0 7

1.1K 114 5
                                    

Aku mengeringkan rambut menggunakan tuala sebaik sahaja selesai membersihkan diri.Telefon bimbit yang berada di atas meja solek aku ambil dan earphone dipasang pada telinga,lagu spring day by bts aku mainkan.Kemudian,badan terus terbaring di atas katil.

Fuh,hilang segala penat.

Seperti pertandingan sebelum ini,aku berjaya peroleh pingat emas.

"Amboi,sedap ye kau landing terus"Nadia bersuara dan mengambil tempat di sebelah aku.

"Penatlah,kau apa tahu.."

Tok!tokk!

Pintu dari luar diketuk.

"Nadia kau pergi tengok siapa?itu mesti budak-budak tu nak minta izin"

Sempat Nadia merungut perlahan sebelum kakinya bergerak ke muka pintu.Sebaik pintu dibuka,dua figura manusia yang sedang memegang 2 paket ramen setiap seorang sedang tersenyum manis ke arah Nadia.

Nadia mengangkat kening sebelahnya sambil tangan di silang ke dada dan badannya disandar pada pintu.

"Korang nak apa ni?"Dia mula menyoal apabila dua figura manusia itu hanya tahu mendiamkan diri sahaja.

Ada juga aku hentuk kepala dia kat pintu ni,kang!

"Hehehe jom buat ramen challenge?"soal Razif sambil mengusap belakang lehernya.

"Kau?"Nadia menunjukkan jarinya ke arah figura di sebelah Razif.Takkan tak boleh agak siapa?Siapa je kawan yang selalu ada disisi Razif ni,kalau bukan Edrian.

"Sama"Edrian tersenyum sambil menepuk perlahan bahu Razif.

Nadia tidak memberi kata putus,malah merenung dua manusia di hadapannya seperti pembunuh bersiri.

"Hm Ed esoknya jelah kita datang"ujar Razif yang mula cuak dan mahu mengangkat kaki bersama Edrian.

Nadia sengih."Jap!"

Langkah mereka terhenti.Perlahan-lahan dua manusia itu memusingkan badan,menghadap Nadia semula.

"Masuklah!!!!"ujar Nadia dengan ceria lalu membuka pintu dengan luas.

"Serius ah?!"Razif dan Edrian menyoal untuk meminta kepastian.Pantas Nadia menganggukkan kepala.

"Masuk jelah,aku gurau je tadi.gila kau nak tolak ramen challenge ni..dah lama aku tunggu saat ni"

Aku terus bangun daripada baring apabila mendengar suara orang yang sedang bergelak ketawa dari arah luar.

"Arghh!!!"

"Arghh!!!"

"Argh!!!"

Tiga manusia menjerit serentak.Edrian dan Razif menjerit disebabkan melihat aku yang tidak bertudung manakala aku menjerit kerana terkejut melihat dua orang ajnabi di dalam bilik.

Pantas badan Edrian dan Razif berpusing ke belakang,mengelak daripada melihat aku.

"Korang jangan pusing eh!"Aku memberi amaran maut sambil membaling bantal ke arah mereka.

"..Nadia kau perhatikan dia orang!"

Cepat-cepat aku mencapai tudung sarung yang berada di atas kerusi.Fuh,nasib baik tuala ni memang ada atas kepala.Jadi mereka sempat melihat sedikit sahaja rambut aku.Tapi still berdosa okay?!

Yang dua ekor ni pun asal tetiba masuk bilik anak dara orang ni?!

"Dah"

Edrian dan Razif perlahan-lahan pusingkan badan,risau-risau aku belum memakai tudung sepenuhnya.Lepastu,masing-masing menghembus nafas lega.

CGT | ✓Where stories live. Discover now