●~●
Selama beberapa bulan baekhyun mengekori pergerakan luhan, taehyung, jungkook dan jimin. Ada juga dia meminta pertolongan member lain. Dan hampir 1 tahun baekhyun dan chanyeol menjadi bodyguard keluarga shin.
Tuan shin juga ada menyuruh X2 iaitu xiumin untuk mengekori chanyeol. Tuan shin juga ada menyuruh bodyguards lain seperti K1 iaitu kris, K2 iaitu kai, S2 iaitu sehun dan beberapa orang lain lagi untuk melakukan suatu kerja yang rahsia. Tidak diketahui pula oleh baekhyun.
Dan barulah baekhyun tahu bahawa jimin pun berdendam dengan dirinya. Dendam yang sama seperti taehyung. Berkenaan penjara 5 tahun lepas. Haish kesian baekhyun terpaksa menanggung semua ni.
Hari ni tanggal 24 Disember 2017. Malam ini ialah malam krismas. Namun baekhyun tetap bertugas seperti biasa. Pagi ini, tuan shin menyuruh baekhyun menemani harin membeli barangan krismas.
Baekhyun dan harin sekarang ini berada di mall. Beg kertas dan beberapa barang lain yang dipegang baekhyun dibetulakan. Sudah bnyak rasanya barang yang dibeli, namun perkataan 'balik' belum lagi kedengaran oleh gadis itu.
"Harin, dah banyak barang kita beli ni. Jom lah balik"
"Alaa sekejap lah. Saya nak beli lagi sikit barang"
Baekhyun sekadar mengeluh sambil membawa beg yang berisi barang krismas. Dia mengekori harin dari belakang. Nasib baik dirinya kuat, kalau tidak, macam mana nak bawa barang banyak – banyak?
Harin memasuki satu butik. Disitu dia membeli beberaa pasang baju. Eh sebenarnya bukan beberapa, tapi 10 helai baju dan gaun yang berlainan rekaan dibelinya. Kalau orang kaya, beli apa sahaja tak kisah kan? Selesai membayar baju itu. Harin berjalan lagi di keliling mall.
"Haaaa, jumpa pon tandas. Hyunnie tunggu sini tau. Harin nak masuk sekejap"
Baekhyun sekadar mengangguk. Tiba – tiba.
~ Who that who that boy. Sumanheun salam sog nune ttuin
*Eh baekhyun minat red velvet ke? Hahaha
"Hello?"
"Kau jangan ingat yang aku tak akan bunuh kau"
"Siapa ni?"
"Hyung, takkan dah lupa suara saya? Suara saya paling unik diantara cousin taehyung"
"Jimin? Apa lagi yang kau nak? Hyung tak ada masa lah nak layan kau ni"
"Ooo. Kalau begitu, biar aku jer yang curi masa kau hyung. Kita mulakan permainan"
Baekhyun segera mematikan panggilan itu. Apa maksud jimin dengan mencuri masa dia?
"TOLONG ! PENCURI !"
Baekhyun memandang ke arah seorang makcik yang diragut begnya. Baekhyun mahu kejar peragut itu, namun bagaimana dengan harin?
"Nanti aku terangkan je lah dekat dia"
Baekhyun segera mengejar peragut itu. Peragut itu tidak perasan bahawa baekhyun sedang mengejar. Baekhyun mengambil tin minuman yang baru dibeli oleh salah satu penghuni mall itu.
Baekhyun baling tin minuman tersebut pada kaki peragut itu. Dan peragut itu jatuh tersungkur. Baekhyun meniarapkan lelaki itu lalu tangannya dipusingkan ke belakang dan ditahan.
Pada masa yang sama terdapat dua orang security guard yang bertugas lalu mereka membawa peragut itu pergi.
Beg yang diragut, baekhyun serahkan semula kepada makcik tadi.
"Kamsahamnida"
Baekhyun menunduk sedikit sebelum dia ke tandas semula.
Hmmm harin tak keluar lagi?
Baekhyun menunggu di bangku yang tidak jauh dari tandas. Sambil menunggu baekhyun sesekali melihat jamnya.
5 minit.
10 minit.
15 minit.
Baekhyun mula tak senang duduk. Kenapa tak keluar – keluar lagi ni? Dia ingin sahaja masuk, tapi ini tandas wanita. Nanti dia pula dibawa oleh pengawal jika masuk. Jadi baekhyun mengambil keputusan tunggu 10 minit lagi. Kalau tak juga keluar, tahulah baekhyun nak buat apa.
●~●
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfic[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...