P R O L O G U E

2.2K 206 16
                                    

"Dipersilakan Nur Erilyana Adleen naik ke atas pentas"

Sebaik sahaja namaku disebut di perhimpunan, suara sumbing rakan-rakan mula kedengaran; menjerit meraikan pencapaian yang aku peroleh.

"Wuuuuu~"

"I'm fans you Eri"

"Tahniah Eri,cikgu bangga dengan kamu"bisik Puan Ainin merangkap GPK Hem di sekolah aku-setelah dia mengalungkan pingat emas itu di leherku.

"Pandang sini"aku dan Puan Ainin berpaling menghadap jurugambar yang sudah siap sedia untuk mengambil gambar kami.

"...say cheese"bibir mengukir senyuman.

Klik!

-------

"Macam mana bro?kalah ke menang?"soal kawan Razif sambil menepuk bahu kanannya. Razif hanya memberi jelingan maut kepada kawannya itu. Dia benci soalan itu setiap kali perlawanan sudah tamat.

"Hmm"hanya itu mampu dibalas. Entahlah dia minat sukan ni tapi selalu kalah. Yang peliknya, Sir Idham tetap membenarkan dia mengajar orang lain sedangkan dia sendiri tidak terlalu hebat.

Kalau orang lain tahu, mesti dia akan dipanggil 'mamat sotong'. Maklumlah ada seorang perempuan yang masuk taekwondo sepertinya juga sudah mampu meragut berpuluh-puluh pingat emas. Nur Erilyana Adleen. Setiap kali disebut nama itu pasti semua orang mengenalinya cuma dia tidak berkesempatan melihat dan mengenali gadis itu memandangkan Erilyana berada di kelab lain. Selalu dengar nama je.

Kadang-kadang Razif termalu dengan diri sendiri .

Selalunya lelaki lebih hebat daripada perempuan dalam sukan yang lasak tapi ni terbalik pula.Perempuan lebih hebat berbanding lelaki.

"Cuba lagi bro!"Razif tersenyum. Tahulah kawannya itu mengerti balasan jawapan yang keluar dari mulutnya tadi.



 Tahulah kawannya itu mengerti balasan jawapan yang keluar dari mulutnya tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

change from sqiewyh to jehoonra

CGT | ✓Where stories live. Discover now