2 5

669 58 0
                                    

"Kau couple dengan Razif ke?"aku yang sedang memotong sebiji kek di dapur berhenti serta merta.Perlahan-lahan,anak mata melirik ke arah Daniel yang sedang mencapai sebiji buah epal di atas meja makan lalu digigitnya sekali epal tersebut.Lepastu dia kerutkan muka dengan kening sebelah dijungkitkan.

Hek eleh adik aku ni,persis muka acah-acah kerek dengan kakak sendiri.Elok diminta kaki je.Dahlah tanya macam aku baru lepas keluar dari Zouk.

Lagi satu,kenapa dia tiba-tiba tanya soalan macam tu?takkanlah waktu Razif confess tu adik aku senyap-senyap pasang telinga,dia ni pun kadang-kadang tak boleh percaya.Otaknya lebih pantas bertindak daripada kata hati dia sendiri.

Aku ambil tempat berhadapan dengan Daniel setelah penat berperang dengan cik otak dan cik hati.

"Asal kau tanya macam tu?"ujar aku sambil menghulurkan pinggan yang berisi sepotong kek kepada Daniel.

"Thanks"ucapnya sebelum kembali bersuara."..tak adalah satu sekolah sibuk dengan berita tu.so untuk minta kepastian aku tanya direct terus pada tuan badan"

Hampir tercekik kek ni apabila mendengar kata-katanya.What the heck?!Seriuslah dah tersebar?

Apa hot sangat ke aku ni uhuk uhukk sampai satu sekolah tahu?

Apa hensem sangat ke Razif tu sampai semua aktiviti dia,warga sekolah boleh detect?

Apa banyak sangat ke crush si Razif tu kat Sekolah Qizerf Hans?

Kalau itu benar,mungkin tidak mustahil perkara hangat seperti ini boleh tersebar.

"nah"Daniel menghulur telefonnya kepadaku.Buletin tentang pelajar-pelajar Qizerf Hans jelas terpapar di skrin telefon bimbit Daniel.Kemudian,aku mencapai telefon tersebut serta mencari tajuk-tajuk yang boleh dikaitkan dengan kejadian yang berlaku sekarang.

120 posts

#1 on trending
"Ungku Razif Asyraf dan Nur Erilyana Adleen ada hubungan"

Terus terbeliak besar kedua-dua mata aku tatkala membaca tajuk utama berita tersebut.Aku pandang skrin dan Daniel silih berganti.Katakan ini mimpi,please.

"what?.."Daniel angkat kening sebelah"..lol,it's reality sis"

Aku terus meletakkan telefon itu dengan kasar di atas meja.Sakit mata,sakit kepala,sakit hati aku tengok,urgh!

"Woii agak-agak ahh,iphone aku tu!"ujar Daniel geram dan mengambil telefonnya lalu beredar dari situ.Aku hanya berikan dengan pandangan kosong.Otak aku sekarang tengah mentafsir tepat pada point berita tadi.

Malaun mana sebarkan fitnah tanpa bukti ni?Memanglah ada gambar kat situ tapi bukan gambar aku berdua dengan Razif tengah duduk bawa pokok!Jelas terpapar di gambar tersebut terdapat lagi dua orang manusia di situ iaitu Nadia dan Edrian.Lagi satu,takkan tak nampak belon-belon yang tertulis 'Happy birthday'?!

Apa dah kemaruk sangat ke nak cari publisiti murahan sampaikan berita-berita klise macam tu kau nak siarkan?

Warga Qizerf Hans pun ikut sekali letak akal dan otak kat lutut.Sebelum tulis komen dan mencemuh orang,tak reti nak tengok cermin dulu.Sibuk duk jadi pak cik mak cik bawang kat situ.Maklumlah bakal-bakal ahli syurgalah katakan.

Aku mengeluh perlahan.

Aku boleh je abaikan tapi nanti esok aku ke sekolah pasti akan memberi impak yang besar.Boleh menanah telinga dan pedih hati dengan bisikan-bisikan para iblis terutamanya 'fans kononya fanatik' kepada Razif.Susah jadi orang lawa dengan hensem ni mwahahahahaha.

Jawapan untuk Razif pun aku tak sediakan lagi.Pastu dah datang bala yang lain.

Macam manalah Razif tu boleh suka aku yang tak seberapa ni.Dia kira gentle lah juga sebab berani luah kat depan kawan-kawan aku.

Perangai pun boleh tahan untuk dijadikan bakal imam dunia akhirat kepada para gadis,pftttttt.

Erm,muka pun boleh tahan kacak.

Lagu Havana tiba-tiba menjelma dan serta-merta mematikan lamunan panjang sebentar tadi.Cepat-cepat aku slide ke tepi tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello Eri?"

Terus berdiri daripada duduk apabila mendengar empunya suara.Kemudian,barulah aku melihat nama pemanggil di skrin telefon.

It's Razif!

"Err,ya?"

"Jumpa kat taman dalam 30 minit lagi"

Tittt~

Panggilan terus dimatikan olehnya tanpa sempat aku membalas.

Mangkuk ayun punya Razif.

Haa lantak aku reject kau.Tengoklah kejap lagi.











Tengoklah kejap lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now