Dia menunjukkan beg dompetku yang berada dalam genggaman tangannya. Perlahan aku menurunkan cermin tingkap tempat pemanduku separuh. Muat untuk memberi ruang kepada beg dompetku itu.
" Maaf,awak punya barang tercicir tadi "
Bibirku bulat membentuk 'O'
" Yeke? Terima kasih sebab beri pada saya kembali "Lelaki itu tidak pula menghulurkan beg dompetku. Dia hanya senyum dan memandang mataku. " Cik? Beg dompet saya? "
Makin lebar senyumannya. " Nah " hulurnya. Aku menarik tetapi genggamannya sangat kuat menyebabkan aku sukar untuk menarik melepasi ruang cermin itu. Aku menurunkan sedikit cermin tingkap itu dan menariknya kuat. " Er terima kasih "
" Cantik " katanya perlahan namun jelas kedengaran ditelingaku.
Aku mengerutkan dahi. " Pardon me? "
" No tak ada apa. Saya kata lawa cik lukis kening cik " kata lelaki itu lagi.
" or hah terima kasih " ujarku berbasi basi. " saya gerak dulu. Assalamualikum "
Setelah itu,laju aku keluar daripada kawasan hutan itu.
Aku menarik nafas lega.
Nasib baik tak jadi apa apa.
Kalau tak? Tak ke naya namanya?Nyanyian lagu ringtone telefonku mula bergema. Aku hiraukan kerana mahu memfokuskan pemanduan dijalan raya.
Telefonku henti dan kembali berbunyi. Pemanduan aku perlahan setelah hampir dengan lampu isyarat.' Turn red. Turn red ' bisik hatiku. Dan lampu isyarat bertukar kuning dan menjadi merah. Aku mengambil telefonku dan melihat siapa pemanggil.
Sekejap saja telefonku kembali berdering. Tatakala melihat nama ' MyDD ' aku tersenyum. Lantas skrin hijau di sentuhnya.
" Assalamualikum! Ya? Kenapa cari saya? Rindu ke? " tanyaku sebaik sahaja mengangkat telefonku.
Terdengar ketawa halus di sebelah sana. Makin lebar senyumanku. " Rindu? Mestilah aku rindu.. Lebih lebih lagi orang yang aku sentiasa rindu dan sayang "
Aku terkesima sebentar kemudian aku pula yang ketawa bahagia. " Yeke? Awak rindu saya? Huwa,macam tak percaya je ni? "
" Kau masih ingat dekat aku lagi en walaupun kita berjauhan. Aku- "
Kata-katanya membuatkan dahiku berkerut. 'Berjauhan? Eceh winduu lettew ' a
" Aku..aku..aku apa??!!! "Balasku pabila Darwisyh tidak menghabiskan ayat.
" Aku akan jadikan kau milik aku. Selamanya Ana, dan ingat. Seribu kau langkah lari jauh dari aku. Langkah aku takkan pernah mati tuk kejar kau "
Aku terkejut mendengar ayat yang agak romantik tapi sedikit menakutkan apabila ada berbaur ugutan. Namun aku masih senang hati mendengar katanya begitu. Aku milik dia. Ya selama ni itulah ayat yang aku tunggu tunggukan. Mungkin dia mahu membuat ayat yang romantik tapi tak kena dengan sikapnya? Sebab itulah dia bagi ayat begitu Terhadapku. Fikir Aku.
" Alolololo.. Yelah Mr. Darwisyh! Love you!!! Saya memang milik awak selamanyaaaa tau! Jangan nak berangan cari perempuan lain! Saya gerak dulu. Lampu isyarat dah turn green. Byeeee " tanpa menunggu kata balas Daripada lelaki itu. Aku terus hang up dan memulakan pemanduan.
Semasa memandu aku terfikir mahu menuju ke Petronas berniat mahu memenuhkan tong minyak keretaku.
' Ni kalau aku tak isi untuk esok. Susah juga. ' getus hatiku. Sepanjang perjalananku menuju ke petronas hatiku berbunga bunga seindah bunga yang mekar harum ditaman syurga. Senyuman dibibir takkan pernah lekang. Perasaanku hari ini bagai bidadari yang mendapat putra dihatinya. Tidak dapat digambarkan bagaiman rasa bahagianyaku hari ini.
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
AlteleSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...