CGT | 3

616 47 0
                                    

Sejak tadi aku ulang-alik di hadapan kedai.Jam tangan dikerling seketika.Nak dekat 30 minit dah aku tunggu dia.Batang hidung pun tak nampak langsung!

Bila penat dah berdiri,walaupun boleh je aku duduk sementara tunggu Razif tu tapi aku tak boleh duduk kalau tunggu orang yang tak pernah tepati masa.Jadi,aku singgah ke sebelah untuk beli air mineral sebotol.Tekak aku pun dah haus tunggu mamat tu,urgh.

Sebaik sahaja duit dihulur kepada cashier,terus sahaja aku meneguk minuman itu.Fuh,lega rasanya.

"Bah!"

"Ya Allah!"selangkah tapak ke belakang bersama tangan kanan menggenggam botol dengan kuat,mengelak dari tumpah.Aku usap dada beberapa kali.Kemudian,barulah aku berpaling ke belakang.

Laju sahaja tangan ini memukul kuat bahunya.

"Kau ingat lawak ke?dahlah lambat,pastu sergah orang macam nak aku mati cepat aje!"aku menghembur geram dengan sepuas-puasnya kepada Razif.

Aku tak tahulah kenapa perangai dia macam ni,yang pasti nak aje aku pukul dia kat sini sampai lebam.Dari sekolah menengah sampailah dah besar panjang,tahu nak terkejutkan aku je.Aku tahu itu sekadar gurauan.Tapi kalau dah selalu buat,

Itu dikira sebagai gurauan lagi ke?buatnya aku mati kat situ kang.

"Sorry.."ucapnya bersama muka yang sedih dan mata dikelipkan beberapa kali.

Aku mengeluh perlahan dan menjulingkan mata ke atas."sokayanyway asal lambat sangat kau beli tiket ahh?"

"Ouhh,barisan panjanglah.Bukan sengaja nak lambat-lambat.Lenguh jugaklah kaki aku ni berdiri"

Sedar tak sedar,aku dan Razif mula berjalan perlahan sambil berborak.Air kotak di tangannya aku ambil.Ada dua kota jadi satu lagi tu kira aku punya lah kan?

"Eh wait,ni dikira date ke apa?"soalan kurang cerdik aku tanya kepada Razif.

"Kau anggap kita date ke?"ujarnya bersama kening sebelah dijungkitkan.

Alkisahnya dalam kereta tadi,dia cakap nak bawa jalan-jalan je kat Mall dan teman dia beli barang,tup tup lepas semua dah siap mamat ni tiba-tiba ajak tengok wayang.

To be honest,aku tak suka tengok wayang,sebab aku rasa crowded dan membazir duit.Lebih baik aku tengok kat astro first atau google.Sekurang-kurangnya kalau nak terlentang ke terkangkang ke orang tak nampak,mwahahaha.

Tapi macam tak kenal pula dengan si Razif ni,suka sangat memaksa orang.

"Hey"aku tersedar dari lamunan apabila menyedari tangan Razif yang sibuk melambai-lambai di hadapan muka aku.

"Sejak bila pula rutin kau suka berangan ni?setahu aku dulu kau tak macam ni pun"

Entah,aku pun tak tahu sejak bila.Aku rasa aku dah gila sejak kau balik Malaysia.

Dan jawapan tu hanya mampu dijawab dalam hati je.

Eeee aku benci betul diri aku yang sekarang.

Masa aku sibuk berjalan,tiba-tiba ada seorang manusia merempuh badan aku dan itu menyebabkan aku jatuh terduduk serta air yang dipegang tadi jatuh tergolek di hadapan kedai yang aku tak pasti nama kedainya apa.

"Sorry sorry,tak sengaja"ucapan maaf dari orang tersebut membuatkan aku mengangkat kepala bersama kerutan di dahi,menahan sakit daripada lutut yang terhentak agak kuat di atas lantai tadi.

Razif pula sudah datang membantu,cuba memaut pergelangan tangan agar mudah untuk aku bangun.

"Eri?"

"Khai!"

Razif terpinga-pinga apabila melihat aku dan Khai berkata serentak.

"Sorry Eri,aku nak cepat tadi"

"Ahh sokay,kau buat apa kat sini?"

"Main masak-masak"laju Khai menjawab.

Sebelum tu,Khai ni kawan kat U je.Dia sama course dengan aku.

Aku gelak yang dibuat-buat."loyar buruk pula kau"

"Dah nama pun Mall,of course aku jalan-jalan kat sini"

"Ehem!"deheman itu membuatkan perbualan kami terhenti.

"Terlupa pula orang kat sebelah.My friend,Razif and this is Khai,my friend too"aku mulakan sesi berkenalan antara mereka.Satu senyuman nipis diberikan.Tak salahkan aku intro Razif as my friend.Bukan friendzone kan?

Mereka berjabat tangan.

"Khai"

"Razif"

"Jap,kau datang sorang je ke?"aku tanya Khai lagi dengan kepala terjenguk-jenguk.Kot-kot ada someone di sebelah.

"Tak adalah,aku datang dengan Mira.Dia pergi toilet jap"

Date lah tu.Macam tak tahu pula Mira tu girlfriend dia.

"Ok got to go lah bro.wayang dah nak mula"Razif mula bersuara.Khai mengangguk.

"bye,see you soon"ujarku riang sambil melambaikan tangan lalu mula mengorak langkah.

"Eee sukanya dia"

Aku menoleh ke sebelah dan tergelak kecil apabila Razif membuat memek muka,cuba mangajuk semula percakapan aku dah Khai sebentar tadi.

something fishy here hahahaha

"eee ingat comel ke buat macam tu?"

"Eee comellah"laju je dia balas sambil pandang muka aku.

"eee macam budak-budak"

"sukahatilah"

Akhirnya aku menghemburkan tawa di situ.Eee tak nak kalah

"I thought I sorang je 'berubah' ,kau pun sama ke?apa orang Amerika dah buat kat kau eh?"aku berkata bersama baki ketawa yang tak henti-henti.Aku perli dia sebenarnya.

Dia menjeling aku sekilas."eee annoying nya dia"

Dan aku gelak lagi macam orang tak ingat dunia.Mata-mata kat Mall yang tengah pandang aku,aku buat tak tahu.

Apalah dia ni. By the way, sebut pasal Amerika aku tak tanya lagi dia belajar dalam bidang apa and what's next plan di Malaysia ni.

Moga dia tak terasa hatilah sebab Edrian dan Nadia pun tak tahu lagi keberadaan Razif kat Malaysia.Kiranya aku orang pertama lah tahu.

Dan moga dua orang tu tak marahkan aku sebab berahsia. Aku bukan apa, aku tak tahu nak mula dari mana.

Hmm aku dah cakap, sejak dia datang sini, kehidupan aku jadi parah dan tak tentu arah. Apa benda tah yang nak ditakutkan pun aku tak tahu.










++++++

CGT | ✓Where stories live. Discover now