2 8

631 61 3
                                    

"Err..-hai haikal"takut-takut aku nak tegur dia.

"Kk-aa-uu buat apa kat sini?"ujarnya dengan gugup.

Tanpa menunggu pelawaan daripada Haikal aku segera mengambil tempat di sebelahnya.

"Sana sikit"Haikal berganjak jauh sedikit daripada aku.

"Buat apa kat sini?menangis eh?"Tanpa memandangnya,aku menyoal soalan yang rasa-rasanya aku dah boleh agak jawapan yang akan keluar dari mulut seorang lelaki.

"Mana ada aku nangis"

See?fahamkan apa yang aku maksudkan tadi.

Haikal?urghh pelajar bermasalah menangis?yang selalu buli dan kacau orang,menangis?yang biadap dengan guru serta pengawas,menangis?kaki ponteng,menangis?

Seriuslah?

"Kau buat apa kat sini,ponteng lagi?"lagi sekali aku menyoalnya.Pandangan masih dibuang jauh menghadap ke depan.Bukan benci,ya walaupun sebelum aku pernah kata yang aku benci dia tapi tak adalah sampai tahap kronik sangat.

"Kau buat apa kat sini?ponteng juga?sejak bila pelajar kesayangan para guru jadi kaki ponteng?dah penat dengan hidup ke cane?"

Fuh,kalau dah namanya Haikal memang tak sah buat hidup aku sengsara.Ayat dia cukup sinis sekali.Siap dengan smirk sekali.

Nasiblah aku yang datang tegur kau dulu,kalau tak dah lama aku tinggalkan dia ni.

Hmm sebenarnya niat sengaja nak menegur dan bertanyakan keberadaan dia di sini tapi bila nampak dia menangis tadi,aku rasa macam elok kita menjaga tepi kain orang sekejap.

"Tak nak share ke kenapa kau menangis tadi?"aku masih menanyakan soalan yang sama sambil kaki bermain dengan tanah.

Aku dapat rasakan Haikal sedang memberi pandangan maut dari tepi.

"Yang kau sibuk pahal?!sebelum ni tak pernah pula nak ambil berat?yang kau sibuk dan kesahkan hanya kesalahan yang aku buat kat sekolah je!"

Aku memutarkan bebola mata ke atas.Hek eleh,aku tanya baik-baik,jawapan kasar kau bagi ye.Agaknya dengan orang macam ni tak boleh dibawa bincang.

"Kira bersyukurlah aku yang nampak dan tanya sebab kau menangis.Buatnya satu sekolah nampak?tak jatuh ke maruah kau sebagai seorang gangster,huh?!"

Haikal menjeling aku sekilas dan kemudian dia menghela nafas berat.Gaya persis orang banyak masalah.

"Betul kau tak nak share sebab kau menangis?"

Erliyana memang tak tahu malu.Alaa sekali sekala apa salahnya,kan?

"Eee kau ni menyibuk ahh,pergilah main jauh-jauh"Dia merungut geram sambil melontar batu-batu kecil yang entah bila dikutip ke dalam longkang kecil.

"Ouh kau menghalau eh,ok tak apa.Lepasni aku buat jahat je dengan kau"

"Bila masa je kau buat baik dengan aku?"

Aku renung dia tajam.

"Kau pun samalah!ish"aku terus bangun dari duduk dan mula melangkah dengan perasaan marah.Menyesal aku tegur dia tadi.

"Eri.."

Langkah aku terhenti.Ingat best ke panggil orang yang dah berjalan nak pergi?

"..aku last hari ni"

Aku senyum dan terus berpaling menghadapnya.

"Apa?!maksud kau,last sekolah?"

Dia mengangguk.

"...Ouhh sebab tulah kau menangis eh?sebab kau last sekolah?tapi kenapa?"

"Bukanlah..."

"Habistu?"

"Rahsia"aku mencebik.Baik tak payah bagitahu tadi.

Haikal senyum"my dad pindahkan aku ke sekolah lain"Cepat-cepat aku ambil tempat di sebelahnya.Dia menjeling aku lagi.Aku korek kang biji mata tu,baru tahu!

"ouhh macam tu.even aku nak tahu kenapa kau menangis tadi tapi takpelah,rasa macam over pula aku ni,hehehehe anyway take care kat sana nanti.Jaga iman,jaga solat"

"Kinda sweet and caring this girl,thank you"

"Well,Erilyana.."aku acah-acah flip tudung.Haikal ketawa. "..Dahlah aku nak balik kelas, pdpc dah nak mula"Dia mengangguk perlahan.Aku terus mengorak langkah untuk beredar dari situ tapi belum sempat ingin meneruskan perjalan lagi sekali nama aku diseru oleh Haikal.

Ada juga aku baling kat dalam longkang ni kang!

"Sayang kau"

"Haa apa?!"serius aku tak berapa nak dengar dengan jelas sebab dia bercakap seperti orang sedang berbisik.

"Tak ada apa-apa"ujar Haikal sambil mempamerkan senyuman manis.

Aku berdecit.Kenapalah aku dapat kawan-kawan begini ya?

"Take care juga kat sini.Lepasni tak ada dah kau nak mengadu kat cikgu pasal perangai aku ni.Lepasni dah tak ada orang akan ganggu kau and i'm so sorry for everything,bye Erilyana"

Tak sempat aku nak balas kata-kata dia,Haikal terlebih dahulu berlari meninggalkan aku.Apa masalah dia?

"Bye bye Haikal.Semoga bahagia selalu.Aku maafkan kau!"Entah dia dengar atau tidak tapi aku dah menjerit sehabis mungkin bagi membalas kata-katanya tadi.

Aku hanya menggelingkan kepala.Haikal is a nice person actually tapi mungkin dia ada masalah tersendiri yang membuatkan perangai dia jadi begitu.

Ahh takpa,aku doakan semoga kau sentiasa baik-baik sahaja dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya,amin.

Kemudian aku melihat jam di pergelangan tangan.Ops!lagi 15 minit sebelum kelas bermula.Cepat-cepat aku berlari menuju ke kelas.Sudahlah jarak bangunan di sini ke bangunan kelas aku memakan masa 20 minit.

Pada masa yang sama,Haikal masih di situ memerhati pemergian Erilyana.Bukan dia tak tahu,tujuan sebenar Erilyana di situ.Setiap kali dia ke sini untuk menenangkan fikiran pasti dia melihat kelibat gadis itu.Dia tersenyum sendiri.

Goodbye Nur Erilyana Adleen.









Goodbye Nur Erilyana Adleen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now