CGT | F I N A L

791 69 6
                                    

🌙

Jam di tangan aku pandang dengan penuh risau. Peluh dah mula menitik di dahi.Emm,masalahnya majlis dalam lima belas minit lagi dan Razif tak muncul-muncul. Suruh orang tunggu tapi dia sendiri tak datang lagi.

"Woi Eri jom masuk dulu"Nadia datang menyapa dari arah belakang.

"Er—"

"Tak payah risau aah dia nak marah ke apa.Siapa suruh lambat en?"Nadia jungkit kening sebelah.

Perlahan-lahan aku mengangguk sebelum mengikuti Nadia masuk ke dalam dewan.Ahh lantaklah si Razif tu.

++++

Alhamdulillah,majlis ni berjalan dengan lancar.Serius ini kali pertama aku terjebak kat dunia tari menari ni.Kau faham ajalah budak taekwondo ni macam mana. Badan keras macam kayu. Bukan macam pelajar balletso, nak dijadikan cerita aku memang tak dapat nak menari macam kawan-kawan aku yang lain.Fuh,keras beb badan. Tangan tu nak di lentokkan pun payah.

Tema yang dipilih pun meletop. Fairy Tale . Wuishh nampakkan tema dia memang best.Aku ni terlampau minat dalam dunia tu. Masa kecil-kecil dah pernah berangan nak jadi cantik dan mempunyai bentuk tubuh badan seperti watak di dalam fairy tale.Dan aku juga pernah berharap agar kehidupan aku seindah dunia fairy tale. Dapat lelaki hensem, kaya. fuh dulu-dulu angan-angan tu memang kuat.Yup,angan-angan itu wujud.Mana tahu jadi kenyataan?menangis tak berlagu kawan aku semua tu.

Tapi Nadia kata fairy tale aku sebenarnya wujud. Yang diberi nama Razif sebagai kononya penceria hari-hari indah aku.

Bila mengingatkan itu, aku rasa menyampah tapi ada rasa sikit berbunga-bunga tu.Ketahuilah ego aku setinggi gunung everest. Susah sangat nak mengaku. Lagi-lagi perkara tu yang aku rasa akan mendatangkan malu pada diri sendiri.

Heh,mohon tabah dapat kawan begini ya!

Sedang elok aku menjamah makanan di meja,datang pula Edrian sebagai pengacau.

"Hm nak apa?"soalku acuh tak acuh lalu satu jelingan diberikan.

"Eee kau ni, asyik menjeling je. aku cucuk kang biji mata tu"Edrian mula membebel.Geram betul dengan perangai kawan baiknya ini. Nasiblah kesayangan Razif, kalau tak dah lama aku siku kepala dia.

"Eleh,ada hati nak cucuk mata aku.Kang aku jadi kasim selamat tahu lah kau"

Edrian menjerlihkan lidahnya lalu berkata."tak kesah"

"Kau kan—mak!"aku menjerit, tanda terkejut apabila dewan yang tadinya cerah dengan pelbagai warna lampu serta merta terpadam dengan sekelip mata.

Laju aku mencapai lengan baju Edrian di sebelah. Aku tak pasti sama ada itu dia atau tak tapi tak kanlah Edrian nak lari pula lepas blackout en ?

"Edrian ke tu?"Soal aku polos. Bagus betul kau ni, dah pegang baru nak minta kepastian.

"Ye"Jawapan sepatah dari mulut Edrian buat aku menghembus nafas lega.Fuh.

"Asal blackout ni?"soal aku dengan penuh hairan. Bagaimana majlis gah begini boleh berlaku masalah seperti ini ya?tak takut reputasi menurun ke?

CGT | ✓Where stories live. Discover now