0 9

1.1K 108 8
                                    

Mata melilau melihat segenap ruang bilik ini sebelum pintu ditutup rapat.

"Semua barang dah ada?"soal Nadia sambil menolak masuk luggage aku dan dia ke dalam lif.Pantas kepala mengangguk.

Nadia ni dah sama spesis macam keluarga aku yang asyik menyoalkan keberadaan barang kepunyaan aku sebelum meninggalkan tempat yang dituju.

Ketara sangat aku sejenis manusia yang cuai.

"Yang lain dah ada kat bawah?"suara garau yang menyapa di gegendang telinga membuatkan aku mengusap dada beberapa kali dek terlampau terkejut.

"Sir ni buat saya terkejut je"

Agaknya manusia di sini nak tengok aku mati cepat..suka sangat menegur aku dengan cara yang mengejut.Dahlah salam pun tak ada.

"...haah,semua dah ada dekat bawah sir"jawabku bagi persoalannya sebentar tadi.Sir Idham mengangguk perlahan.

Sebaik sahaja tiba di tempat berkumpul,dapatku lihat para peserta taekwondo sudah beratur di hadapan pintu bas.

Aku mengeluh perlahan.

Nampaknya aku akan jadi manusia yang terakhir menaiki bas lagi kerana barisan yang terlampau panjang dan tugas yang perlu dilakukan sebelum melangkah masuk ke dalam bas.

Tugas yang aku rasa tak patut aku lakukan tapi telah diberi arahan oleh Sir Idham untuk membantu coach di sini memantau peserta.

Maklumah,people not perfect...manalah tahu ada yang terlepas pandang.Tak pasal-pasal ada budak yang tercicir dekat sini.

Bukan apa,mereka meminta pertolongan aku hanya nak pastikan keselamatan para peserta selamat je.

Habis keselamatan aku ni siapa nak jaga?

Ibu bapa sekarang ni mudah sangat menuduh secara melulu jika ada perkara buruk yang berlaku ke atas anak mereka.Jadi,pihak taekwondo terpaksa membuat rondaan beberapa kali untuk mengelak daripada dijadikan sebagai pesalah serta risau taekwondo akan dibubarkan sekiranya mereka tidak bijak melangkah dalam hal-hal sebegini.

Aku bukanlah nak kata ibu bapa aku ni bagus sangat...but people can see the parents attitude nowadays..suka sangat meletakkan seratus peratus kesalahan kepada pihak penaja yang mengajurkan sesuatu aktiviti/pertandingan/kelab/majlis.

Mereka tidak tahu bahawa anak mereka tu depan sahaja berkelakuan baik bak malaikat tapi dibelakang mereka serupa perangai seperti syaitan bertopengkan manusia.

Patutlah Malaysia agak sukar nak maju ke depan kalau rakyatnya sendiri tiada sifat bertimbang rasa dan bertanggungjawab sesama pihak.

what i'm talking about?

Lamunan aku terus berhenti sebaik menyedari dan yakin semua peserta sudah masuk ke dalam bas.

"Jauh termenung dik...fikir apa je?penat pak cik tunggu kamu naik"kata pemandu bas apabila aku mula melangkah masuk ke dalam bas.Hanya sengihan aku berikan.

Pfttttttttt,berapa lama aku berdiri dekat situ?

Kemudian,mata melilau mencari tempat duduk.Aku mengeluh berat.

CGT | ✓Where stories live. Discover now