2 4

660 50 0
                                    

"Jadi girlfriend aku jelah"

Air strawberi yang enak rasanya terus rasa kelat dan serta merta tersembur keluar.

Aku pandang Razif tidak berkelip.Bukan aku sahaja tapi Nadia dan Edrian turut serta.

Bukan main kitaorang rancak berbual dan bergelak mesra tiba-tiba Razif datang mencelah.Jawapan tu terpancul keluar setelah Nadia yang menyoal apa hadiah lain yang aku inginkan sempena ulang tahun ke-17 ini.Macam-macam jugalah si Edrian dan Nadia membalas tanpa sempat aku menjawab.

Tapi yang paling tak boleh terima,bila Razif membuka mulut.

Aku cuba kelihatan tenang dan bersangka mungkin itu gurauan semata-mata.

"Tak naklah,nanti fans kau serang aku"

"Haah,betul tu!nanti kat sekolah habis Eri kena serang.Maklumlah kau ramai fans.."

Sumpah aku sayang Nadia,dialah penyelamat dan kawan dunia akhirat aku!Kemudian,aku dan Nadia gelak tanpa sebab.Ala benda bukan serius kut.

"aku seriuslah"

Terbatuk-batuk aku dan Nadia ingin menghentikan tawa sejak tadi apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Razif.Lagi membuatkan aku kena strok bila dia cakap dengan muka serius,langsung tak ada tanda yang dia sedang bergurau dengan pernyataan sebentar tadi.

"Erk,kau ni tak main-main kan?"Edrian cuba menyoal dalam keadaan yang tenang sambil menepuk sekilas bahu kanan Razif.

"yup"ujar Razif dengan penuh yakin.

Ini gila!sumpah aku rasa nak gali tanah dan sorokkan muka yang cuba tahan malu plus blushing.

Biar aku bagitahu,sejujurnya Erilyana tidak boleh dengan scene sweet-sweet begitu sebab dia akan rasa nak pengsan dan cepat melting.

Urgh

"wehhh apa benda ni weh?!!kau yang confess kat Eri aku pula rasa nak pengsan sekarang.lmao, even i know this will happens tapi masalahnya aku shock gila lah bangang!kau punya lakonan sampai dah boleh terima award pelakon terbaik!"Tercungap-cungap Nadia menghabiskan ayatnya yang tiada titik noktah itu.Dia main serbu je segala hukum bahasa melayu.

Aku memandang Nadia dengan riak tidak percaya.So,Nadia dah tahu perkara ni akan berlaku,huh?

Nadia yang menyedari dengan perbuatannya terus meminta maaf kepada Razif.Edrian pula tepuk dahi sambil mengeluh perlahan.

Takkan,dia pun dah tahu?dan luahan Razif tu bukan main-mainlah?

Fuh,tarik nafas.

Ok,Erilyana seorang yang tenang.Dia tahu apa yang perlu dia buat.

"So,u guys semua memang pandai berlakon dan aku boleh bagi anugerah sorang satu-"

"Eri.."Cepat-cepat aku memontong ayat Nadia.Aku tahu dia tengah rasa bersalah tu.Ha,padanlah muka.Ingat elok sangat perangai kenakan kawan ni?baru je puji tadi.Hmm,bukan dia seorang je,Edrian pun dua kali lima je.

"Back to Razif's confession..so aku nak buat apa sekarang?"tubuh disandar pada kerusi lalu tangan disilang ke dada.Bab ni kita kena serius sikit beb.Ala,aku sengaja je nak jadi serius,kut-kutlah luahan tadi sebahagian daripada gurauan mereke bertiga?tak mustahil untuk berlaku,kan?

Edrian dan Nadia yang kelihatan berura-ura ingin beredar meninggalkan kami, pantas aku menghalang niat mereka.Dua-dua kembali mengambil tempat.Dalam hati aku sudah gelak jahat.Bukan apa tau,aku ni malu sebenarnya,ahaks!

Ya,walaupun kawan sendiri tapi bila kawan sendiri suka kita tu dah automatik jadi macam orang asing yang langsung tak kenal antara satu sama lain.To those yang pernah berpengalaman,mesti tahu macam mana feeling aku sekarang.

Bukan main aku nervous.Aku bukan nak buat drama queen macam Nadia selalu buat tapi bila dah masuk part macam ni,kira jadi satu kawajipan untuk aku jadi drama queen seketika.

To be honest,aku tak pernah bercinta dan tidak pernah melalui saat-saat orang luahkan perasaanya kat aku.Inilah kali pertama,aku hadapinya.Sebab sejenis Erilyana memang tidak berapa gemar dalam bab cinta-cintun ni.Baginya,buang masa je.

"Bagi aku masa"

🌌

Dan itulah ayat terakhir yang keluar dari mulut aku sehingga aku tak senang duduk dari petang tadi sampai sekarang.Dari tadi aku mundar-mandir dalam bilik sendiri seolah-olah macam dah tak kerja lain nak dibuatnya.Walhal,homework bukan main berlambak.

Betul kata orang,bercinta di alam persekolahan ni memang boleh menjejaskan.Contohnya macam sekarang.Aku dah bazirkan masa dengan fikirkan benda alah ni je.

Padahal belum tentu si mamat Razif tu bakal imam aku dunia akhirat.Allah,bila Erilyana berfalsafah segala ayat kononya orang dewasa dia gunakan.

Takpa,aku tahu nak buat apa esok kat sekolah.Benda boleh bawa bincang dengan cara baik.Insya'allah semuanya selesai esok.Lepastu,aku tak payah lagi serabutkan fikiran dengan semua ni.










Lepastu,aku tak payah lagi serabutkan fikiran dengan semua ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CGT | ✓Where stories live. Discover now