Bab 35

40 1 1
                                    

Darwisyh memakirkan keretanya dibelakang milik Syahmi . Radio dan penghawa dingin ditutup. Enjin dimatikan.

Razieana menarik keluar minyak wanginya. Disembur kepada dua belah pergelangan tangan. Bibir dicalit lipbum. Tudung dibetulkan.

Darwisyh menyandar melihat Razieana. " Lawa lawa nak pergi mana je? " dia menarik tudung Razieana. ' saja kacau '

Razieana menjeling, " habis takkan nak datang rumah kawan papa awak selekeh meleleh pula kan.. " dia membetulkan kembali tudungnya.

Darwisyh mencebik, " bukannya dia halau Sayang pun..Wisyh kan ada..takyahlah wangi wangi ni.."
Razieana malas mahu melayan Darwisyh. Puan Sophea serta Dr. Amirullah dan Syahmi sudah turun.

" Jom! "

" Eleh nak tunjuk dekat siapa je muka tu? "

Razieana mengembungkan mukanya.
' serius ah? Time macam ni? '

" Papa gan mama dah masuk tu..jomlah! " Lantas dia keluar dari perut kereta. Matanya melilau memandang sekeliling.
' kawasan rumah orang kaya ni..agaknya ni lah kawan papa tu..doktor juga tak? '

Darwisyh merengus.
Pintu ditutup. " Yelah jom! " ujarnya malas. " Awak, kawan papa doktor juga ke? "

" Rasanya lah..Wisyh pun baru pertama kali sampai sini..rasa partner papa dekat luar negara juga kot "

Sesampai sahaja di hadapan rumah,
" mashaAllah lawanya... ni rumah ke hotel ke istana ke macam mana ? "

Darwisyh berkerut dahi?
" Apa awak merepek ni? "
kasut ditanggal. " Jangan buat perangai aneh aneh eh. Dah masuk! "

Razieana tersengih, ' cakap sikit pun tak boleh! '

Mata Razieana ralit melihat bentuk rumah itu.

" Besar rumah kalau ramai family duduk kan best

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Besar rumah kalau ramai family duduk kan best..agak agak dia bayar bil macam mana eh? "

Darwisyh membuat muka tasik,
' serius lah dia ni? ' tiba tiba idea nakalnya muncul,

" Kenapa? Sayang nak baby ke? Buat anak ramai ramai..hurmmm? "

" Ish ish..macam manalah dia orang bayar kan? " persoalan Darwisyh tidak dijawab.

Darwisyh berdehem, " Rasa rasa Darwisyh bayar bil dekat rumah tu macam mana? " terangkat keningnya menanyakan kepada Razieana.

Razieana mengangkat bahu.
" entah..awak bukannya nak bagitahu saya.." kemudian dia jalan menonong mendahului Darwisyh.

" Dia yang tak tanya... dia yang tak jawab..hurm.."

Mereka berdua menyalam tangan Puan Sophea dan Dr. Amirullah.

" Pa..mana tuan rumahnya? " soal Syahmi. Darwisyh juga memandang ayahnya. Soalan yang sama.

Pintu yang terbuka dari atas menandakan Seseorang akan menuruni anak tangga. Mereka semua berpaling melihat gerangan orang yang menegur mereka,
" Amir!!!!! Dah sampai? "

You Are My Saviour & My SoulmateWhere stories live. Discover now