Aku mengeliat kekiri dan kekanan. Aku menutup mulutku apabila terasa mahu sangap.
" Aduhai...letih banget ni, " aku menggosok-gosok mataku. Aku bangkit daripada katil dan terus menuju ke meja solek. Aku mencapai sikat dan terus menyikat rambutku yang kusut. Aku mengambil getah rambut hitam dan terus mengikat sanggul.
Aku mengutip bantalku yang jatuh. Terus aku mengemas tempat tidurku. Jam didinding aku kerling. Baru pukul 9. Awal lagi nih Zie...
Mentang-mentang aku cuti hari ni. Bendera jepun katakan. Memang bawa sampai ke kol 9.
Aku memulas tombol pintuku menuju ke dapur.Pabila melihat susuk tubuh ibuku yang sedang riang bergelak tawa gan ayah. " Bu? Ayah? " aku menegur mereka. Gelas yang tergantung bersih licin itu aku capai. " Hah, baru bangun? Dah mandi ke belum ni anak ibu ni? " tanya ibuku yang sedang memotong sayur bayam itu. Ayahku memaling memandangku kemudian meruskan kerjanya yang sedang memasak ayam sambal dalam kuali. " Erm, muka dia mandi? Memang tidak lah jawabnya. " ujar ayahku.
Aku tersengih. Botol yang terisi air masak itu aku capai dan aku tuangkan kedalam gelas. 2 kali teguk.
Hidungku mula membau aroma ayam sambal yang sudah mengeliurkan. " wahhh..... Gila sedap bau dia! Yah! Yah memang cef yang paling terbaik di dunia ini! " aku datang menghampiri.
" Ish! Pergi sana! Mandi! Jangan cemarkan bau ayam sambal ayah yang sedap ini dengan bau masam Razie tu. " ayah menolak lenganku jauh menggunakan sikunya. Aku mencebik.
" Busuk-busuk ni lah anak perempuan ayah yang paling ayah sayang tahu " aku menarik muka. Nak majok!
Tergelak ibu aku yang sedang memotong sayur itu. " Dah memang Razie je anak ibu gan ayah. Memanglah sayang. "
Ayah dan aku ketawa kecil.
" Hehehe, nak gi tengok korea lah. Ibu gan ayah masak lah ye. Janji Razie tak ganggu. " aku senyum kepada ibu dan ayah." Yelah. " jawab ayahku dan ibuku serentak. Aku terus membawa kakiku menuju ke ruang tamu. Remote tv aku capai. Suis tv aku hidupkan. Punat merah aku sentuh.
Aku mengambil tempat di atas kerusi kayu jati yang berlapikkan cuisine yang nipis.Siaran 393 aku tekan. " Pergh,pagi pagi sabtu ni tak ada cerita?! " aku memilih Library untuk melihat senarai cerita yang telah dirakam.
" The legend of the blue sea dah tegok ke belum eh? " aku menekan rancangan itu. " Hah! Cun cunlah. Episod 7,8,9,10 dah rekod. Memang aku ngadap tb lah jawabnya"
Setelah hampir 45 minit aku melayan cerita korea itu. Perutku mula memainkan peranan. Gila lapar. Lamanya ibu gan ayah aku ni masak. Aku terus menekan pause dan menuju ke dapur.
" Banyaknya masak hari ni. " aku lihat ayam sambal, bayam masak air dan sup tomyam sudah terhidang. " Aip! Jangan sentuh-sentuh! Pi duk depan sana! " ibuku memukul tanganku yang mahu mengambil seketul ayam sambal itu. " Pergi mandi lagi bagus. Pakai cantik-cantik tau. Wangi-wangi. Dah g depan. " arah ibuku lagi.
Aku membuatt mimik muka sedih. " Sampainya hati! Akak lapar tau bu. Huwaaaa... Majok ah. Majok...." aku menyilangkan tangan. Mulut aku muncungkan.
" Jangan nak mengada. Ayah kata naik atas. Ikut kata ibu! Kena budak ni kang " kata ayahku pula.
" Ada orang nak datang ke ni? Awat tak habaq awal-awal. Boleh akak tolong "
" Ish budak ini. Derhaka! Derhaka! Tak nak dengar kata ibu! Tak nak dengar kata ayah! Pergi mandi sekarang! "
Aku hanya mampu memuncungkan lagi bibirku. Duck face sangat! " yelah....yelah... Razie pergi nih. Tapi......" Sebelum mahu aku melangkah. Tanganku pantas mengambil seketul ayam dan terus berlari masuk kebilik.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
De TodoSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...