1 9

746 70 2
                                    

Latihan Hari Sukan Sekolah berjalan seperti biasa.smooth and flow..tetapi tidak kepada aku disebabkan tenaganya telah digunakan dalam semua hal.

Menjadi sukarelawan sekolah tidaklah sepenat mana kerana masih ada ahli lain yang boleh membantu,cuma satu,denda Cikgu Uzair.

Itu yang memenatkan.Hari ini,hari dendanya bermula.

Dan sekarang aku berada di dewan sekolah melatih para pelajar yang dipilih oleh Cikgu Uzair sendiri.

Sangkaan semua pasti menyangka pelajar itu adalah pelajar dari sekolah aku sendiri tetapi tidak..para pelajar yang dimaksudkan adalah anak kepada Cikgu Uzair.Seorang perempuan dan seorang lelaki.

Nampak macam tak masuk akal.Tapi itulah dia Cikgu Uzair kami yang otaknya terlebih cerdik sehingga anak-anak muridnya berkali-kali ganda cerdik.

Sekarang betullah tekaan aku.Ini sebab percuma.Cikgu pun nak jimat duit.

Ssshhh...don't tell him about this

Maklumlah zaman dunia nak wawasan 2020 ni,makin menjadi-jadi harganya.Naik laju setinggi Gunung Everest.

Nasib baiklah denda ni hanya dilaksanakan pada Sabtu dan Ahad sahaja.Tempoh pengakhiran tidak diberi kata putus lagi.Aku syak cikgu memang nak aku dan Razif melatih anak-anaknya seperti ahli taekwondo yang lain.Dan selepas itu,barulah denda kami tamat.

Tahu sangat.Sebab taekwondo ni mana boleh belajar sehari-dua,kena berhari-hari dan berminggu-minggu.Sebab step yang ada bukannya sedikit tapi banyak untuk dipelajari.

Fuh,aku explain macam taekwondo professional.

"Eri!"

Lamunan aku tersentak tatkala bahu kanan ditolak kuat dari tepi.Segera tangan ini memukul laju bahu empunya.

"Terkejutlah bangang!"

Razif menjulingkan mata ke atas.

"Eleh,itupun nak terkejut.Acah je lebih"Laju anak mata melihat dia.

Eh,eh dia ni.Ada juga makan kaki kang!

"..dah jom ajar diorang next step"Kata Razif lalu bangun dari atas pentas sambil menepuk seluarnya bagi menghilangkan debu yang melekat.

"Amilia and Ausaf comes here!"Pantas aku menjerit memanggil kedua-dua anak Cikgu Uzair yang baru berumur 6 tahun dan 8 tahun itu.

Razif pandang aku tajam.

Apa dia ingat aku nak sangat ber-dating dengan dia kat atas pentas dewan ni?pastu sweet-talk-each other.Main tepuk tampar sambil perhatikan dua budak yang sedang berlatih?Mohon bla!

Laju sahaja si kakak dan si adik berlari mendekati aku tatkala nama mereka dipanggil.

Alahai,comelnya mereka.

Kalau suatu hari nanti aku dikurniakan cahaya mata,aku nak anak yang comel macam mereka.

Tak,tak,aku bukan seorang pelajar yang terlebih gatal memikirkan soal kahwin.Tetapi cikgu aku cakap nak masa depan yang cerah mestilah berdoa dari sekarang.Mana tahu apa yang didoakan menjadi sebuah realiti?

Ehem!

Cepat-cepat aku menggelengkan kepala apabila menyedari diri sendiri telah terlebih merapu dengan kata-katanya.

Haih,banyak betul kau fikir Eri.

"Pasni kau nak ajar diorang apa?"aku bisik perlahan pada corong telinga kanan Razif sambil anak mata melirik ke arah Amilia dan Ausaf yang sedang bermain cak-cak.

Goals betul adik-beradik ni.Kalau dengan adik aku,tak cak-cak lagi dah kena pulau.

Nasiblah..aku dapat adik macam tu.

Razif segera menoleh.Pantas aku jarakkan posisi daripada dia apabila terasa hembusan nafasnya yang terkena pada kulit muka.

Emm nasib aku tak ikut pandang sekali.Kalau tidak,mulalah scene cliché mata-bertentang-mata-di -antara-dua-insan.Urghh

"Ahh,you must wait and see"Dia smirk sikit lalu mula berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan dua orang kanak-kanak tersebut.

Tch,belagak betul cara dia tu.Aku lagi power ahh!

"Ok adik-adik,abang-"

"Uhuk!uhuk!...emm fuh ma-uhuk-uhuk-af..maaf terbatuk"hujung ayat aku perlahankan sambil menekup mulut menahan tawa.

Pantas Razif memberi jelingan maut.

Aku bukan apa,setiap kali dia bahasakan diri dia abang to this children tekak aku akan jadi loya serta-merta.

Orang suruh bahasakan diri dengan gelaran 'Sir' tak nak.Nak juga dengan panggilan 'abang' tu.

"...abang akan ajar cara side kick pula"

"Before that,biar akak tanya dulu.Sama ada korang ingat lagi atau tidak.Apa moto Koryo Taekwondo Kelab?"

And again,Erilyana menghalang segala perbuatan Razif.Aku gelak kecil.Razif pandang tidak puas hati.

"Stay Alert Stay Alive!"Amilia dan Ausaf menjerit serentak sambil kedua-dua tangan mereka diangkat ke udara.

Semangat betul tu!

"Ok good.sekarang boleh teruskan latihan bersama abang kesayangan korang...hehehe"

Mereka mengangguk lalu mula mengikut Razif yang sedang membuat demo side kick.

Mereka mengangguk lalu mula mengikut Razif yang sedang membuat demo side kick

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(sumber google; side kick)








(sumber google; side kick)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now