0 1

2.2K 173 21
                                    

Semua murid berpusu-pusu keluar dari kelas selepas mengucapkan terima kasih kepada guru di dalam kelas apabila loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang telah tiba.

Itu bagi murid yang belum ambil SPM lagi.Aku dan kawan-kawan yang lain terpaksa stay back di sekolah sehingga pukul tiga petang. Sebab kami adalah antara pelajar terlebih taat dan akur pada arahan guru yang akan mengambil Sijil Pentaksiran Malaysia pada tahun ini. Nak berkatlah katakan.

Cepat betul masa berlalu, aku rasa baru semalam aku masuk form1 dengan muka masam mencuka sebab kononya tak suka dengan situasi sekolah menengah. Kalau masa tu boleh diputarkan sudah semestinya aku nak kembali ke sekolah rendah semula. Aku mengaku,kenangan sekolah rendah sangat best! Tapi aku sedar, masa tak boleh diputar dan umur juga semakin meningkat. Nak tak nak aku terpaksa gagahkan diri untuk ke sekolah menengah. Dari sekolah menengah,dah boleh bayangkan bila besar nanti kau akan jadi 'apa' di mata orang.

Tak jadi yang hebat belaka, sekurang-kurangnya jadi 'somebody'.

Secara jujurnya, bagi aku berada di sekolah menengah buat aku rasa nak mula bersaing dengan semua orang. Sebab aku rasa sekolah menengah ibarat penentuan masa depan aku. Tak kesahlah pt3 atau SPM, dua-dua penting. Untuk pt3 tu ofcourse sangat penting bila berada di level tu.Cikgu force kau bagai nak rak sampai kau rasa give up. Lagi-lagi first class. Aku mengaku, kelas pertama tekanan dia terlebih advanced.

Kononya, harapan sekolah.

Tapi percayalah, naik je upper form iaitu form 4&5 , pt3 kau tu diibarat nothing.Sebulan dua,result tu macam tak wujud tahu. Hmm tak sangka apa yang cikgu aku cakap,betul-betul terjadi.

Pt3 tu sebenarnya penentuan untuk aliran yang akan diambil je dan untuk kelayakan kepada mereka yang nak masuk asrama penuh. Tapi janganlah ambil mudah, takkan korang tak nak result pt3 cemerlang, kan? banggakan mak ayah?

So kesimpulan yang boleh aku buat, tak kesahlah exam apapun, sama ada exam biasa, UPSR, PT3 atau SPM, semuanya penting juga. Melalui exam kau boleh improve kan lagi diri menjadi yang lebih bagus.

Tiba-tiba tertanya kat diri sendiri. Usaha yang ada sekarang,cukup ke menampung untuk mendapat result yang cemerlang dalam SPM? fuhh

Lamunan panjang aku terganggu serta- merta apabila suara Nadia datang menyinggah di corong telinga.

Aku berdecit.

"Kau dah pack barang untuk tournament nanti?"bisik Nadia perlahan.

Bukan apa,kitaorang bisik-bisik ni sebab cikgu tengah mengajar kat depan. Pastu kitaorang kat belakang sibuk di dunia masing-masing. Ini ke yang dikatakan pelajar cemerlang?

Mohon jangan contohi kami.

"Belum lagi"jawabku tenang sambil menconteng meja di makmal.

"Sabtu ni kot tournament"Nadia cuba mengawal suaranya dari terus meletus. Aku tahu dia semangat sikit dengan sukan ni.

"Chill,hari ni baru hari Khamis, masih berbaki 2 hari untuk kemas barang"

"Weh kita nak pergi Penang tau bukan Shah Alam"lagi sekali dia menahan intonasi suaranya. Aku tahu Penang tu jauh dan sepatutnya aku dah buat preparation tapi chill lah...bak kata cupcake aisyah 'Hidup kena chill'. Jadi kenapa perlu serabutkan fikiran dengan perkara remeh macam tu?

"So?"aku menjungkitkan kening sebelah sambil memandangnya.

"Eh kauu----"

"Nadia,Eri kamu buat apa kat belakang tu"Suara Cikgu Murni tiba-tiba kedengaran. Secara drastik, kepala aku dan Nadia mendongak menghadap Cikgu Murni lalu masing-masing menggelengkan kepala.

Masing-masing menelan air liur. Sudah, terkantoilah pula!

"Nadia?.."

"Ha ye...cikgu"cepat-cepat Nadia menjawab. Jelas mukanya sangat cuak ketika itu. Aku tergelak kecil. Itulah siapa suruh bercakap?

Eh,kau pun samalah!

Diamlah!

"Erilyana?"lagi dahsyat daripada Nadia, aku terus bangun menghadap Cikgu Murni. Tegak, macam tiang elektrik dan perbuatan itu berjaya membuatkan orang lain ketawa.

Beberapa minit berlalu,cikgu tetap pandang aku bagaikan nak tembus ke bilik sebelah. Cikgu Murni ketawa tiba-tiba. Aku dan Nadia pandang antara satu sama lain. Dah kenapa?

"Cikgu main-main jelah...itu pun dah cuak..cuma lain kali fokuslah dalam kelas ye.."aku dan Nadia menghembus nafas lega. Ingatkan apalah tadi. Aku dah terbayang yang aku akan dihalau bersama Nadia dari kelas ni.

"..... walaupun dah pandai tak bermakna kita tak perlu berikan perhatian lagi.Orang kalau nak berjaya,dia tak kesah pandai ke tak yang penting sentiasa memberi perhatian ketika guru sedang mengajar"

Dan ayat Cikgu Murni itu berjaya membuatkan masing-masing diam tak berkutik di dalam kelas. Maka bermula lah perangai mereka yang cuba nak jadi batu api. Pastu masing-masing dah pandang aku dan Nadia dengan senyuman yang penuh makna.




 Pastu masing-masing dah pandang aku dan Nadia dengan senyuman yang penuh makna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now