1 2

974 97 1
                                    

Aku tongkatkan dagu menggunakan kedua-dua belah tangan sambil memerhati dua orang figura manusia yang sedang duduk makan mi goreng di hadapan aku.

"Issh,aku tak puas hatilah dengan jawapan korang.Kenapa korang tetiba pindah sini?"

"Kan aku dah jawab tadi"kata Razif sambil menghirup air cincau.Dapatku lihat dia mengunyah cincau tersebut sebaik air itu masuk ke dalam mulutnya.

Tak mustahil

Mereka pindah hanya saja-saja?

Jawapan itu amat menyakitkan hati,tahu!

"Weh,jawablah betul-betul"desak aku lagi.

"Kau ni Eri..kan diaorang cakap diaorang saja je...lagipun biarlah dorang nak pindah mana pun"ujar Nadia sambil mengunyah kentang goreng di dalam mulut.

Selalunya dalam novel,seorang je yang ada budak baru ni dah kenapa dalam hidup aku dua orang manusia sekaligus?dahlah dua-dua aku kenal.

"Ed,kau kawan aku kan,baik kau bagitahu sebelum kita putus kawan"

"Kawan aku bukan kau sorang jelah Leen"kata Edrian selamba.Aku ketap bibir dengan kuat.

"Weh!"

"Ishh yelah,yelah..kitaorang pindah sini sebab parents kitaorang di transfer kerja dekat area sini"

Jawapan daripada Razif membuatkan aku mengerutkan dahi memikir jawapannya itu.Parents kitaorang?share parents ke?tapi bukan mereka hanya kawan?

"Our parents knowing each other... business pun tubuh sama-sama kawan baik. Kiranya aku dengan Razif dah kenal dari kecil lagi"

Padat dan ringkas Edrian memberitahu dan itu cukup aku faham apa yang diterangkan.

Ouhh,begitu tapi kenapa aku tak pernah tahu eh?

"Kau tak pernah bagitahu aku pun Ed?"

"Takkan semua benda aku nak share"jawab Edrian laju.

"Entah kau ni Eri,busybody je.."kata Nadia.Pantas bahunya aku pukul.Eh eh minah ni!

"Hai abang Razif"

Keadaan yang diam selama beberapa saat di antara kami berempat telah terganggu apabila seorang junior tingkatan 3 menegur Razif secara tiba-tiba.

Aku tahu daripada warna nametag budak tu.

"Erk,hai?"balas Razif acuh tak acuh.

Aku dah agak nanti ada yang sibuk-sibuk tegur dua mamat ekor depan aku ni.Maklumlah dua-dua hensem.

"Saya ada belikan abang nugget.."dia meletakkan perlahan sebungkus plastik nugget di sebelah Razif.

"...ambillah,ikhlas dari saya hihihi"katanya sambil senyum tersipu malu dan terus beredar meninggalkan Razif.

Razif pandang aku,Nadia dan Ed silih berganti.Kemudian, masing-masing menghembur tawa.

Seriush,nak muntah aku do!

Allahu,budak zaman sekarang nilaa..

"Abang makanlah,penat saya beli tau..."ucap Edrian sambil mengusap perlahan bahu Razif.Ditahan ketawanya daripada terus meletus.

Pantas Razif menolak tangan Edrian dengan kasar.

"Banganglah kau Ed!"

Pfttttttttt

Akhirnya,kantin itu riuh dengan siisi tawa kami berempat.

--------

"Wuuu tahniah men"ucapku riang sambil menepuk tangan beberapa kali di hadapan Razif dan Edrian.

Baru satu hari sekolah kat sini dah berpuluh-puluh orang bagi surat dan hadiah.

"Weh lepasni salah seorang daripada korang berdua jom couple dengan aku...boleh tumpang femes"ujar Nadia yang tak tahu malu sambil membelek segala surat kepunyaan Edrian dan Razif.

"Setakat nak tumpang famous buat apa,aku nak ada girlfriend yang telus menerima aku.."balas Razif pula.

"Ayat tak boleh bla.."kataku perlahan sambil membuka bungkusan coklat Cadbury lalu disua masuk ke dalam mulut.Fuh,nikmat betul!

"Eri.."panggil Razif perlahan.

"Hmm.."balasku malas

"I love you.."

"Wait-"

"...whhh-"

"What?!"aku,Nadia dan Edrian berkata serentak sambil mata masing-masing tepat memandang muka Razif yang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Ha?kkorang kenapa ni?"soal Razif hairan.Aku pandang Razif dengan muka tidak percaya.Seriuslah weh?!

"Kk..kkau..ssuka..Erilyana"kata Edrian tergagap-gagap.

"Ha?bila masa pulak ni?"

"Tadi kau confess kat dia tu apa?"kata Nadia pula.

Aku hanya mendiamkan diri dengan mulut yang terlopong daripada tadi.

"Ouh tadi..aku nak tunjuk dekat dia surat ni haa...geli do aku baca"ujar Razif lalu meletakkan surat tersebut di atas meja agar kami dapat membacanya.

I love you my cutie pie
-sincerly,your
fans-

Nadia pukul kuat kepala Razif menggunakan buku teks sejarah.

"Ishh kau ni,buat orang terkejut je..mati-mati aku ingat kau suka kat Eri"

"Entah,cara kau cakap tu..urghh"Edrian menjulingkan mata ke atas dan kembali membaca suratnya.

"Leklah..korang yang salah faham.Mula-mula memang aku nak cakap dengan Eri tapi bila nampak surat ni terus aku baca lepastu tak sempat aku nak habiskan ayat korang dah menjerit"ujar Razif panjang lebar.

Kau tahu apa itu fakehope?

Haa itu yang aku rasa sekarang.

Cuma satu nak cakap

Tak guna!

Tapi

Kenapa aku perlu rasa macam tu?

Entahlah.

Aku ni suka terasa dengan benda yang tak ada kena mengena dalam hidup aku.







Aku ni suka terasa dengan benda yang tak ada kena mengena dalam hidup aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now