintu pemandu terbuka dari luar. Tak perlu fikir siapa. Darwisyh.
Aku menoleh memandangnya. Mukanya seperti tiada perasaan.
Aku perasan ada plastik putih yang tertera nama kedai Farmasi." Kat sini klinik tutup. Nah " dia menghulurkan plastik putih itu.
Aku buka melihat isi didalam.
Plaster. Antiseptik. Kapas. Pembalut luka." Banyaknya. Kan membazir beli ni semua-- "
" Bersihkan luka kau. Dah kering aku tengok. Kau kacau eh guna tangan? "
Aku sengih. " mana ada. Tak kacau pun. "
" penipu. Baik kau bersihkan sekarang. "
Aku patuh. " Er macam mana eh? Awak ada air tak nak basahkan? Tempat luka ni? " aku menilik lukaku di cermin kereta. Nasib tak serius.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
RandomSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...