Razieana tergangga melihat gambar dari si penghantar,nafasnya terasa sesak. Tangannya mula mengigil. Lidahnya kelu.Otaknya tidak dapat mencerna angkara siapakah gambar ini. Hatinya mula berdetak laju.
' yaallah..ini bukan aku. Ini bukan aku.. ' Razieana bermundar mandir di dalam bilik beradunya itu. 'perempuan dalam gambar tuh, no-no-no! Tu bukan aku, ' buat seketika dia tersedar sesuatu " ya'allah..macam mana kalau Darwisyh jumpa! macam mana macam mana yaallah.. " Air matanya mula bergenang. Hatinya semakin takut dan gusar. Seminggu yang lepas dia mendapat mesej daripada penghantar yang tidak dikenali di whatsapp, disangkanya penghantar itu salah nombor. Tetapi hari ini dia tidak pasti sama ada adakah kemungkinan orang yang sama menghantar gambar yang baru diterimanya. Mungkin penghantar itu menggunakan nombor yang berlainan.
Tapi atas sebab apa! Sebab apa!
Fikirannya mula teringat sesuatu, dalam mesej itu ada tertera nama ' ana '.. itu ialah panggilan namanya suatu ketika dulu. Dan apa yang pastinya, hanya seoarang sahaja yang memanggilnya dengan nama ' ana ' .
Bulu romanya mencanak naik, ' tak mungkin dia! '
Tiba- tiba ketukan yang bertalu-talu di pintu biliknya membuatkan bahunya terhinjut sedikit. Kepalanya terus terarah pada muka pintu.
" weh asal kunci ni? Aku nak masuklah.. " suara Darwisyh diluar sana membuatkan Razieana semakin takut.
" aw-awak na-nak apa tadi? "
Darwisyh yang mendengar mengeluh, " aduh aku tertinggal fail kerja tokayah lah..bukaklah pintu ni."Gesa Darwisyh. Tangannya mula memulas mulas pembuka pintu.
Razieana menarik nafas dalam, telefonnya diletakkan dalam laci sebelah katilnya. Dia membuka pintu perlahan. Terpacul muka Darwisyh dihadapan pintu bilik mereka.
" hah ingatkan lagi setahun aku kena tunggu kau buka pintu haih, aku dahlah lambat ni " Darwisyh terus merobos masuk dan menuju ke laci yang menempatkan failnya. " kau asal?Sembelit ke apa perut? Lama sangat nak buka pintunya, " bebel Darwisyh.
Setelah mendapat fail yang dia mahukan. Dia mengela nafas lega. " alhamdulillah, dapat pun kalau tak memang aku kena ceramah free je kang dengan tok ayah "
Darwisyh pusing melihat Razieana yang diam menekur melihat dirinya. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. ' sakit ke? Aku tahulah dia memang tak pakai powder ke apa, sebab muka tu memang natural. Tapi ni kalau dah putih sangat, bukan powder namanya.. ' fikir Darwisyh.
" kau-kau okay tak ni? Aku nak gerak cepat ni.. " ujar Darwisyh sambil duduk bercangkung dihadapan Razieana yang sedang duduk di birai katil itu.
Razieana mengangkat muka Dia senyum. " okay..awak pergilah, nanti balik makan rumah tau. Saya masak.. " sedaya upaya dia menahan gigil badannya. Senyumannya juga diukir paksa.
Darwisyh juga senyum, " okay, kalau lambat sorry mori eh..dah aku kena pergi ni. Apa apa call tau! " pesannya. Dia terus turun ke bawah meninggalkan Razieana. Setelah mendengar pintu ruang tamu dibuka, Razieana bangun. ' jangan Razieana..dia akan perasan. Jangan pergi dekat dia ' separuh akalnya menidakkan.Namun hatinya tersangatlah mahu berlari dan mendakap tubuh Darwisyh.
Mendengar deruman enjin kereta audi Darwisyh membuatkan Razieana terus berlari keluar. Tergopoh gapah dia menuruni setiap anak tangga. Pintu rumahnya dibuka kasar dan pintu kereta Darwisyh dibuka luas dari luar.
" what the.. " belum sempat Darwisyh berkata tubuhnya dipeluk erat oleh Razieana. Terkesima dia sekejap dengan tindakan drastik Razieana tanpa diduga itu.
" Darwisyh awak tak payah pergi kerja boleh? Atau saya ikut awak pergi ke ofis? Atau awak nak suruh saya tinggal dalam kete tunggu awak pun tak pe..saya okay " ujar Razieana.
Hatinya semakin takut apabila ditinggalkan keseorangan di rumah. Takut dengan kata kata penghantar misteri tadi.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
Ngẫu nhiênSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...