1 3

952 88 7
                                    

Siaran yang tertera pada skrin tv aku pandang dengan muka jemu.Kemudian,aku pandang pula pada Daniel di sebelah yang sedang ketawa terkekek-kekek menonton Lawak Super Spontan.

Aku ambil bantal bersaiz kecil yang berada di atas peha Daniel lalu ditekup pada muka sendiri.

I'M BORED!!!

Serius,lawak yang cuba disampaikan oleh para artis itu langsung tidak dapat menggelikan hati ini.

Puas aku berebut remote dengan adik sendiri gara-gara nak tukar siaran lain.

Sumpah,membosankan!

Apalah nasib pada hujung minggu aku ni.Dahlah dapat adik yang tak pernah memahami perasaan kakaknya lepastu dapat pula kawan-kawan yang tak reti kacau aku dengan spam mesej di WhatsApp.

Betapa lonely-nya hidup aku

"I know I'm not alone
I know I'm not alone
Anywhere whenever
Apart but still together
I know I'm not alone"

Perlahan-lahan,aku alihkan bantal dari muka dan memandang telefon Daniel yang berbunyi di atas meja yang meminta supaya diangkat.

KAU INGAT LAWAK KE?

Daniel segera mengangkat telefonnya lalu beredar meninggal ruang tamu tersebut.

Baru sahaja tangan ni ingin menukar siaran yang lain,loceng rumah berbunyi.Pantas aku menyarungkan tudung di kepala dan bergegas ke muka pintu.

"Eri!!!!"

"Waalaikumussalam"kataku bersama senyuman sinis di bibir sambil memandang tiga orang manusia yang sedang berdiri di hadapan aku sambil memegang plastik Pizza hut setiap seorang.

"Hihihi sorry.."ucap mereka serentak dan menanggalkan selipar masing-masing lalu terus masuk ke dalam rumah aku tanpa dijemput atau dipelawa oleh tuan rumah.Siap ditolak badan aku ke tepi agar memudahkan mereka masuk ke dalam.

"Lawanya rumah kau"

"Aku letak makanan ni atas meja"

Pintu aku tutup perlahan dan bergerak ke arah manusia yang sedang elok bersantai di ruang tamu aku.

Aku rasa adab dorang dah hilang.Sebab tulah masing-masing buat selamba je.

Suis tv aku tutup dan memandang mereka bertiga yang sudah tercengang di tempat duduk masing-masing.

"Kenapa tak cakap nak datang?"soal aku sambil tangan di silang ke dada.

"Ini angkara Ed dan Razif"pantas Nadia menjawab.

Mata beralih melihat Ed dan Razif.Aku mengambil tempat di sebelah Nadia.

"Salah ke nak datang melawat?"tanya Edrian sambil menggigit kuaci.Kemudian,mata kembali melihat balang kuaci di atas meja.

Bukan itu kuaci kat rumah aku ke?

Sejak bila pula si Ed ni pergi dapur?

"Ouh lupa,kuaci ni aku ambil tadi..lupa pula nak minta izin"sambung Edrian lagi.

Menjawab tidak,membalas tidak.Sebarang respon tidak diberi.Hanya memandang Edrian tanpa berkelip.

"Korang bertiga ni memang tak tahu adab bila menzirahi orang ke?dahlah datang tak bagitahu lepastu sesuka hati mak nenek cucu cicik moyang korang je buat rumah aku ni macam rumah sendiri.Eh kejap!itu aku tak kesah sangat tapi sekurang-kurang mintalah izin dengan tuan rumahnya dulu.Dahlah masuk rumah orang pun tanpa dipelawa lepastu masing-masing buat muka macam orang tak bersalah langsung"bebel aku panjang lebar kepada mereka bertiga.

Siapa je tak marah bila perangai masing-masing macam mak bapak tak pernah didik adab ketika berada di rumah orang,huh?

Masalahnya dahlah baru kali pertama datang ke rumah aku ni lepastu buat perangai macam dah datang berpuluh-puluh kali.Ini kalau papa dan mama nampak,aku yakin mereka akan ditolak mentah-mentah nak jadi menantu kepada anak-anaknya.

"Sorry"mereka berkata serentak.Aku yang hati mudah cair ni terus memaafkan mereka dengan begitu mudah sekali.

"Lamanya drama korang"tegur Daniel yang entah daripada mana munculnya.Dimula langkahnya menuju ke arah kami.

"Siapa ni?"soal Razif bersama kerutan di dahi.

"Adik aku"

"Kau ada adik!"jerit Edrian secara mengejut.Aku yang dengar ni pun hampir nak terkeluar jantung dibuatnya.

"Yelah"

"Tak pernah bagitahu pun"

"Takkan semua nak share"jawabku sambil tersenyum sinis ke arahnya.

1-1

"Tsk!kau balas balik"

"Abang Ed takkan tak pernah nampak saya kat taekwondo"ujar Daniel pula.

"Kau pun masuk taekwondo"Daniel mengangguk laju.

".....Tak pernah nampak pun"gumam Edrian perlahan.

"Kau memang,semua benda tak pernah nampak"sampuk Razif di sebelah.Edrian laju menumbuk bahunya.

"Kak,aku nak keluar jap"

"Ok,take care!"

"Korang tak nak makan pizza ke?"soal Nadia setelah masing-masing mendiamkan diri beberapa minit.

"Ouh haah"aku terus bangun dan mengambil pizza di atas meja makan.Kemudian,aku membuka kotak pizza tersebut setelah diletakkan di atas meja kopi yang berada di hadapan tv.

"Eri buka mulut"tanpa berasa curiga aku terus membuka mulut apabila disuruh oleh Razif.

Sekeping pizza berjaya masuk ke dalam mulut sendiri.

Erk?

"Ingat sweet ke main suap-suap"kata Nadia dalam nada menyampah sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Diam ah!"balas Razif bengang.

"Guys apa kata kita nikmati je hidangan ni,tak perlu gaduh-gaduh"ucap Edrian yang sedang duduk bersila di atas sofa sambil mencelup roti ke dalam mushroom soup.







"Guys apa kata kita nikmati je hidangan ni,tak perlu gaduh-gaduh"ucap Edrian yang sedang duduk bersila di atas sofa sambil mencelup roti ke dalam mushroom soup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now