0 3

1.3K 139 8
                                    

Terpisat-pisat aku membuka mata apabila terasa bahu dicuit daripada tepi.Kepala terus menoleh melihat Nadia di sebelah. Sempat aku menguap sambil merenggangkan badan dan jari jemari diletupkan seketika.

Semua peserta taekwondo berpusu-pusu keluar menuruni tangga daripada bas ini. Aku terus menyelak langsir dan mata terbeliak besar sebelum aku memberi pandangan maut kepada Nadia.

"Seriously?dah sampai hotel?bukan aku suruh kau kejut aku bila dah sampai jambatan ke?"

Nadia menjulingkan matanya ke atas lalu bercekak pinggang di hadapan aku.

"Eh,sorry sikit..aku dah kejutkan kau tapi kau tu haa tidur mati.."

Nadia terus menggalas beg sandangnya di bahu.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal sambil mempamerkan senyuman yang paling kekok.

"....cepatlah turun,nanti sir marah pula"sambung Nadia lagi. Aku pula sudah tergesa-gesa menyarungkan sweater di badan. Sempat aku melihat peserta lain yang sedang beratur di hadapan pintu hotel melalui tingkap.

"Nanti ambil kunci pintu bilik masing-masing dan dalam pukul 4 sila turun semula ke sini untuk timbang berat"Sir Idham merangkap jurulatih kami mula memberi arahan kepada peserta.

"Erilyana?"panggil Sir Idham tiba-tiba. Aku terus memandang Nadia di sebelah.Air liur ditelan perlahan.Habislah aku!

"Ye saya!"aku menyahut dan kaki mula melangkah menuju ke arah Sir Idham.

Habislah aku, mesti dia nampak aku adalah salah satu manusia yang masuk lambat ke barisan tadi.

"Jika nak keluar atau beli barang, tolong inform kepada Erilyana dulu. Just ketuk her room door..."pantas mata melihat Sir Idham di sisi.

Kenapa aku pula?

"...dan Erilyana make sure mereka semua ni tak keluar merayau tanpa keizinan awak.."Sir Idham memandang aku. Perlahan-lahan kepala diangguk sebelum mata Sir Idham beralih ke depan semula.

"....kalau Erilyana tak izinkan, so tak ada siapa yang boleh keluar. She is a leader!jika ada apa-apa masalah boleh berjumpa dengan Erilyana terus dan Erilyana akan report dekat saya sekiranya ada yang berani beraninya mencuba membuat hal"

Kalau kau memang berbakat dalam sukan ni, secara langsung kau akan disanjung dan dikenali​ ramai. Sama juga seperti aku, aku dijadikan contoh kepada mereka yang lebih memerlukan. Bukan nak kata yang lain tak bagus, cuma perlukan latihan yang banyak lagi. Dan juga bukan nak kata aku ni hebat atau semata-mata nak riak dengan orang tapi disebabkan usaha sendiri maka dapatlah habuannya sendiri.

Faham kan?

Macam kau jadi murid harapan sekolah, sudah semestinya kau dijadikan contoh kepada pelajar yang lain dan sudah semestinya kau perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang lebih memerlukan. Sharing is caring..

"Lagi satu saya nak pesan, saya tahu kat sini ramai yang kaya dan hotel ni dah lebih kepada rumah kedua apabila bercuti, bukan? so lepas guna harta orang walaupun dah bayar,tolong jaga dan bersihkan lepas diguna. Jangan harapkan cleaner je. Tunjukkan yang korang ni buat kerja tak mengharapkan bantuan orang lain. Tolong jaga tingkah laku. Jangan buat perkara yang boleh memalukan kita semua"ujar Sir Idham panjang lebar yang menjelaskan perkara yang patut dan tak patut kami lakukan sepanjang berada di sini.

Aku lihat ada juga yang sudah menguap beberapa kali mendengar bebelan Sir Idham. Bukan apa,I'm already said...yang mereka amat menitikberatkan tentang disiplin dan itu adalah salah satu peringatan kepada mereka yang selalu lalai.

"Ok,semua boleh bersurai"

Terpusu-pusu mereka masuk ke dalam hotel tatkala Sir Idham menghabiskan ucapan terlebih mesranya itu. Baru sahaja kaki ingin melangkah mengikut mereka,Sir Idham pantas memanggil aku.

Aku tepuk dahi sendiri.Adui,aku nak tidur ni..

"Ada apa sir?"balasku laju sambil memusingkan badan menghadapnya.

"Sebentar lagi, ada satu bas yang akan tiba,kelab kita juga cuma yang ni dekat Klang"

"Then..?"tanya aku dengan teragak-agak. Kalau adapun kelab dari Klang,buat apa je kat sini?takkan aku nak jadi ketua mereka juga?

"Awak dengan leader diorang akan bekerjasama"

What???emm-bekerjasama?

Apa masalahnya Eri oii.Itu pun kau malas ke

Diam ah!

"Haa tu bas diaorang dah sampai!"

Aku pula sudah duduk mencangkung di situ sambil mengipaskan diri menggunakan topi. Kemudian, earphone di sumbat pada corong telinga.

Seperti tadi, Sir Idham sibuk memberi ucapan terlebih mesranya kepada peserta-peserta yang baru tiba itu.

Aku bangun daripada duduk apabila Sir Idham dan leader tah sape-sape tu datang menghampiri aku. Pantas earphone ditanggalkan.

"Erilyana..ini Ungku Razif Ashraf,your partner leader dan Razif,ini Nur Erilyana Adleen"

Satu senyuman dipamerkan kepadanya sebagai tanda pengenalan.Hmm not bad,ada rupalah juga.

"So tau kan apa tugas korang?"kata Sir Idham. Kami mengangguk serentak.

"Oklah, sir naik dulu"

"Hai!tak pernah nampak pun sebelum ni?"kata aku dengan ceria setelah kelibat Sir Idham hilang dari pandangan mata.

Saya memang friendly okay..tak ada maknanya istilah 'orang kena tegur dulu baru nak kawan'

Dia juga begitu membalas ucapan 'hai' dengan ceria.Huh,bagus!

"So,kaulah Erilyana"Dia menegur tiba-tiba. Aku mengangguk dan mulakan langkah berjalan. Takkan nak berdiri dekat situ sampai esok?

"Kenal ke?"

"Kenal sangat,selalu sangat Sir puji kau"

Aku tergelak kecil mendengar balasannya.Huhuhu femesnya aii...

"Ye ke?"kataku curiga lalu menekan punat pintu lif.

"Betullah..kau kan pelajar yang disayangi..maklumlah selalu dapat emas"

Ting!

Aku dan Razif melangkah masuk ke dalam lif tatkala pintu lif sudah terbuka.

"Eh?tak lah..kau pun mesti hebat kan..kalau tak, Sir Idham tak lantiklah kau jadi leader "

Pantas Razif memandang aku. Tangannya disilang ke dada sambil bersandar di hujung lif.

"Memang kalau nak jadi leader kena hebat ke? selalu dapat pingat emas? dan jadi famous?"soalnya laju sambil melihat tajam anak mataku.

Mulut terus terkunci rapat apabila disoal begitu. Salah ke pertanyaan aku tadi?

Akhirnya,perbualan kami terhenti di situ. Kemudian, aku dan Razif masuk ke dalam bilik masing-masing apabila tiba di tingkat di mana bilik kami berada.


 Kemudian, aku dan Razif masuk ke dalam bilik masing-masing apabila tiba di tingkat di mana bilik kami berada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now