●~●
"Kenapa chanyeol macam pelik je. Dan siapa orang yang suruh dia bunuh harin tu? Nampaknya aku kene siasat benda ni"
Baekhyun masih memakai tuala dipinggang. Dirinya dari tadi asyik terfikirkan mesej tadi.
Uniformnya dipandang sekilas. Seketika kemudian, telinganya menngkap pintu bilik dibuka lalu ditutup. Dirinya faham, chanyeol sudah keluar dari bilik. Biasanya pagi – pagi begini chanyeol akan berjoging dahulu baru mandi.
"Tapi kenapa dia suruh chanyeol buat benda ni? Ni mesti ada benda tak kene ni. Kalau tak, chanyeol tak berani nak buat perkara macam ni"
Baekhyun mengeluh. Semakin banyak dugaan yang dihadapinya selepas eommanya pergi. Kini ditambah lagi dengan pemergian adik kesayangannya, taehyung.
Tanpa berlengah lagi, baekhyun segera memakai uniformnya. Dia keluar dari bilik air lalu ketempat meja solek.
Baekhyun mendekati tingkap dan melihat chanyeol yang sedang melakukan aktiviti memanaskan badan.
Apa yang kau sembunyikan yeol?
●~●
"Baekhyun ah. Awak dengar tak?"
Harin berasa hairan kerana sepanjang perjalanannya ke universiti, baekhyun langsung tidak bercakap dengannya. Malahan, pandang pun tak.
Harin terus menampar perlahan lengan baekhyun. Baekhyun terkejut dengan serangan secara tiba – tiba itu. Dirinya juga pelik. Tuannya ni kenapa memukulnya. Lalu dipandangnya cik muda itu.
"Awak kenapa? Saya cakap tadi, awak tak bagi tindak balas pon. Awak ada masalah ke?"
Harin terus menyoal apabila baekhyun memandangnya. Baekhyun sekadar mengeluh. Kejadian pagi tadi kembali terimbas di dalam kotak pemikiran baekhyun.
Dia ingin menceritakan perkara itu pada harin tapi dia takut kalau si pembunuh akan bertindak lebih drastik jika ramai orang rahu tentang rancangan jahatnya itu.
Jadi dia ambil keputusan untuk menutup mulut demi orang sekelilingnya.
"Tak ada apa – apa lah. Saya cuma nak fokus dalam pemanduan"
Baekhyun melihat reaksi harin dari ekor mata. Besar kecik besar kecik sahaja mata harin kerana tak puas hati.
"Tipu"
Baekhyun mengendahkan kata – kata harin lalu memasuki perkarangan universiti dan meletakkan keretanya di tempat yang disediakan.
Baekhyun keluar dahulu, lalu dia membukakan pintu harin. Harin keluar dari perut kereta dengan berwajah masam. Wajah kacak baekhyun itu pun tidak dipandang. Gadis itu hanya sibuk memandang jalan tar dibawah.
Apakah jalan tar lagi hensem dari baekhyun ke? Lagi segak dari baekhyun juga ke?
Baekhyun faham dengan harin. Nampaknya dia dah buat satu kesalahan. Mungkin harin terasa dengan perbuatannya tadi. Haish, sepatutnya baekhyun asingkan hal peribadi dan hal kerja, habis semua bercampur dalam otak.
Sebelum ni, baekhyun akan melayan kerenah harin walau penat dan kusut mana pon dia bekerja. Tapi kali ni dia sedikit berbeza. Mungkin disebabkan mesej yang dibacanya tadi pagi, otaknya sudah berpusing 360 darjah. Eh?
Nampaknya baekhyun semakin berhati – hati dengan keadaan di sekeliling harin. Tak mustahil jika penjahat itu sedang mengekori harin hingga ke universiti kan? Baekhyun juga semakin peka dengan sekeliling.
Harin melangkah masuk ke dalam bangunan universiti dan menuju ke dewan kuliah. Kemudian, pembelajaran berjalan seperti biasa.
●~●
Di dalam kereta tadi, harin tidak bercakap walau sepatah pon. Hanya beberapa keluhan berat yang dilepaskan. Maknanya memang betul harin terasa dengan perbuatan baekhyun yang mengendahkannya tadi. Haih perempuan ni memang cepat merajuk betul !
Sampai dirumah, harin terus melangkah ketangga dan menuju kebiliknya. Baekhyun sekadar mengeluh. Dia tak tahu bagaimana nak pujuk perempuan.
Walaupun hanya 4 jam gadis yang dia sayangi itu mengendahkannya juga, dia rindu dengan gelak tawa gadis itu. Dia rindu dengan sentuhan gadis itu. Dia rindu dengan pandangan gadis itu. Kerana gadis itu merupakan sumber semangat baekhyun.
●~●
Baekhyun dah tak tahan lagi. Perutnya yang asyik berbunyi sejam yang lepas memberhentikan baekhyun dari menulis di buku laporannya. Dia kene makan sesuatu dulu sebelum mengahbiskan kerjanya.
Dia berlari turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur. Dibukanya peti sejuk. Kotak air susu dikeluarkan. Gelas juga diambil.
Perutnya sudah meragam kerana sejak dari tengah hari tadi dia tak makan. Sebab ada sedikit kerja dengan tuan shin. Sehinggakan dia terlupa untuk menjamah walau sedikit. Kerana terlalu fokus dengan kerja, semua benda dia lupa. Ish.
Dia membuka kabinet di tepi peti sejuk dan dicapainya roti berserta jam. Sekeping roti dikeluarkan. Jam beeperisa kaya itu disapu merta diatas roti. Baekhyun memasukkan roti itu ke dalam mulutnya dan dikunyah perlahan.
Walaupun di tengah lapar, dia tak nak lah makan dengan gelojoh. Sebab eommanya sudah mengajarnya makan dengan perlahan dan baekhyun pun sudah biasa makan perlahan. Sehinggakan harin memarahinya kerana makan terlalu perlahan.
Baekhyun ialah seorang anak yang taat. Dia akan ikuti segala jaran eommanya wlaupun eommanya sudah lama tiada. Kerana dia hargai jasa eommanya, dia lakukan apa yang diajar. Selesai makan dia pun meletakkan semula jam, roti serta susu ke tempat yang asal.
Dengan perut yang kenyang, dia naik ke biliknya semula. Disebabkan baekhyun dan chanyeol melakukan tugas dengan sempurna dan baik. Mereka berdua diberi bilik yang lebih luas, cantik dan antik. Dan paling penting mereka dapat bilik seorang satu.
Tapi, bilik baekhyun dan harin bersebelahan. Senang nanti, kalau – kalau harin ada masalah, baekhyun boleh bantu dengan segera. Manakala bilik chanyeol disebelah bilik baekhyun. Kerana chanyeol tidak ditugaskan untuk menjaga harin, sebaliknya chanyeol kan ikut tuan shin bekerja.
Sebelum ke biliknya, baekhyun perasan pintu bilik chanyeol terbuka. Dia mendekati bilik chanyeol lalu menjenguk ke dalam. Ingin bertegur sapa lah dengan sahabatnya itu. Masing – sibuk dengan kerja hingga tak bertegur sapa walaupun sebumbung.
●~●
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfiction[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...