Di restoran*
Aku turun dari perut kereta dan memandang ke bangunan besar restoran yang berdua tingkat itu.
Franz's restaurant. Not bad. Tapi biar betul budak ni? Kalau ye pun nak aku open table agak-agak lah kan. Memanglah duit aku kerja cukup nak bayar kalau makan 2 orang. Tapi yang jadi masalahnya aku tak bawa duit lebih. Seratus je ni dalam purse." Awak nak suruh saya makan kat sini ker? " aku pusing memandang laki itu. " Asal?kau tak biasa ker? "
Aku garu kepala aku yang terasa gatal. " Erm,tak boleh ke makan dekat kedai mamak je? " dan dia kata " tak boleh. Panas. Dan akan jadi lagi panas bila makan dengan kau. " dan berlalu pergi masuk ke dalam kedai tersebut. Dan aku? Hurm..ikutkan jela. Apa boleh buat kan Razieana. Kalau tak cukup. Suruh dia tambah. Setel.
Dengan langkah longlai aku masuk menuju ke..eh? Sekejap. Mana Darwisyh? Aku memandang sekeliling inci kedai yang gah dan modern itu. Tak ada.
" Yes miss? Can I help you? " seorang pekerja lelaki berpakain kemas berwarna putih dan memakai apron hitam di keliling pinggangnya bertanya. "Err, saya-saya cari Encik Darwisyh..dia.."
"Ehem." Aku toleh belakang memandang Darwisyh yang sedang memandang aku. Okayy bukan pandang tapi tenung. Serius gila muka dia. " Ikut aku. Tempat duduk kita dekat atas. "
" Hah dekat atas? Kenapa tak ambil kat area sini je? Kan susah nak kena naik- " belum sempat aku menghabiskan ayat Darwish memotong " lif. Kita naik lif " sejurus dia membawa diri nya menuju ke pintu lif yang bersebalahan kaunter bayaran.
Ouh,yeke ada lif. Mana lah aku perasan. Aku berjalan laju dan segera menekan second floor selepas sahaja Darwisyh masuk.Kami berdua mengambil tempat di hujung kawasan terpencil yang agak tidak ramai orang yang duduk makan. Tak silap 2 orang je. Haih, budak nie memang tak suka tempat ramai orang dan bising agaknya. " can i take a order sir? " tanya seorang pekerja disitu. Tangganya bersiap sedia untuk menulis pesanan didalam buku nota kecil.
" yes i'd like to try the steak Franz's special please, " balas Darwisyh.
" I mean, two " sambungnya lagi.
Pekerja lelaki itu mengangguk sambil menulis." And to follow? "
" Ice cream vanilla with strawberry " jawab aku mencelah. Aku menyegih apabila Darwisyh menjeling. Eleh kesah apa aku." And to drink? "
" Just give us two glasses of orange juice " kata Darwisyh dan menutup semula buku order. Lantas buku itu ditolak ketepi dan mengfokuskan pandangannya terhadap aku.
" you're order will become any minutes. Thank you,Mr and Mrs"
Aku mengangguk senyum.Aku memandang Darwisyh yang sedang merenung aku. " Apa?! Ada something ke dekat muka saya? "
" Ada "
Tanganku mula meraba ke tudung kepala yang setia melilit di kepalaku. Kemudian mendarat ke muka. " Mana. Mana? Mana?! Ada apa?! Rambut ke? Tudung senget ke? "
Dia mendengus kecil. " Tak payahlah nak beriya norh betulkan tudung tu. Kalau kau betulkan sekalipun. Bukannya lawa " dia kemudian mengeluarkan telefonnya dari poket seluar dan menarikan jari runcingnya di atas skrin.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
RandomSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...