Bab 33

53 4 1
                                    

Sudah 3 hari Razieana diam menekur,
Kedua pasangan suami isteri itu tidak bercakap seperti dahulu.
Raziena terus mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Namun tanggungjawabnya sebagai isteri dalam menyiapkan makan dan minum serta pakainan Darwisyh dijalankan seperti biasa.

Darwisyh menghela nafasnya, kertas kerja yang baru siap disemak ditolak tepi. Jarinya mula memainkan tetikus membuka fail projek yang hendak disiapkan.

' Erm..dia tak rindu aku ke? '

Kepalanya teringat tentang Razieana,
Selalunya dialah yang mengriuhkan satu rumah ini. Suaranya sahaja sudah memenuhi segenap rumah itu. Ketawanya, usiknya.

Jam dikerling, ' 10 malam '
Dia mengeluh, " Dia langsung tak nak cakap dengan aku..salah aku ke? "

' Aku ni cemburu buta ke? ' fikirnya.
' Memang..tengoklah perangai kau. ' bisik hatinya pula.
' Huh! Aku cemburu? Tak! Aku cuma marah sebab lelaki tak guna tu panggil isteri aku cantik?! ' Darwisyh mendengus.

Rambutnya ditolak kebelakang,panas!

" Salah ke? Aku bagi penumbuk dekat muka dia? Memang padanlah. Ada isteri kat rumah, isteri orang duk puji.
Eh kalau orang lain aku rasa dah mati laki tu.." Darwisyh mengiakan katanya sendiri.

' Tapi...'

" Okay..aku ada cakap benda yang tak sepatutnya dekat dia..ye.Betul. "
seketika kemudian...

" Ah! Aku cakap apa sey? " Darwisyh mula bangun dari kerusi sofanya. Dia bermundar mandir di ruang bacaan yang dijadikan tempat menyiapkan kerjanya secara santai.

Fikirannya ligat berfikir, ' pasal apa eh? '

Pap! Meja di tepuk. " Ya allah! Okay.. aku kasar dengan dia..aku tolak dia masuk kereta? Kasar sangat ke?? " Darwisyh mula bermonolog luaran.
Dia menarik nafas dalam,                       " wah..kusutlah eh. " Speaker beats audio itu ditekan, alunan zikir daripada Hafiz Hamidun itu mula dengar di telinganya.

Alunan zikir, ya. Alunan itu menenangkan hatinya. Dia duduk bersandar memejamkan mata mendengar bait bait alunan zikir yang penuh damai itu.
Benar, alunan zikir mampu memberi ketenangan kepada siapa sahaja.

Sekejap masa dia merasakan bebannya berkurangan. Sungguh dia terbuai dengan alunan itu. Mulutnya mula mengikuti zikir yang menjadi pendamainya.

Dalam fikirannya, ' aku mesti buat something nak raih maaf dia..'

______________________

Raziena menutup Alquran Alkarim itu. Dibawanya ke dada dan dikucupnya kulit hadapan Alquran itu kemudian diletakkan di raknya.
Sejadah dilipat bersama telekung disidai.

Birai katil dituju. Badannya dihempaskan. Mulut ditutup apabila menguap. " Badan nak tidur tapi mata tak nak lelap..haish..turun bawahlah.."

Kakinya laju dibawa ke sofa ruang tamu. Remote kawalan tv di tekan.
" erm..tak ada cerita ke.."
' wah gila bosan.. mana Darwisyh eh? '

" Dia tu...hurm..." sejujurnya dia masih rajuk dengan suaminya. Dia merasakan perkahwinannya bersama Darwisyh tidak bermakna kepada lelaki itu. Nafas dihela.

' Dia memang tak sayang aku ke?  Cinta pun tiada? Jadi..apa ertinya perkahwinan ini kalau tu semua tak ada? Aku ni isteri sebagai tempat hilang bosan dia ke? Tak de makna? '

" Daripada fikir benda tu, baik aku tengok tengok rumah ni..adalah juga faedahnya..tapi soal hati dan perasaan pun penting juga.." disebebkan malas mahu menjawab persoalan yang tidak terjawab.

Dia mengambil keputusan untuk meneroka segenap rumah itu.
Lampu dihidupkan. Kini rumahnya terang bernyala.

" takut juga sebenarnya. Rumah besar besar buat apa..tapi ni memang rumah Darwisyh...agaknya dia memang beli dah lama kot..cuma tak duduk.." Kata Razieana membuat spekulasi sendiri.

You Are My Saviour & My SoulmateWhere stories live. Discover now