2 2

669 61 0
                                    

Keadaan di padang mula sibuk dengan persediaan acara yang akan bertanding sebentar sahaja lagi.

Cuaca panas yang semakin membahang membuatkan keadaan jadi serba huru-hara.

Aku sibuk mengipas diri dengan topi yang baru sahaja dipinjam daripada Cikgu Murni.Ahaks!

"Bila nak start ni?"Soal Nadia dengan kerutan di dahi.Amboi,berlapis-lapis kau!Aku hanya mengangkat kedua-dua bahu tanda tidak tahu.

"Diminta semua pelajar dan guru berkumpul di padang sekarang"suara Cikgu Uzair tiba-tiba kedengaran di segenap ruang padang tersebut.Pelajar dan guru mula beransur mengambil tempat masing-masing.

Sebenarnya majlis dah mula tapi acara je belum bertanding.Tertangguh selama 30 minit hanya disebabkan ada seorang pelajar pengsan di tengah-tengah padang tadi.Alahai,dah tahu tak sihat nak juga datang sekolah.Bukan apa,guru aku pesan 'hidup jangan menyusahkan orang'.Cikgu tak salahkan semangat dia nak datang sekolah serta melibatkan diri dalam aktiviti sekolah tapi kalau rasa-rasa antibody tu tak berapa kuat,janganlah paksa diri.Bukan Erilyana yang kata,tapi salah seorang cikgu di sekolah ini yang pesan.Saya hanya mengulas semula sahaja.

So,nak tarik semula semangat pelajar sekarang bukan senang.Sebab mood masing-masing dah terbang di bawa angin hingga ke London sana.Sudahlah,panas terik.Tambah lagi,dengan kebosanan yang melanda.Masa dengan mood hilang daaa selama setengah jam.

"Maaf atas kesulitan yang berlaku sebentar tadi.Jadi,mari kita teruskan dengan acara 4×200 lelaki"

Suara para pelajar mula menyorak keriangan.Peserta-peserta juga sudah mula mengambil tempat.

Para peserta yang berkenaan sudah mula bersedia di tapak permulaan acara.Aku pula?haih aku ni macam orang pentinglah juga.Masuk acara seperti pelajar lain but at the same time aku ni diibaratkan mengawal segala aktiviti yang berlaku di padang.Lupa tentang sukarelawan tempoh hari?haaa anda ni jangan ingat saya tamak sangat nak ambil semua.

"Ed!"aku jerit nama Edrian tatkala aku terlihat dia datang bersama—Haikal?!what the fish

Sejak bila mereka rapat?tidak tahukah Edrian bahawa Haikal seorang manusia yang bermasalah dalam segala hal di sekolah?Aku bukan apa tau,memang tak salah nak bergaul dengan semua orang tapi khuatir jika dia terikut sekali dengan perangai Haikal.Harap tidaklah berlaku,sebaliknya Edrian dapat membantu untuk mengubah walaupun sedikit perangai Haikal yang satu itu.

Ceh,ayat...

"Leen,rasanya lama sudah kita tidak bersua muka"

Aku julingkan mata ke atas.Eee ayat dia perli aku ke?

"Banyak ahh kau lama sudah tidak bersua muka.Tu aah tempoh hari waktu latihan kau tak datang pasai pa?"

Yup,seorang Edrian yang kacak orangnya tidak dapat menghadirkan diri pada latihan yang diadakan di dewan tertutup bola keranjang tempoh hari.Melayu gais,selalu buat keputusan pada saat-saat akhir.Kata beliau,ada urusan penting yang tak dapat dielakkan.Sudahnya,hanya aku,Razif dan Nadia sahaja berlatih.Itupun main-main.Kata bukan main rancak nak kuatkan stamina bagai,last-last telefon menguasai stamina mengundur diri.

"Alaa,aku bukan sengaja tak datang tapi serius kita lama tak jumpa.Rindu ahh..hmm"Dia membuat memek muka sedih sambil menjuihkan bibir.

"Ingat diri dia comellah tu buat muka macam tu"aku jelingnya sekilas sebelum mata bertembung seketika dengan Haikal disebelah.

ok aku terlupa mamat ni ada.Nanti-nanti aku soal selidik Edrian macam mana dia bertemu dengan mamat tu.

"Jap,sebelum tu.kau masukkan acara lari?Ni kenapa masih ada kat sini.Pergi sekarang!"

Edrian mengeluh perlahan.

"Kita datang sini nak lepaskan rindu kat dia tapi alih-alih kena halau pula..apalah nasib kau ni Ed"

ADA JUGA AKU TENDANG DIA MASUK LOJI NI KANG!

Bila masa pula Edrian ni kaki mengada-ngada.

"saya pergi dulu,tata~"Edrian melambai ala kadar lalu berjalan dengan keadaan sengaja badan dibongkokkan ke garisan permulaan.Ceitt dia ni kan!tapi dalam keadaan perangai dia begitu aku dah tersenyum tanpa sengaja.Comellah!

"So,dah lama kenal Ed?"senyuman yang sedang mekar tadi terus mati tatkala ditegur.Pantas dahi aku tepuk.Ok aku terlupa lagi yang dia masih wujud di sini.Tanpa tinggalkan jawapan kepada soalan Haikal,aku terus bergerak ke khemah sukarelawan sekolah.










Tanpa tinggalkan jawapan kepada soalan Haikal,aku terus bergerak ke khemah sukarelawan sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now