Darwisyh membaringkan Razieana di atas sofa. Dia memandang ke arah Razieana yang tertidur itu. Jam tangan dibuka. Tali leher dilonggarkan.
Dia meneguk segelas air.
Rambutnya diseka kebelakang.
" Kau ada sesuatu ni sorokkan daripada aku Razieana.." Darwisyh duduk. Dia meletakkan kepala Razieana ke atas pehanya.Perlahan tudung Razieana dibuka.
Dia menilik wajah ayu itu. Cantik.' Syukran..'
" Aku tahu siapa dia.."
Rambut Razieana disentuh. Dipintal pintalkan dihujung jarinya.
" Dan aku tahu tadi tu ibu bapa dia.."Dia mendekatkan wajahnya dengan Razieana. " Kau tahu aku akan protect kau dari sesiapa pun..sebab kau milik aku.." kemudian bibir itu dicium.
" Aku akan ada untuk kau..aku akan buat apa sahaja untuk lindung kau.."
Diciumnya lagi dan lagi.Dia melihat Razieana yang tidak bergerak sedikit pun. Badan Razieana diangkat. Dengan langkah yang berhati hati dia membawa Razieana kebilik mereka.
Dia menghela nafas, butang baju dibuka. Dia melangkah masuk kedalam bilik air. Air pancut yang memukul mukanya dibiarkan.
" Syukran.."
Badannya yang maskulin di sabun dengan cecair gel mandian.
" Kalau kau rasa aku lawan kau.."
Pili air ditutup.
Matanya dibuka,
" Kau silap.."_____________________
Razieana membuka matanya.
' Eh? Dalam bilik? '
Jam yang besar tergantung dikerling.
Terbeliak matanya, " pukul enam setengah?! Asar!!!!!!!!! " laju kakinya berlari menuju ke pintu bilik air.Bagai kilat disarung telekung.
Setelah selesai menunaikan kewajipannya. Dia kembali baring ke atas katil. Telekungnya dibuka.
" Mana Darwisyh? " tekaknya yang terasa haus membuatkan Razieana keluar menuju ke dapur." Darwisyh? "
Dia mengambil beberapa biji oren.
" Buat air oren pun sedap ni.."
Dia terdengar bunyi pintu di belakang. Kepalanya tertoleh." Sayang dah bangun? Dah solat? "
Razieana senyum. " Sudah. Eh..awak basah basah ni..dari mana? " dia memerhati badan Darwisyh yang tidak pakai baju hanya seluar pendek sahaja.
' erm dia ni belanja aku ke? Tahulah badan tu macam hero hero remaja..'
Darwisyh sandar disebalik pintu itu,
" Sayang..tahu tergoda.. tahu seksi..tutup mulut tu...lalat masuk nanti.."Razieana tercengang, " Hah? Eh maaf ye..saya sikit pun tak tergoda..langsung tak! " dia menyambung kegiatannya semula.
Terangkat kening Darwisyh.
Meletakkan kedua dua tangannya pada kabinet dapur mengunci Razieana. Razieana terkejut.
" Eh awak buat apa ni..basahkan..jauh jauh.." dahinya berkerut.Darwisyh geleng, " nope..saya nak awak basah dengan saya sama sama "
Merona wajah Razieana, " gila! Tepilah! Nak buat air ni...tak haus ke..? " gelas di isi dengan air fresh oren itu. Darwisyh ambil satu. Diteguknya. " eeeee! Masam! "
" Hah itulah..tak menyabor..saya tak letak gula lagi.."
" Eh..memang saya nak masam pun..sebab awaklah gulanya. "
Razieana ketawa, " awak try buat pickup lined ke ? " dia mengambil gelas Darwisyh. Diminum sehingga habis.
" Eh awak tak masam ke? "
Razieana geleng, " tak sebab awak dah jadi pemanisnya..." melihat Darwisyh yang cengang tidak percaya itu membuatkan Razieana ketawa malu.
" Tahu..saya malas nak show off bagi pickup lined ni.."
YOU ARE READING
You Are My Saviour & My Soulmate
CasualeSiapakah Darwisyh Danial yang sebenarnya? Pertemuan Razieana bersama Darwisyh Danial yang menduga sangatlah memberi kesedaran kepada Razieana tentang sesuatu... Sesuatu yang memberi kelainan dalam dirinya. Adakah Darwisyh yang mengubah Razieana? Si...