0 6

1.2K 118 17
                                    

Kaki didirikan seperti kekuda. Anak mata tepat memandang punching bag berwarna merah yang tergantung di hadapan. Kemudian, kaki kanan terus menedang punching bag tersebut.

"Eri?"aktiviti tendangan terhenti serta-merta apabila suara Nadia menyapa dari arah belakang. Segera aku menoleh melihatnya.

"Jom ahh, nombor kau nak dekat dah tu"aku mengangguk laju lalu mecapai tuala kecil yang berada di atas meja dan dilap lembut pada muka yang berpeluh.

Cermin disisi dipandang sekilas sebelum beg digalas pada bahu kanan. Senyuman sinis terukir di bibir

You can do it, Erilyana!

Berbisik pada diri dan terus beredar ke tapak perlawanan.

--------

Mulut tidak henti-henti membaca doa dan memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri.Kedua-dua belah tapak tangan aku gosok perlahan lalu menghembus nafas di situ bagi menghilangkan debaran di dada.

Aku sudah siap sedia berpakaian lengkap dengan body protector, head-guard, shin-guard, gum shield dan kelengkapan yang lain. Jari-jemari aku letupkan dan badan direngangkan seketika.

Nombor yang tertera pada papan pemarkahan aku lihat seketika.

Wah,lagi satu nombor giliran aku.Fuh, berpeluh

"Hung!"

Sebaik mendengar pengadil mengumukan pemenang bagi peserta di hadapan aku, aku mula melangkah masuk ke dalam gelanggang.

"Wuuu Eri!!!!"Kawan-kawan yang lain mula menjerit dari tingkat atas. Aku melihat mereka sekilas lalu senyuman diberi kepada mereka.

Badan dipusing menghadap pihak lawan.

Kelihatan seorang perempuan berpakaian kameja kuning berlengkap tie hitam di leher dengan seluar slad hitam diikuti kasut putih, datang ke arahku.

"Nur Erilyana Adleen Binti Aizat Hakimi?"soalnya.

"Ye saya!"Jawabku dengan penuh semangat. Pengadil itu mengangguk perlahan lalu menuju kepada pihak lawan pula.

Sebaik sahaja perkataan 'chung hong' dilaungkan aku dan peserta dari Johor itu bergerak ke tengah-tengah​ gelanggang.'Chung Hong' adalah perkataan bagi warna vest peserta. Chung, biru dan Hong adalah merah.

Pusingan pertama ini, aku memakai vest berwarna biru.

"Charyeot"kata pengadil itu dengan lantang. Charyeot bermaksud sedia.

Aku dan peserta itu membongkokkan​ badan. Kemudian, badan masing-masing dihayungkan perlahan.Tanda sudah bersedia untuk berlawan.

Kaki pengadil itu sudah berdiri seperti kekuda sambil tangan kanan diluruskan ke hadapan diantara aku dan pihak lawan.

One..

Two...

Three..

"Shijak!"sebaik sahaja perkataan mula dilaungkan,suara subing rakan-rakan mula kedengaran. Menyokong dan bersorak kepada aku. Apabila perkataan mula dilaungkan,ini bermakna perlawanan telah bermula.

CGT | ✓Where stories live. Discover now