1 1

994 95 1
                                    

"Aku dengar hari ni ada budak baru"

"Duh,setiap tahun ada pelajar baru"

"Dua orangkan?"

"Haah,aku dengar pelajar form 5"

"Agak-agaknya hensem tak?"

"Kau yakin ke dioarang tu lelaki?"

"Harap-harap bukan nerdy "

Daripada aku melangkah ke sekolah pada awal pagi lagi,pelbagai bisikan-bisikan halus yang aku dengar tentang dua orang budak baru yang akan masuk ke sekolah kami pada hari ini.

Kadang-kadang aku terfikir,kenapa pelajar kat sekolah aku ni busybody?suka hati sekolah nilah nak terima pelajar baru ke tidak,yang lagi menyakai pelajar perempuan mulalah menggelitis dan menggedik.Tak sabar nak tahu identiti pelajar tersebut.

Haih,aku bukan apa.Memang sifat seorang perempuan
tu tak lari daripada 'kegedikan' tapi mohonlah cover sikit perangai tu.Ingat orang suka?

Jangan tunjuk murah sangat please....

Pelajar baharu ni pun satu,kenapa tahun yang nak SPM baru tukar sekolah?kalau aku,aku tak nak..takut tak boleh catch up dan sesuaikan diri bila belajar.

Bukan apa,lain orang lain caranya mengajar.Dahlah aku tak berapa pandai lepastu masuk lagi cara mengajar yang mengelirukan...tak biul ke otak?

Bukan nak emo ke apa tapi aku ni sejenis manusia yang tak berapa gemar nak tahu keadaan sekeliling.

Setakat ni itu jelah perangai paling annoying aku.

"Eri"Lamunan aku menghadap pemandangan di jalan raya terganggu seketika apabila Nadia datang menyergah.

Tangan kanan yang menjadi alas kepala terus dialihkan dan kepala diangkat memandang Nadia.

"...kau tahu tak pelajar baru tu--"

"Haaa~~nanti-nanti jelah kau cakap"

Minah ni lagi seorang.Masalahnya,bila berita pelajar baru tu dah tersebar meluas,bukan ke akan sampai ke corong telinga aku ni?

Sekolah aku ni set-set nooby...benda remeh macam tu pun nak kecoh.Lainlah,kalau anak sultan yang masuk ke sekolah ni.Itu baru boleh nak heboh.

"Tapi-"

"Nanti aku tahu juga"

"Tak masalahnya--"

"Baik kau diam..sebelum aku halau"

Nadia akhirnya diam dan beredar ke meja Taufiq,ketua tingkatan bagi kelas aku.Tak lain tak bukan,dia nak kacau mamat tu baca buku.

Ketua tingkatan kelas aku ni dia seorang nerdy yang memakai cermin mata besar dan bulat.Butang baju sekolah dibutang sampai nak tercekik leher tu lepastu baca buku 24/7.Mungkin sebab nilah guru kelas aku lantik dia sebagai ketua tingkatan.

Tapi kau nampak je dia macam tu..bawah laci meja dia penuh dengan surat cinta-cintun yang tak berapa loving-each-other lepastu main tepuk tangan dan menyambutnya dengan hati yang tulus mulus gitu..

Untung perempuan tu dapat boyfriend macam dia....

Tekak aku rasa loya

Lol

"Bangun!"ujar Taufiq tatkala guru masuk ke dalam kelas.Pelajar yang sedari daripada tadi membuat bising di dalam kelas segera mengambil tempat dan berdiri di tempat masing-masing.

Sebaik sahaja Taufiq mengucap salam,cikgu terus menyuruh kami duduk.

"Seperti yang kamu--"

Ini mesti nak bagitahu tentang pelajar baharu tu dan mesti mereka satu kelas dengan aku.Kalau tak,tak adalah cikgu sibuk sangat nak explain

"Meet my students,Ed and Raz please comes here!"

Mata terbuka luas sangat mendengar nama yang sangat familiar di pendegaran telinga.

Derapan kaki yang ingin melangkah masuk ke dalam kelas aku menanti dengan penuh debar.

Argh,asal nervous semacam ni?

Elok-elok niat yang dikatakan 'tak nak ambil tahu' terus berubah kepada 'nak ambil tahu'.

Apabila pelajar yang diminta masuk oleh Puan Murni tadi,jantung aku terus berdegup kencang dan bagaikan mahu terkeluar dari anggota badan.

Mata cuba digosok beberapa kali.Katakan ini semua mimpi.

"Muhammad Edrian Bin Adli"

"Ungku Razif Ashraf Bin Ungku Adami"

Dua orang jejaka yang baru sahaja memperkenalkan diri mereka di hadapan kelas membuatkan rahang aku jatuh mencecah lantai.

Sempat Razif mengeyitkan mata sebelahnya kepada aku.

What thee-mangkuk ayun?!

Mimpi apa dua ekor tu tiba-tiba pindah sekolah aku ni?!

Perlahan-lahan kepala melihat Nadia di sebelah.

"Aku dah cuba bagitahu tapi kau yang tak nak dengar"Nadia tepuk bahu aku perlahan.

I'm died






I'm died

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now