0 4

1.3K 128 3
                                    

Aku dan Nadia sudah siap sedia untuk turun ke bawah kejap lagi.Penat jugalah jadi ketua ni,sorang-sorang datang mengetuk pintu bilik aku hanya untuk meminta izin keluar.Ada yang lagi teruk,siap diketuk pintu bilik aku macam nak roboh.

"Huwarghh!!"entah ke berapa kali aku menguap.Memang aku dah berhajat nak tidur tadi tapi ada je manusia yang dengki dan terus lenyap hajat aku itu.Hmph!

"Weh aku dengar kau partner dengan Razif eh?"soal Nadia sambil minum air mineral.Aku pandang dia hairan.

"Kenal ke?"

"Oh gosh!gila tak kenal?mamat paling hensem dalam abad ni"hambir tersembur air yang diminum Nadia akibat terlampau teruja.Aku mencebik.

Tch,aku tak kesah!

"Kiranya kau dah kenal lah mamat tu?"Nadia mengangguk laju.

"Kau je tu yang tak ambil peduli dengan orang sekeliling sebab tulah mamat hensem macam dia pun kau tak tahu.Maklumlah budak femes plus bajetlah katakan"Aku pandang Nadia tajam.Menyindir nampak?

"Jaga sikit mulut eh,kau macam tak kenal pula dengan kawan kau ni.Bukan tak nak ambil peduli cuma malas je"Kataku sambil menutup suis lampu dan kipas sebelum aku dan Nadia melangkah keluar dari bilik kami.

"Eleh..by the way mamat tu serius famous,hampir semua orang kenal dia sebab tu aku macam terkejut sikit yang kau ni tak kenal dia.Padahal Razif tu anak kesayangan Sir Idham juga"

"Then?kau nak cakap aku ni anak kesayangan Sir Idham?"kening sebelah diangkat memandang Nadia lalu aku melangkah masuk ke dalam lif.

"Tak ada——"kata-kata Nadia terhenti apabila ada sepasang suara menjerit menyuruh kami menunggu.Dengan pantas,aku menekan punat buka lif tersebut.

Kelihatan Razif melangkah masuk ke dalam lif dengan tercungap-cungap.Mungkin baru lepas berlari?

Mata Nadia terus bersinar-sinar memandang aku.Mulutnya ditutup menggunakan kedua belah tangannya.Aku menjulingkan mata ke atas dan tangan disilang di dada.

Mulahlah tu...

"Hai Razif"Nadia menegur ceria.

"Thanks"balas Razif sambil menyarungkan sweater di tubuhnya.

"For what?"

"Sebab buka pintu lif tadi"Nadia tersenyum mesra sebelum kembali bersuara.Aku sudah membuat muka meluat di sebelahnya.Urgh,tolonglah!

"No hal"ucap Nadia dengan lagaknya.Tch!

"Hai Eri"mata beralih melihat Razif di hadapan Nadia.Razif memberi senyuman kepadaku.Aku juga turut membalas senyumannya itu.Dah orang senyum,kita senyumlah balik.Senyum itukan satu sedekah.

Keadaan di dalam lif itu terus menjadi sunyi-sepi tanpa sebarang suara manusia yang berbual dan gelak ketawa.Terasa kekok di antara kami bertiga.

------

Perlawanan taekwondo akan berlangsung pada hari esok di tempat yang sama kami menimbang berat pada hari ini.Timbang berat ni hanya nak pastikan para peserta tidak terlebih berat daripada berat yang telah ditetapkan kerana mereka berlawan mengikut kategori berat.

Nasiblah siapa yang berbadan kecil tetapi berat mengalah orang obesiti.Aku sendiri pun struggle turunkan berat supaya tidak dapat berlawan dengan orang yang hebat belaka.

Jika peserta terlebih berat daripada berat yang ditetapkan,nama peserta itu akan disingkirkan serta-merta daripada pertandingan.Ini bermakna kau memang cari penyakit kerana akan dimarahi oleh coach.

Sekiranya itu berlaku,silalah kuatkan hati anda.

"Hoi"

Lamunan aku tersentak dan terus mengusap perlahan dadaku.Kus,semangat!Aku menjeling orang disebelah.

"Kau nak apa?"soalku dingin kepadanya.

"Termenung jauh nampak?terfikirkan boyfriend eh?"

Terus badan aku pusing menghadapnya.

"Tak ok.."balasku laju.Memandai je buat andaian sendiri.

"Elelele tipu.."Dia cuba mengusik.Aku pandang dia tajam.

"Eee kau ni Razif!bla ahh!"aku terus berpaling daripada menghadapnya.Annoying betul mamat ni.Telinga aku pantas menangkap suaranya yang sedang mempertawakan aku.

Lagi sakit hati!

"Lek lek,jangan marah..aku gurau je"katanya dalam nada memujuk.

"Bagus kamu berdua ada kat sini,puas saya cari"perbualan aku dan Razif terhenti apabila suara Sir Idham tiba-tiba menyapa kami.Terus kami bangun daripada duduk menghadap Sir Idham di hadapan.

"Ada apa sir?"soal aku.

"Esok,pastikan semua orang berkumpul dekat parkir hotel tepat jam 7 pagi.Pastikan tak ada sorang pun terlewat"Tegas dan padat Sir Idham memberi arahan.Itu satu amanah!

Aku mengangguk laju.Aip aip kapten!

"....kalau dioarang terlewat,kamu berdua yang saya cari"

See?susah betul jadi ketua.

"Esok kamu main berapa kali Eri?"Sir Idham menukar topik.

Aku menjungkit bahu"Teacher Berney didn't say anything Sir.She said we will know by tomorrow"

Sir Idham mengangguk perlahan.

"Ok..."Sir Idham terus meninggalkan kami berdua.Sempat dia berpesan agar tidak lupa dengan pesanannya sebentar tadi.

Aku dan Razif memandang antara satu sama lain sebelum masing-masing melabuhkan punggung dengan malasnya di atas kerusi.Nafas berat dihela panjang.

"Kau jangan lupa kunci jam"Razif berpesan.Aku hanya balas dengan anggukan.

Ini kena betul-betul ambil serius.Kang,tak pasal-pasal aku kena marah dengan Sir Idham.Nasib baiklah bekerja dengan Razif ni tidak terlalu susah.Senang berurusan.Bukan dengan leader sebelum ni,ikut kepala otak dia je

Well..

Kau ingat kau hebat?

Kau ingat kau hebat?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now