Berkerut kerut wajah Darwisyh pabila membaca beberapa cara masakan dalam telefonnya, sekejap bibirnya diherotkan. Sekejap kepalanya digeleng. Sekejap dia mengangguk seolah olah dia faham.
' tu nak angguk ke geleng tu? ' bisik hati Razieana.
' Suruh baca pun lama ka? '
Razieana mengerling jam di dashboard, ' memang lambat lah jawabnya ni.. '" Darwisyh..saya rasakan..biar saya jelah masak.. saya okay lah...", ujar Razieana tatkala menyedari masa sudah banyak berlalu.
Namun, Darwisyh menghiraukannya.
Matanya masih tetap di skrin membaca resepi tersebut.Razieana menyandarkan dirinya,
" eeeeeee..penat tau. Dah dekat 20 minit awak baca resepi tu. Saya suruh tengok je bahannya. Nanti kita cari..bukannya.."" Razieana diam! " pintas Darwisyh.
Razieana menoleh ke arah suaminya,
" awak..kita cari bahan je tau. Baca je bahannya.. awak nak masak apa ni? Cuba bagitahu.." gesa Razieana. Matanya mula mahu melihat ke dalam skrin telefon Darwisyh." Okay dah jom! " lantas Darwisyh mematikan enjin. Pintu kereta dibuka. Kakinya laju menghala ke pasaraya grocery store itu.
Razieana memandang tidak percaya,
ekor matanya memandang Darwisyh yang sudah mencapai troli.
" wahhhhh! Dia ni memang sukar nak jangka eak? Macam tu je? " dia membuka pintu dan turun. " macam tu je? Lepastu.." tangannya menutup pintu kereta, " tutup dan jalan? "Raziena senyum sambil hidungnya kembang, " bagus. Tahniah lah kepada diri sendiri...niat nak jalan sweet sweet dengan suami. Tapi..kena tinggal.." bebelnya seorang diri.
Matanya melilau mencari kelibat suaminya, tiada. Dia mengangguk angguk. " Memang betullah, jangan kutuk suami dalam hati. Kan aku yang tengah terangguk angguk "
" Eh minahchi, sini! "
Langsung kepala Razieana tertoleh kearah empunya suara itu.
" memang suka buang masa eh? Benda sekarang ni dah cari tau. Nak tunggu kau bila pula? "Mata Razieana melihat segala bahan yang ada dalam troli tersebut,
" awak ni nak masak ke buat kenduri? " tanyanya pelik. Mananya tidak, membulat mata Razieana melihat segala barang yang di ambil oleh Darwisyh." Lah..tak tau ke? Aku kan nak buat kenduri orang meninggal malam ni. Tu yang beli lebih.." ujar Darwisyh bersahaja.
" Ni nampak ni? Saja beli kain putih lebih tadi..ingatkan nak lap lap. Tapi rasa macam sedap pula kalau nak lapkan muka kau.." katanya sambil tunjuk ke arah kain putih segi empat itu.
Bibir razieana membentuk 0.
" ooooooo..baru tahu..yelah kan arwah dulu baik orangnya. Dah lah tak hensem mati pula tu..yelah yelah saya cari bahan sekejap ye? " kakinya terus diatur mencari bahan yang mahu dimasak." kesian nak bunuh diri sendiri, ish tak patut betul..isteri lawa lawa sikit letop pun nak bunuh diri..." perli Raziena sambil jalan.
Dalam hatinya, ' keh keh keh..nak kenakan aku ye? Hah amek kau..'Darwisyh ketap gigi,
" ketod ni..kalau aku dah luku kepala dia kasi elok memang tak jadi apa, " katanya perlahan. Dia mengeluarkan telefonnya.3 Message from hacker,
Mesej itu ditekan,
Boss, u need to see this.
3.33p.m((Open filed))
3.33p.mI got all your info that you asked for
3.34p.m
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
AlteleSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...