Bab 25

152 3 0
                                    

Sepanjang seminggu Razieana menjadi milik Darwisyh Daniall hidupnya tidak banyak yang berubah, kini dia masih lagi bekerja bersama Puan Sophea ibu mertuanya itu. Dia juga berpindah ke kediaman barunya bersama Darwisyh di atas desakan lelaki itu kerana mahu hidup mereka berdua tidak diganggu oleh Syahmi yang kerap bersama Razieana sejak duduk di atas bumbung yang sama di rumah mertua Razieana. Dia sebagai isteri hanya patuh dengan arahan Darwisyh yang mempunyai kuasa sebagai suami.

Dirumah yang besar ini, pelbagai pelosok rumah lagi yang dia masih belum terokai. Dia baru sahaja menetap disini dua hari, semalam dia bergesa kemas barangnya dan Darwisyh kerana mahu diangkut bawa ke sini. Memikirkan tentang Darwisyh,kepalanya sakit. Sakit dengan perangai Darwisyh yang kerap keluar tanpa memberitahunya. Dia juga berfikir mahu mengeratkan lagi hubungan dia dengan Darwisyh di alam perkahwinan ini. Tapi, bagaimana pula dengan Darwisyh?

Fikirannya ligat berfikir pelbagai cara supaya suaminya itu terus menetap dirumah sekurang-kurangnya sehingga habis tamat tempoh cutinya yang diberi oleh ibu mertuanya sempena perkahwinannya dan Darwisyh. Dia akui, Puan Sophea dan Dr, Amirullah memberi layanan yang baik dan pelbagai nasihat supaya terus bersabar dengan perangai anak bongsunya yang kadang sukar dijangka angin monsunnya yang kerap datang tidak diundang dan sukar dikawal. 

Baran. Tindak melulu. Kadang mood baik,salah cakap mood lain pula datang. Masih ingat lagi pertengkarannya bersama Darwisyh 2 hari lepas apabila Darwisyh membangkitkan isunya bersama abang iparnya Syahmi. Dan disebabkan itulah Darwisyh mahu berpindah dan kerap keluar. Merajuk mungkin? Takkanlah. 

Razieana menggaru pelipisnya, bibirnya diherotkan. Memikirkan apa yang dia perlu buat di dalam rumah yang sebesar istana ini. Dia mula bangkit dari sofa empuk itu mencapai remote kawalan televison, dibukanya siaran FOOD NETWORK . Rancangan masakan menjadi pilihannya, dia berniat mahu memasakkan Drawisyh masakan barat yang sedap memandangkan bahan di dalam peti ais juga tiada. Dia memerhatikan dan menghafal serta menulis setiap bahan dan setiap langkah yang diajar dengan teliti dan tekun. Selepas hampir 30 minit dia menghadap akhirnya siaran itu tamat. 

Kertas A4 yang menyalin segela bahan yang diperlukan diletakkan atas meja kaca itu dan pen,Dia berlari naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya. Tudung shawl arab dililit dan mencapai cardigan hitam. Seluar jeans longgar disarungkan. Telefonnya yang sudah dicas pnuh diambil tidak lupa juga beg duitnya. 

Setelah yakin semuanya siap, dia turun kebawah. Diambil kertas tadi dan menutup television dan menuju ke tempat kuncinya gantung. Dibukanya tempat peti kunci dan alangkah terkejutnya apabila perlbagai kunci dan kunci kereta, hampir 5 kunci kereta auto yang dikiranya.

" ni mana satunya ni kunci rumah? kunci pagar? Banyak bebenor warna yang sama tapi berlainan. Kuning pekat,kuning cair,kuning langsat aduh, pening kepala aku. " rungut Razieana. Dia mula menelefon suaminya, namun hampa panggilannya tidak dijawab. 

Hatinya mula sedikit terasa dengan perlakuan suaminya itu. Dia bercadang mahu mencuba satu per satu ketiga tiga kunci rumah itu. Setelah mencuba akhirnya kunci yang berwarna kuning langsat dan kuning pekat di ambil. Dia mengambil salah santu kunci kereta. Tidak diketahuinya kereta jenis apa yang dipilih. Kerana fikir yang mesti terlambat untuk pergi ke pasar.

Dia berjalan mencari dimana terletaknya garaj kereta Darwisyh. Setelah hampir 20 minit, dia mula letih. Hatinya mula panas, peluh yang menitik dihiraukan.

" arghhhhhhhhh!!!!! apa masalah awak ni yang suka sangat dengki dengan saya ! Kereta mahal mahal pi letak bawah tanah tu pasai apa! Menguji kesabaran betul! " katanya kuat sambil menendang shutter garaj itu. " Ingat letak kat bawah ni, saya tahu ke huh? Bagi jelah tahu sebelum keluar! Apa salahnya? Kalau ye pun marah, janganlah tinggalakan saya terkontang kanting dekat rumah sebesar rumah Najib nih!!! Cari laki baru kang tak memasal pulakk buat kenduri arwah! " bebelnya lagi. Hatinya benar benar geram. 

You Are My Saviour & My SoulmateWhere stories live. Discover now