2 6

668 54 0
                                    

Aku tiba di tempat seperti mana yang ditetapkan oleh Razif.Aku belek telefon seketika untuk melihat waktu sekarang.Tiga lima belas minit petang.

Memang melayu belaka kawan-kawan aku semua ni.Janji tak pernah ditepati langsung!cakap bukan main rancak seolah-olah dialah manusia yang sempurna.Ceit.

"Eri?"

Satu keluhan lega dilepaskan.Panjang umur dia ni.Baru sahaja sebut sudah muncul di hadapan mata.Cepat-cepat aku pusingkan badan menghadap Razif.

"..cakap kat sana eh?"aku kerutkan dahi apabila dia halakan jari telunjuknya ke arah kerusi yang terselidung di sebalik semak.

Apa dah ke bangang sangat mamat ni nak ajak aku berbincang kat situ?tak takut lagi dengan berita hangat yang sedang melanda antara kita berdua?ataupun kau memang sengaja.

"Seriuslah Razif?"aku soalnya untuk minta kepastian sambil tangan di silang ke dada.

Dia mengangguk perlahan.

Aku tepuk dahi sendiri.Alahai Razif...

"Tempat lainlah,kang tak pasal-pasal berita lain yang keluar"Aku terus berjalan ke arah bangku yang terletak di hujung taman.Kat situ tak ramai orang lalu lalang tetapi tempatnya terbuka.Tidaklah seperti tempat yang dicandang oleh Razif tu.Aku tahu dia mahukan privasi,memandangkan dia ramai peminat.Kot-kot perbualan kami direkod secara sembunyi?

"Eri"

"Eee Eri..Eri..sabarlah,tunggu duduk baru cakap!"aku merungut geram.Kedengaran ketawa kecil dari Razif yang berada di belakang.Ish.

Aku mengambil tempat sebaik tiba di situ.Razif juga begitu, mengambil tempat dihadapan aku bersama muka yang masam.Aku sengih sendiri.Tadi tahu pula gelakkan orang.Tak puas hatilah tu.Ala pergilah sejauh manapun,selagi peminat dia tu kaki jenis jaga tepi kain orang tak sudah-sudah memang aku tak jamin keselamatan kami.

"So?"aku mulakan perbualan."..kau nak bincang pasal tu ke?"

Dia mengangguk laju.Sempat Razif membetulkan posisi duduk biar selesa dan rambutnya biar selalu kelihatan handsome,urgh.

"Ok Eri,aku tahu apa yang kau fikir tentang berita tu tapi percayalah aku tak kemaruk sangat nak dapatkan kau dengan cara macam tu.Lebih baik aku jumpa mak ayah kau terus then kita kahwin.Lagi senang"

Nasiblah aku tak minum atau makan apa-apa sekarang,kalau tidak,pasti aku dah tersedak seperti mana cerita melayu selalu buat bila dengar berita yang mengejutkan.

Aku pandang Razif tidak berkelip.Serius,muka dia selamba je cakap macam tu.Straight to the point.Tak ada berkias-berkias bagai.Ini gila!

Dan lidah aku tiba-tiba menjadi kelu.Nak cakap tapi suara tak nak keluar.Aku tengah malu sebenarnya.Dia bolehlah cool tapi aku haishh tak bolehlah macam ni.Pipi saya cepat merah-merah,hahahaha.

Mohon hempuk kepala Erilyana dengan kuali.Terlebih gatal pula anak dara orang ni.

"Errr...hmmm aku.."makin lama penglihatan mula beralih memandang lantai.Aku nak cakap apa ni.

"So?macam mana?"Razif tiba-tiba menyoal.Aku mengangkat kepala bersama muka yang seolah-olah seperti 'haa?macam mana apa?'

"...about my confession of the day and also the decision"

Kenapa aku nervous semacam ni?

"Aku tak boleh"ujar aku perlahan.

"Kenapa?"

"boleh kita jadi kawan je buat sementara waktu.We should focus on study first,ermm am i right?"aku menyoal dengan berhati-hati.Takut tersakitkan hati dia.Well,kita tak tahu isi hati dia.

Dia pandang aku,agak lama.Mungkin cuba menghadam segala kata-kata aku tu.

Er,hati aku dah tak tentu arah.

"Err,one more thing,yaa tak ada couple islamik-em kau fahamkan maksud aku?"

Aku bukan apa,kalau boleh kita perlu elakkan daripada perkara-perkara yang akan menghanyutkan kita dengan dosa.So,lebih baik ambil langkah awal,kan?

dan dia masih sama,tak ada jawapan.Aku tengah cakap dengan tunggul ke?

Selepas dua minit mendiamkan diri,akhirnya Razif bersuara"Bagus Eri.Thank you and i'll waiting for you sweetheart"satu senyuman dia berikan bersama kenyitan mata.

Erk?

-------

"Eh seriuslah dorang couple?"Jerit Aina kepada kawannya,Raisya.

Raisya yang sedang tekun menghadap telefon terus terkejut lalu memukul kuat bahu Aina.

"Kau ni tak reti cakap slow-slow sikit ke?"rungut Raisya geram.

"Urgh,whatever.. Tapi betullah Razif dan Eri ada hubungan?"soal Aina lagi.

Raisya pantas mengangguk laju.

"Eee"

"Kau jangan jadi watak klishé dalam drama melayu please.."

"Bukanlah,aku sebenarnya tak suka pun Razif tu.Tapi tahlah aku cuma meluat dengan Eri.So apa-apa yang ada kaitan dengan dia memang aku bangkah habis-habisan"ujarnya panjang lebar.

Masih ingat Aina?musuh pertama Erilyana.Haa dialah.

"Alaa kau suka sangat benci orang tanpa sebab"

"Kau pun sama okay?"

"Aku just follow kau,kang kalau tak buat putus kawan pula kita"

"Tahu pun.."ujar Aina perlahan sambil menjeling kawannya di sebelah.

Kalau dah nama hati busuk,memang dah tak boleh nak buat apa.










Kalau dah nama hati busuk,memang dah tak boleh nak buat apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now