➸10 | jungkook ◦•◉✿

133 18 0
                                    

●~●

[Author pov]

Baekhyun dan kai segera mengejar jungkook. Lelaki yang dikejar oleh jungkook memandang belakang dan melihat ada 4 orang sedang mengejarnya. Namja itu berlari kearah kedai – kedai berdekatan dan melanggar meja peniaga yang menjual di tepi jalan.

Dia juga meluru kearah penduduk yang sedang berjogging dan menunggang basikal. Penunggang basikal itu terjatuh dari basikalnya dan mengalami cedera ringan. Baekhyun dan kai tidak berhenti, malah mereka semakin pantas mengejar jungkook.

Kemudian lelaki itu, melintas jalan raya. Kebetulan lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Jungkook dan yang lain serta kai berjaya melintasi jalan raya itu.

Baekhyun yang tertinggal di belakang akibat halangan dihadapinya tadi menyebabkan dia tidak sempat melintas jalan raya kerana lampu isyarat bertukar merah dan kereta serta lori mula bergerak.

Baekhyun memegang rambutnya lalu dinaikkan keatas. Dia menyepak tiang lampu isyarat disebelahnya. Dia menjadi tidak sabar jadi dia pun melintas sementara tiada kereta yang lalu lalang.

Bak kata pepatah, malang tak berbau, dan itulah apa yang berlaku pada baekhyun. Baekhyun tidak perasan sebuah kereta yang dipandu laju sedang menuju kearah dia. Dengan serta – merta kereta itu melanggar baekhyun.

Baekhyun terguling – guling diatas kereta itu beberapa kali sebelum jatuh kejalan raya. Kereta itu pula merempuh beberapa kereta lain sebelum berhenti di bahu jalan. Kepala baekhyun mula mengeluarkan cecair merah pekat.

Jalan disekeliling baekhyun mula dibasahi oleh darahnya. Kai yang sedang mengejar jungkook itu menoleh kebelakang apabila terdengar bunyi rempuhan itu.

"Hyung!!!"

Kai segera berlari mendapatkan baekhyun yang sudah berbaring diatas jalan raya. Manakala lelaki yang dikejar oleh jungkook itu berhenti. Jungkook dan kawannya juga berhenti mengejari lelaki itu.

"Huh... Ba-bagus kerja kau"

Kata jungkook tersekat – sekat kerana penat. Lelaki itu hanya tersenyum sambil menadah tangan sebagai tanda meminta upah. Jungkook mengeluarkan satu sampul surat yang tebal lalu diberikan kepada lelaki itu.

Kai yang sedang memangku baekhyun terpandang perilaku jungkook. Rupanya ini merupakan rancangan mereka. Pemandu kereta yang melanggar baekhyun pula hilang entah kemana. Hanya kereta yang remuk ditinggalkan.

"Tak guna punya manusia"

Kata kai di dalam hatinya sambil menggenggam penumbuk.

"Baekhyun? Kai?"

Terdapat satu suara menyapa, dan orang itu ialah lay atau L3. L3 menghampiri kai dan baekhyun. Dia melutut didepan baekhyun lalu memandang wajah kai.

"Apa jadi ni?"

"Nanti kai cerita, sekarang ni kereta hyung dekat mana? Kita bawa baekhyun hyung ke hospital dulu"

Lay segera bangun begitu juga kai sambil mengangkat baekhyun dan dibawa ke kereta lay. Orang ramai sibuk mengambil gambar mereka bertiga. Tiada satu pun yang menghulurkan bntuan.

Orang ramai yang berkerumun itu menyukarkan pergerakan lay dan kai.

"Tolong bagi laluan. Kami nak bawa dia ke hospital" kata lay.

Dengan itu, barulah orang ramai mula memberi laluan kepada mereka. Lay membuka pintu bahagian belakang keretanya dan membantu kai meletakkan aekhyun di seat belakang.

Kai duduk di seat hadapan. Lay mula menghidupkan enjin keretanya dan memecut menuju ke hospital.

---

C ; My Bodyguard | BBH ✨Where stories live. Discover now