0 2

1.8K 148 16
                                    

Bonet kereta aku tutup setelah bagasi dikeluarkan. Bag besar macam ni macam aku tak nak balik rumah terus padahal aku nak pergi tiga hari je. Itupun dekat Pulau Pinang bukan Korea.

"Eri sure eh tak ada yang tertinggal?"mama menyoal semula soalan yang sama sejak aku naik kereta lagi. Alahai mama risau betul dengan anak sulungnya ini.

"Ma,Eri yakin tak ada satu barang pun yang tertinggal"jawabku dengan penuh semangat.

"Elelele, kak kau ni bukan boleh percaya sangat,kang kejap lagi call mama sebab barang tertinggal"Daniel menyampuk sebaik sahaja dia tiba di kereta setelah pulang dari tandas. Aku menjulingkan mata ke atas. Menjengkelkan betul budak ni!

Aku tahulah aku ni seorang yang cuai tapi sungguh aku dah cek hampir 100 kali barang yang perlu dibawa ke sana.

Lupa nak bagitahu, tujuan aku ke Pulau Pinang adalah untuk pertandingan taekwondo peringkat antarabangsa yang akan berlangsung selama tiga hari. Aku dah agak yang aku akan terpilih dalam pertandingan kali ni memandangkan pertandingan yang lepas aku berjaya meragut pingat emas buat berpuluh-puluh kalinya.

Bukan nak belagak tapi, kalau sukan yang melibatkan taekwondo ni memang aku buat dengan bersungguh-sungguh.

Pada awalnya aku tak adalah minat sangat dengan taekwondo ni....but...yaa as you know...sukan ni macam terlalu lasak untuk perempuan sertai. Aku masuk pun sebab papa yang beria-ria nak anak-anaknya, aku dan Daniel mempunyai ketahanan diri masing-masing. Katanya zaman sekarang ni bahaya, macam-macam boleh terjadi. Sekurang-kurangnya kalau diserang kita tahu macam mana nak mengatasi.

Bak kata papa, dia bukan selalu berada di sisi kami untuk melindungi kami 24 jam. Sebab kita ni manusia,sentiasa tidak menyangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Jadi, anak-anaknya perlulah bijak menguruskan diri dan atasi masalah seperti ini.

Tapi kalau dipaksa, tak cukup bagi aku untuk kekalkan iman dan hati dalam sukan ni.Aku perlukan sokongan juga dari keluarga dan rakan-rakan yang lain. Lagi yang membuatkan aku terus berjuang adalah disebabkan semangat sendiri.

Hanya itu sahaja aku sudah berjaya mengekalkan kecemerlangan. Kalau tak,tak adalah aku selalu dapat pingat. iye dok?

Cuma masuk taekwondo ni banyak jugalah cabaran dan dugaanya.Hati dan fizikal mestilah kuat dan kental seperti pintu kebal yang diperbuat daripada beberapa lapisan logam.

Mereka amat menitikberatkan tentang disipilin. Bagi mereka disiplin adalah sesebuah kejayaan seseorang.Kalau berjaya tapi tak ada akhlak? nak buat apa. Orang pandang serong jelah.

Taekwondo ni juga mempunyai merata cawangannya. Mana-mana negeri ada dan setiap negeri pasti ada nama yang telah ditetapkan bagi pihak taekwondo tersebut.

Contoh macam aku berasal dari kelab koryo bagi sesebuah negeri. Koryo tu adalah nama kelab. Tetapi dalam taekwondo bukan kelab koryo sahaja wujud malah lebih banyak lagi nama kelab yang lain.

Dan sekarang ini...

Aku tengah tunggu kat stesen minyak untuk menunggu ketibaan bas yang akan menjemput peserta-peserta taewondo.

Jangan tanya kenapa stesen minyak sebab dorang memang ikut suka hati nak jemput peserta kat mana.

Cuma kali ni kalau ibu bapa nak ikut, mereka kena pergi sendirilah..Malangnya mama dan papa tak dapat sertai bersama atas sebab urusan kerja.

"Eri!!!"panggilan itu membuatkan lamunan aku terganggu dan kepala terus menoleh melihat Nadia yang sedang berlari anak ke arah aku.

"Awal sampai?"Nadia bertanya sambil menjungkitkan keningnya

"Taekwondo biasalah..."tidak sempat aku nak balas,mama terlebih dahulu mencelah.

Aku angkat bahu seiiring kedua-dua tangan dibuka menghala ke tepi dan bibir dijuihkan.

"Itulah jawapannya.."

"Aku nampak excited tu"Nadia tepuk perlahan bahu aku.

"Well,macam tak kenal aku pula kan?"kataku sambil meng-flip kan hijab kepada Nadia dan kaki bergerak mengambil beg apabila melihat bas sudah tiba di situ.

Nadia pula sudah bergegas mengambil begnya apabila aku sudah meletakkan beg di dalam bonet bas.

"Fuh!"tangan aku tepuk seketika sebelum badan dipusingkan menghadap mama,papa dan Daniel yang sudah berdiri di belakang aku sejak tadi.

Kali ini Daniel tak dapat join bersama walaupun dia terpilih.Kebetulan ada mid-year exam kat sekolah.Dia ni pun sama hebat seperti kakaknya.

"Jaga diri baik-baik"pesan papa sambil mengusap ubun kepala apabila aku menunduk mencium tangannya.

"Aip aipp kapten!"

Kemudian,tangan mama pula dicium. Terus mama menarik aku ke dalam dakapannya sambil mengusap perlahan belakang badan.

"Take care"

Alahai suami isteri ni, sweet betul. Ayat sama je

Senyuman paling manis aku berikan sebelum beralih kepada Daniel.

"Salam!"ucap aku dengan nada kasar yang disengajakan, sambil menghulurkan tangan kepada Daniel.

"Goodluck exam,jangan duk main fon je"kepalanya aku usap dan itu menyebabkan dia merungus geram kerana rambut yang asalnya kemas dan cantik terus menjadi serabai seperti orang baru bangun tidur.

"Yelah kak,aku tahu..kau pun goodluck..emas tau"

"Eri naik dulu "Mereka bertiga mengangguk serentak dan perbuatan itu menyebabkan aku tersenyum. Uyayaya...just three days!

Anak emas ni tahu!

Tangan dilambai apabila bas mula bergerak di atas jalan raya.

"Dah dahlah Eri,bukan setahun pun kau pergi"Kata Nadia sambil mencebik bibir.

Dia cukup kenal dengan perangai Eri ni. Kalau sudah berjauhan dengan keluarga mulalah nak buat drama air mata bagai. Huh, menyampah!

Aku menjelingnya sekilas sebelum sweater ditanggalkan daripada badan lalu diletakkan di atas muka. Aku nak tidur.

"Nanti dah sampai Penang's Bridge kejutkan aku please.."sempat aku pesan kepada Nadia sebelum mata tertutup rapat.


"sempat aku pesan kepada Nadia sebelum mata tertutup rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now