Darwisyh
" Assalamualikum warahmatullah.. Assalamualikum warahmatullah.. " aku meraup mukaku. Istighfar aku dahulukan sebanyak 3 kali.
Tangan aku angkat berdoa kepadanya. Kepada yang maha Esa.
" Bismillahirahmanirahim, ya'allah. Engkaulah tempat aku meminta dan mengadu. Ya'allah. Izinkanlah dia jadi milikku. Jika dia jodohku maka permudahkanlah hatiku ini untuk terimanya.Kumohon,agar engkau permudahkan buatku untuk merubah diriku menjadi yang lebih baik ya allah. Kumohon agar aku dapat mengawal kemarahanku ini. Amin. "
" Aku sedekahkan alfatihah kepada arwah Athirah Qalisha Binti Amirullah. Tempatkanlah dia ditempat-tempat orang yang beriman. " Bacaan surah Alfatihah aku baca.
Usai mengaminkan doa. Aku bangun melipat sejadah dan mengantungnya. Aku menutup penghawa dingin bilikku dan menuju ke tingkat bawah.
Sewaktu aku menuju ke ruang tamu. Susuk tubuh Syahmi serta mama dan papa sedang khusyuk menonton television yang sedang memainkan movie suicide squad.
Aku melintas dibelakang mereka menuju ke dapur. Peti ais aku buka. Botol air milikku aku ambil dan aku minum. Aku kembali semula ke ruang tamu.
" Ma. Pa. "
Automatik kepala Mama dan Papa serta Syahmi menoleh memandangku. Aku mengambil tempat disebelah Syahmi
" Kenapa tak stay tadi petang dekat rumah Razieana? " mama memulakan perbualan.
Belum sempat aku menjawab,
" Dating ma. Gan buah hati pengarang jantung dia tu " potong Syahmi.Papa gelak. " Tak menyabar betul "
Aku -_- " Mana ada. Ni, sorry ada hal tadi petang. Macam mana? Family dia setuju tak? "
Mama mengangguk ngerti. " Alhamdulillah... Mama dan papa tadi dah bincang pasal tarikh pertunangan kau orang berdua. "terlihat segaris senyuman gembira dibibir mama.
" Wisyh tak nak tunang. Nikah terus "
Jawapan aku itu membuatkan Syahmi dan papa terkejut.
Lain pula mama, teruja pula." Betul ke ni anak mama ni? Serius ke? Alhamdulillah. Baguslah..." Mama meraup mukanya dan bangun menuju ke arahku.
" Tepi sikit! " Mama menyuruh Syahmi berganjak ketepi. Memberi ruang kepada mama.
Mama terus memelukku. " Erm.....anak mama ni! Tak sangka betul! " kedua-dua pipiku ditarik.
Papa tergelak melihat kelakuan mama. " Teruja sangat ke tu yang? " Tergeleng-geleng kepala papa mengertawakan Mama dan Syahmi yang sudah membuat muka cemberut.
Aku turut gelak sama. " Mama sakitlah....merah dah pipi Wisyh ni tau..."
" Ish geli sia....kau pikir comel apa? " Syahmi menjelingku.
" Eleh. Jealous lah tu.." Mamaku bersuara memenangkan aku.
" Alah mama kalau Wisyh semuaa je nak dimenangkan. Sokaylah. Mi ada papa. " Syahmi segera bangun dan menghenyakkan punggungnya disebelah papa.
Aku berpaling memandang mama.Baru sahaja aku mahu menanyakan soal nikah yang sbentar tadi aku katakan, " Ma? Kenapa ni? " Pandanganku menjadi heran apabila mama diam. " Anak mama ni dah nak kahwin dah.."
Ujarnya sebak.Aku mengeluh. " Ma, tak mo lah gini. Belum kahwin lagi. Baru merisik.. "
" Entahnya yang ni. Jangan nak emo sangat boleh? Tak baik tau untuk kesihatan awak yang semakin berumur tu " Papa menegur.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
AcakSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...