Beginning

446 50 36
                                    

[Harin pov]

Hidup aku tak tenang. Walaupun keluarga aku mewah, aku tak boleh hidup bebas macam orang lain. Aku anak tunggal dan sering dipantau oleh parents sendiri.

Hai. Nama aku harin, shin harin. Umur aku 20 tahun. Aku ialah pelajar Universiti Aerius. Aku mengambil bidang business.

Walaupun umur aku hampir mencecah 21 tahun appa tetap bimbang dengan keselamatan aku.

"Woi, harin! Kau buat apa?"

"Omo! Kkamjjagiya!"

Kawan aku sekadar tersengih. Nama dia park hana. Panggil je dia hana, dul, set yang macam lagu abangtan tu. Haha. Gurau je.

Dia sebaya dengan aku dan ambil bidang yang sama. Dia suka sangat sakat aku. Nasib baik kawan, kalau tak memang dah lama aku siku dia.

Kitorang punya kelas belum start, so aku dengan hana pergi kantin. Nak makan.

"Kau mengelamun apa? Aku panggil kau tak dengar langsung" soalnya.

"Hehe sorry, kau tanya apa tadi?"

"Aku tanya, kau nak order apa? Nanti aku belanja"

Hana mengukir senyuman.

"Orderkan sandwich dengan air ho ho ho horlic"

"Ok. Sandwich dengan air ho ho ho horlic" balasnya sambil menari dihadapan ku.

Aku terus main fon, sebab nak hilangkan bosan.

Hana lepas order makanan, dia tak akan duduk balik. Mesti dia pergi ngorat pakcik kantin tu. Euw.

Taulah pakcik tu hensem walaupun dah 40-an, tapi agak – agaklah kalau nak ngorat. Kalau bini pakcik tu tahu, habis kau dia kerjakan

Sedang aku leka bermain telefon. Aku rasa macam diperhatikan. Aku pandang sekeliling.

Dan apabila aku toleh ke kanan. Mata aku tertumpu pada dua orang lelaki.

Apabila aku ter eyecontact dengan salah seorang lelaki tu, dia segera mengalihkan pandangannya.

Aku tahulah aku ni cantik. Tapi tak payahlah nak usha macam tu. Ahahahaha haah aku tengah riak ni !

Tapikan yang lelaki ter eyecontact dengan aku tadi tu hensemlah. Muka baby face sikit. Janganlah aku cair dekat sini. Arghhh.

Hmm aku pelik dengan diorang ni. Yelah, ni kan universiti, diorang pakai serba hitam. Ada penyakit ke? Atau memang suka pakai macam tu?

"Harin, kau tengok apa tu?"

"Hah? Tak ada apa" balasku sambil memandang hana.

Hana menghulurkan makanan dan minuman yang aku order. Aku menyambutnya sambil memandang orang tadi.

Diorang pakai cap, dan bahagian depan cap ditarik kebawah untuk tutup mata diorang. Aku pandang hana, dia sedang makan dengan berselera. Mungkin dah lapar sangat.

Almaklumlah sekarang dah pukul 10, dia kata tak sarapan tadi pagi. Mestilah lapar, kan Lepas aku dengan hana makan, kitorang pergi kelas. Pukul 2 petang baru kitorang balik.

Kitorang berjalan menuju ke parking kereta. Kami menaiki kereta yang aku bawa. Sebab hana selalu pergi ke universiti dengan aku. Rumah kitorang kan dekat.

Jadi, tak ada masalah kan? Masa dalam kereta pon aku rasa diekori. Aku pandang belakang. Aku nampak ada sebuah kereta hitam, tapi aku tak nampak siapa yang drive.

Aku pasti dalam tu ada dua orang lelaki, macam namja yang dekat kantin tadi.

"Hana, kau tak rasa ke yang kita ni macam diekori? " soalku.

Hana hanya mengerutkan dahinya.

"Aku ada rasa juga, tapi aku anggap tu perasaan aku je. Kalau kau pun rasa benda yang sama, benda ni bukan perasaan atau imaginasi lagi dah" balasnya.

Kitorang sampai depan rumah aku. Hana parking kereta aku di halaman rumah. Takkan nak hantar hana balik dengan kereta yang masih mengekori kitorang ni?

Aku keluar sambil melihat kearah pintu pagar yang automatik tertutup sendiri.

Aku lihat kereta tadi berhenti depan rumah. Mereka keluar dari perut kereta lalu menuju kearah rumah aku.

Aku dengan hana apa lagi, terus lari masuk ke dalam rumah.

Aku nampak appa sedang duduk elok diatas sofa single. Dia seperti ternanti – nanti kehadiran aku. Aku berlari kearahnya.

"Appa. Tadi a-da orang ikut ha-harin" kataku tercungap – cungap.

Penat woo lari masuk rumah. Nasib tak jatuh. Hampir langgar bucu meja tadi. Aku menarik nafas seketika.

Aku berasa pelik kerana appa hanya tergelak melihat aku. Apa yang kelakar sangat ni. Aku duduk disofa sebelah appa, begitu juga dengan hana.

Aku memandang kearah pintu, melihat lelaki tadi sudah berdiri tegak dihadapan pintu.

"Harin, mereka berdua ialah bodyguard kamu. Mereka mula bekerja mulai hari ni"

Appa menjelaskan. Aku menolehnya drastik.

"APA !?"

Dan menjerit tanpa aku sedari.

C ; My Bodyguard | BBH ✨Where stories live. Discover now