Darwisyh membuka peti ais dapurnya. Bahan yang menempatkan bahan basah dibuka. Bibirnya diherotkan, " nak masak apa eh? "
Jarinya mencapai bungkusan yang berisi ayam. Akalnya mendapat idea,
" nasi goreng!!!! " jari dipetik.Seketika kemudian, dia ketawa kecil,
" Hiks, nasi goreng cinta...."
Senyumannya lekang dibibir.
Suasana pagi yang terasa begitu indah bagi Darwisyh. lapang dadanya." Nah, Wisyh masakkan Nasi Goreng untuk isteri Wisyh yang comel ni.." ujarnya berangan.
' ish, macam obvious sangat je kau excited..'
' alah takpelah..biar dia tahu..aku usaha untuk masak untuk dia..tak ke sweet tu? '
plastik itu dibawa keluar,
" okay Darwisyh! Lets masak masak! " entah kenapa, lama dia tidak merasa ceria yang dirasai tika ini. Hatinya berkeras mahu memasakkan buat isterinya. Dirinya bersemangat mahu menghidangkan sarapan buat Razieana.Resepi dilihat berkali kali. Apron dipakai. Apabila melihat semua bahan yang diperlukan sudah sedia,
Baju lengan disenteng, rambut diseka kebelakang. Gayanya tak ubah seperti chef yang handal,
" lets cook "_______________________
Razieana mengeliat kekiri kekanan. Matahari yang mula menembusi tirai biliknya terasa aman sekali. Bibirya mula mengukir senyuman. Lagi sekali dia menengangkan urat sarafnya.
" huwaaaaaa! "Dia memalingkan badannya ke sebelah. Perlahan jarinya memegang hujung selimut, niatnya mahu mengejut suaminya.
1...2...3....
" Morning my hubby! " sergah Razieana.
' eh?mana dia? ' kepalanya toleh ke arah bilik air, ' takde bunyi pun..'Selimut dibalut pada tubuh badannya, ' ofcourse lah..kang kalau tiba tiba Darwisyh masuk..hah! Tak ke naya budak tu tak pergi kerja hari ni? ' Raziena tersengih.
" Gatal lah kau Raziena. " Mukanya merah sendiri. Tercicit dia menuju ke kamar mandi. " kita mandi dulu lah ye..takkan nak jumpa my wisyh bunny busuk busuk.."
Selepas mandi, dia memelih baju dalam almarinya. Helai demi helai dilihat. Tiada yang menarik pada matanya tika ini. ' wah..memang betul tak ada taste lah ek kau...'
" Old school gila?! Macam mana nak pakai. Tak bestlah! Eeeeeeeeee..." dia merengek seorang diri. " Macam mana ni! Alahhhhhhh! "
Bibirnya memuncung, ' pakai jelah hoodie Darwisyh ni. ' hoodie Darwisyh yang berwarna hitam itu di sarung. Rambut dikeringkan menggunakan hair dryer. Kemudian dibuatnya stail ' bun ' . Bibir dicalitkan lip bum.
Dia menilik wajahnya di cermin.
' cun lah ni..ingat senang ke nak bangun pagi siap siap macam ni..' dia tersengih sebelum keluar.
Anak dara yang belum kahwin tu pun belum tentu tau siap cantik cantik awal pagi.
Seluar?' Takpe arini kita free show je..' Fikirnya memandang baju hoodie itu separas lutut. Kaki menuruni anak tangga. Bau aroma menusuk ke hidungnya. " wahhh sedapnya..baby masak ke tu? "
Melihat Darwisyh yang sedang membelakangkan dirinya membuat senyuman Razieana semakin lebar.
Razieana meninjau kaki dijengketnya,
" Morning hubby! " sebuah ciuman dihadiahkan kepipi Darwisyh.Dirangkulnya pula tubuh Darwisyh dari belakang, " rindu..."
Darwisyh tersenyum, " mana aci cium curi..tak baik tau.." Darwisyh mencalitkan mayonies kebatang hidung Razieana." Awak masak untuk saya ke? " ujar Razieana sambil mukanya dicomelkan. Langsung Darwisyh mengelap tangannya di kain. Dia pusing memeluk Razieana. Kepalanya ditundukkan manakala Razieana mendongak.
Pipi Razieana diusap. " Awak tahukan awak tak comel? " Darwisyh menarik hidung Razieana. Geram!
Razieana mencebik.." betul ni tak menyesal? " Darwisyh menggeleng.
Razieana melepaskan pelukan, " takyah tipu..you love me..i love you..you know? " balas Razieana dengan suara yang sengau.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
LosoweSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...