1 4

961 85 0
                                    

Susuk tubuh yang sedang duduk di bawah sepohon pokok yang rendang,aku dekati.

Bahunya aku sentuh perlahan dari belakang.

"Hai"ucapku lalu mengambil tempat di sebelahnya.

"Hmm"dipandangnya aku sekilas sebelum kembali melihat pelajar tingkatan empat yang sedang bermain basketball.

Aku keluh perlahan.

"Kau sebenarnya marahkan aku lagikan Ed?"

Ya,orang itu Edrian.Wajahnya aku tatap,agak lama.Sebulan dia pindah ke sini tapi perangainya masih dingin seperti waktu terakhir berada di Pulau Pinang tempoh hari.

Bukan aku tidak perasan yang dia cuba mengelak daripada aku.Dari segi percakapan dia dengan aku,aku dah dapat agak ada something yang dia tak puas hati.

Tak perlu sorok,aku berkawan dengan dia dah lama berbanding berkawan dengan Razif dan Nadia.Perubahan mendadak yang berlaku dalam diri dia agak senang untuk tangkap,yeah!

"Kenapa sekarang baru tanya?"lembut tapi masih ada ketegasannya.

"Bukan aku tak nak tanya sebelum ni tapi yelah orang tu nak cakap dengan kita pun susah"ucapku selamba sebelum badan dipusing menghadap pelajar basketball di hadapan.

Sekarang ni bukan waktu persekolahan bagi pelajar pagi seperti kami.Pagi tadi,aku,Nadia,Razif dan Edrian telah merancang untuk stay back petang ni..

Budak-budak basketball tu pun tengah berlatih untuk perlawanan nanti.

"Sorry ahh.."

Edrian pandang aku sekilas.

"For what?"

"Everything"

Kedua-dua bahu aku dipusing oleh Edrian agar aku dapat melihatnya.

"Serius ke ni Adlenn yang aku kenal? selalunya dia tak pernah ucap ayat tu"

Tangan Edrian pantas aku tepis

"Arghh, it's sound cliche but I must to say that 'people can changes'.."

"Sumpah,aku rasa takut nak cakap dengan kau..Adleen yang aku kenal dia susah nak mengaku salah apatah lagi minta maaf dengan orang"

Aku mencebik.Kira bersyukur aku masih dapat membuang ego sendiri untuk meminta maaf dengan orang.

"Haish,kau ni..aku tarik balik kata-kata aku kang!sekarang ni kau maafkan ke tidak?"ujarku kasar.

"Ye,aku maafkan"balasnya lembut.

Terus bahunya aku pukul kuat lalu berdiri di sisi Edrian sambil anak mata tepat memandang anak matanya.

"Jom,aku belanja makan"aku berkata ceria sambil mengerdipkan mata beberapa kali.

Dia pandang aku tidak berkelip.

"Serius?"soalnya dengan penuh curiga.Aku pantas mengangguk laju.

"Ok,jom!"lekas pergelangan tanganku ditarik olehnya.

"Eh,eh!-"

Aku tersenyum sendiri.

----------

"Ya Allah comotnya kau makan Leen"ujar Edrian geram sambil mengelap mulut aku yang kotor dek kerana makan aiskrim tak ingat dunia.

Dah orang belanja memang aku makan gelojoh lah.Lainlah kalau duit aku,nak makan tu rasa macam nak jual balik je sebab terasa macam dah bazirkan satu juta ringgit untuk beli ais krim walaupun hanya dua ringgit Malaysia.

Kalau baca dialog sebelum ni memang aku yang akan belanja dia tapi mamat ni terlebih sayang dekat bff dia ni maka Edrian pun belanjalah aku.

Katanya,simpan sahaja duit aku untuk masa depan.

"Kat sini rupanya korang ber-dating"suara yang muncul secara tiba-tiba dari arah belakang membuatkan aku dan Edrian menoleh.

Nadia dan Razif sedang menuju ke arah kami yang tengah bertapa di sebuah pondok kecil.

"Patutlah bukan main lama kitaorang tunggu dekat library"

"...Eri dah pandai sekarang main date-date ni.Nanti aku shiplah korang berdua.Jadi Edleen.."Nadia menyindir.Dilabuhkan punggungnya di sebelah aku.

Aku cebik bibir."kau jangan macam-macam eh?"

"Apa salah ke?"Nadia menyoal selamba.

"Ada apa korang datang sini?"Edrian pantas menyoal.

"Amboi,macam tak suka je kami datang?menganggu korang date ke?alaa macam tak biasa pula dengar bila berdua pasti ada yang keti-eh salah!pasti ada yang keempat"kata Nadia sarkastik.

Allahu,ada juga aku leku kepala otak dia ni,kang!

Entah mana silapnya sehingga aku mendapat kawan macam ni rupa.

"Saje,datang melawat"ujar Razif yang sedari tadi tidak lepas memandang aku dan Edrian silih berganti.

"..anyway korang tahu kan tiga minggu dari sekarang sekolah kita ada sukan tahunan?"

"Tahu,kenapa?"soalku.

Pantas Razif mengeluarkan kertas di dalam begnya.Dihulur kertas itu kepada aku.

Sukan Tahunan Sekolah Menengah Qizerf Hans.

Sukahati sekolah akulah nak letak nama apa en?bukan sekolah korang pun.

Tajuk depan di tengah kertas putih A4 itu aku baca dengan kerutan di dahi.

"So?kenapa dengan sehelai kertas dan nama sekolah kita?"soalku blur.

"Masa korang sibuk berdating-"

Cis,aku tak dating okay?

"..Cikgu Uzair datang library jumpa aku dan Nadia.Dia bagi kertas ni kat kitaorang.Pada awalnya,aku pun pelik juga tapi bila cikgu explain baru aku faham..dan Edrian untuk kau pun ada,nah-"Razif menghulurkan sehelai lagi kertas yang sama kepada Edrian.

Aku menyampah betul dengan orang yang tak straight to the point.

"Cikgu Uzair pesan,siapa yang terima helaian ni maknanya mereka terpilih untuk membantu dan menguruskan segala aktiviti about sukan tahunan serta kita wajib ambil satu acara sukan"ujar Razif panjang lebar.

Dan keterangan dia itu buat aku nak melompat dari tingkat satu ke tingkat tiga.

Finally,setelah lima tahun aku duduk sekolah ni,cikgu pilih aku juga untuk berbakti kepada sukan tahunan sekolah.

Tapi...









Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now