2 9

689 59 0
                                    

Berita tempoh hari dah hampir pupus tetapi kesannya masih ada.Setiap hari jugalah Razif diserang oleh wartawan tidak berdaftar.Mereka sibuk menanyakan tentang kesahiaan hubungan aku dan Razif.

Guess what?

Razif dengan muka selamba dia pergi bagitahu yang sebenarnya kami betul-betul couple.Nampak tak perangai biadap dia kat situ?

Urgh,abaikan.

Tentang Haikal pula,dah selamat sampai ke sekolah baru.Kat mana aku tak tahu sebab dirahsiakan.Aku tahu dia dah bertolak pun daripada Edrian.Baru aku tahu,mereka berdua tu berjiran.

Mengikut info daripada Edrian juga punca dia berpindah sebab dah banyak sangat kesalahan dia buat kat sekolah,so daripada dibuang sekolah baik dia ambil langkah dengan lebih awal.

Tentang Razif pula,tak ada apa nak diceritakan.Aku masih berkawan dengan dia seperti sebelum ni.Tenang jelah.Tak ada benda pun nak digelabahkan.Cuma tulah,perangai gedik dia tu tak nak bagitahu peminat dia bahawa aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan.Alasan pertama,kalau bagitahu pun mereka masih nak menganggunya.

Ok,itu aku boleh terima lagi.Alasan kedua pula,lebih bagus orang anggap kitaorang couple tak adalah nanti ada yang suka aku.Ceh,gedik betul.

Mohon berjemaah hempuk kepala dia.

"Eriiiiiiii SPM sebulan lagiiiiiiiii.aigooo i don't study anything yet!"ujar Nadia sambil menggoncangkan kedua-dua bahu aku.

"Studylah!"

Nadia terus menyebamkan kepala di atas meja apabila aku menjerit kepadanya.Kenapalah aku dikurniakan kawan yang kuat drama queen ni?urghh annoying tahu!

Tapi aku pun sebenarnya takut,pejam celik pejam celik lagi sebulan sahaja lagi aku akan menduduki SPM.lepastu masuk universiti pastu kah—

Cepat-cepat aku gelengkan kepala.Jauh sangat menyimpang tu.

"Weh weh Eri,wehhh diva tu datang"Nadia memandang aku dan pintu silih berganti sambil tangan kanannya memukul pergelangan tangan kiriku.

Aku yang sedang membuat latihan addmath terus terganggu olehnya.Aku hempas pen di atas meja.Kemudian,mata beralih melihat ke arah yang dikata oleh Nadia tadi.

Hek eleh Aina rupanya,rasanya sudah lama dialog antara aku dan dia tidak diwujudkan.

Aina mengambil tempat di hadapan kami.Nadia terlopong di situ.Aku memutarkan bebola mata ke atas.Fuh,dramatik sungguh!

"So,how are you Mrs.Razif?"dia memulakan perbualan.Tanya khabar tu dah ok tapi perlu ke sebut Mrs.Razif tu?

"nama aku Nur Erilyana Adleen"ujarku sinis.

"Really?i thought u're his's girlfriend or dah clash?huh,pity your girl"

Perempuan ni kan kalau aku buat gulai agak-agaknya hidup lagi tak?aku tampar anak orang ni tak sia-sia kau hidup kang.

Razif ahh ni mengada-ngada tak nak bagitahu hal sebenar.Dan aku dah cuba untuk bagitahu semua orang tapi sikitpun mereka tak percaya.Pelik ahh diaorang ni,sepatutnya bangga bila aku tak ada apa-apa dengan Razif tapi ni aku tengok makin suka je?so dah bolehlah ni.Tinggal restu mak ayah je mwahahaha.

"Kau nak apa sebenarnya?"ujarku malas.Malas ahh nak main sindir-sindir ni.

"Tak nak apa-apa.saje nak melawat kawan"dia tepuk perlahan bahu aku.Segera tangannya aku tepis ke tepi.

"Kau ni Aina bla lah,semak tahu semak!"kata Nadia.

Aina jeling Nad"aku tak cakap dengan kau.kau tu yang patut bla.kan Eri?"

Aku pandang Aina kemudian beralih kepada Nadia.

"Haah lah Nad,apa kata kau bagi ruang sikit kat kami"

Jelas merah muka Nad apabila aku berkata begitu.

"Tak apa kau Eri,aku merajuk dengan kau.Aku mengadu kat Razif!bye!"

Aku mengelenggkan kepala sebelum menyambung perbualan bersama Aina.

"Sorry"

"ha?"

"Aku tahu kau dengar Eri"

"hehehehe okay okay"

"nak SPM kan so yaa patut berdamai sekarang"Dia tengah cakap dengan aku atau pintu?sebab mata dia terarah ke pintu.

Ikhlas ke tak?

"yeah,sorry jugak if ada tersakitkan hati kau.yaaa manusia tak sempurna"ujarku bersama senyuman.Dia,ikhlas atau tidak biar dia dengan tuhan.Aku manusia,hanya mendengar tanpa tahu ketulusan hatinya.Ceh,ayat!

"Got to go,so yaa goodluck on your future and moga kau dengan Razif kekal hingga ke jinjang pelamin"Aina bangun dari tempat duduknya lalu menghulur tangan kanannya.

Aku juga begitu,menyambut hulurannya lalu terus tubuhku didakap olehnya.

"Friend ya?"bisiknya.

Aku mengangguk perlahan.

Scene ni terlampau klishe bagi aku tapi tak mengapa ,selagi kau bergelar manusia di muka bumi ini,selagi tulah kau perlu rendahkan ego untuk meminta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan.












Scene ni terlampau klishe bagi aku tapi tak mengapa ,selagi kau bergelar manusia di muka bumi ini,selagi tulah kau perlu rendahkan ego untuk meminta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now