E P I L O G U E

855 66 1
                                    

Para pelajar tingkatan 5 Qizerf Hans menghembus nafas lega tatkala melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

Hari ini,hari tamatnya SPM.
Hari ini,hari terakhir bergelar sebagai pelajar sekolah.
Hari ini,hari terakhir meluangkan masa serta menggila dengan kawan-kawan.

Semuanya hari ini!

Seketika pelajar perempuan memandang antara satu sama lain sebelum masing-masing berpelukan sabagai tanda kenangan sekolah.

Tiba-tiba kenangan awal perkenalan bersama rakan-rakan mula menjelma di dalam fikiran.

#Edrian

"Hai,Erilyana kan?"

Aku mengangguk perlahan.

"Nama aku Edrian boleh panggil Ed.Anyway boleh aku panggil kau dengan panggilan Leen?"

Aku kerutkan dahi.Pelik ahh dia ni!

"Kenapa?"

"Sebab aku nak jadi seorang kawan yang special"

Seorang pelajar taekwondo yang berani dan sudi berkawan dengan aku.Dialah manusia yang menggelarkan diri ini dengan panggilan Leen.Dialah manusia yang sekepala dengan aku.Dialah manusia yang selalu bagi semangat tatkala aku kalah dalam taekwondo.Dialah manusia yang kuat merajuk macam perempuan.Tetapi dialah manusia yang selalu ada dengan aku.

#Nadia

"Nama kau Nadia,kan?"

"Haah"

"Wahh lembutnya suara"

Dia kelihatan malu-malu kucing apabila dipuji begitu.

"Tak adalah.suara aku biasa je"

Pelajar baru yang mula melangkah masuk ke Sekolah Menengah Qizerf Hans semasa aku berada di tingkatan empat.Nadia pada mulanya disangka seorang yang pemalu dan peramah orangnya tetapi bila sudah berkenalan tanduk-tanduk syaitan mula keluar.Walaupun begitu,dialah manusia penyelamat aku tatkala aku diserang oleh musuh.Dialah yang selalu sokong segala kuputusan aku.Dialah manusia yang kuat drama queen nya!tak apalah Nad,aku doakan suami kau mampu bertahan dengan perangai kau nanti,mwahahaha.

#Razif

"Nur Erliyana Adleen"

"Ungku Razif Ashraf"

Seorang ketua taekwondo yang dilantik oleh Sir Idham untuk berkerjasama dengan aku dalam mengawal perserta pertandingan taekwondo di Pulau Pinang tempoh hari.Perkenalan yang tidak dijangka itu membawa terus ke Sekolah Qizerf Hans.Kononya tidak akan ada apa-apa berlaku tapi dalam diam menyimpan perasaan terhadap aku.Ceh.Dialah manusia pertama yang berani confess kat aku.Dialah manusia yang dikatakan popular itu dan secara tidak langsung telah mengheret aku ke dalam berita palsu tentang hubungan kami.Namun,Razif seorang yang gentle dan cool.Walaupun direject tapi tetap bersifat muka tembok serta friendly.

Emmm

Sedar tak sedar masa sangat pantas berlalu.Semuanya akan membawa haluan masing-masing.Mungkin ada yang masih berhubung dan mungkin ada yang terus melupakan.

"Eriiii!!!!"jerit Nadia lalu terus mendakap erat tubuhku.Baju sekolah basah sedikit dek kerana air mata Nadia.

Aku tepuk belakang badannya perlahan.

"Nad,walaupun dah habis sekolah tak bermakna kita tak boleh jumpa kan?"

Nadia menyedut hingus dan mengesat air matanya terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan melepaskan pelukan.Anak mata aku ditenung olehnya.

CGT | ✓Where stories live. Discover now