➸29 | dua sejoli ◦•◉✿

100 7 0
                                    

●~●

"Will you marry me?"

"Omg?! Ofcourse. Yes"

Tepukan gemuruh diberikan. Pelanggan yang sedang melihat dua figura itu bersorak. Memori manis itu mereka menonton bersama. Pasangan dua sejoli yang mengindahkan suasana.

"Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya" kata baekhyun.

Harin tersenyum. Dia fikir, baekhyun sekadar mengajaknya dinner. Rupanya dinner berubah kepada melamar. Aduyai. Dah lah ramai orang tengok. Malu.

●~●

Seminggu kemudian...

Persiapan perkahwinan sudah disiapkan. Hanya tunggu pasangan pengantin masuk ke dewan perkahwinan.

Baekhyun berdiri di pentas kecil dihadapan dewan. Tuxedo berwarna putih itu dibetulkan. Hatinya semakin berdebar. Hari ini dia akan menjadi suami kepada harin. Anak matanya memandang puan shin, chanyeol dan sahabat – sahabatnya di meja hadapan.

Sebaliknya, harin di bilik persalinan masih tidak keluar. Dia juga takut dan gementar. Tuan shin cuma menenangkannya dengan berbual dan berjenaka dengannya. Tuan shin dan harin kini berada dihadapan pintu dewan.

Apabila pengacara mengumumkan ketibaan pengantin perempuan dan bapanya. Pintu dibuka perlahan – lahan. Kelopak – kelopak bunga ditabur oleh penonton. Apabila harin menaiki pentas, tuan shin segera mendekati meja dimana isterinya duduk. Baekhyun membantu harin naik.

Baekhyun terpegun melihat harin, wajah bakal isterinya kelihatan bersinar – sinar dimatanya. Pertanyaan pengacara pun dia tidak perasan.

Selepas menyarungkan cincin di jari masing – masing. Baekhyun dan harin mendekatkan wajah mereka. Bibir menyentuh bibir. Mereka bercium sekilas. Tepukan gemuruh dihadiahkan.

Baekhyun dan harin kini telah berkahwin. Baekhyun membeli rumah berdekatan dengan rumah mertuanya. Chanyeol pula sudah sembuh. Dia kembali ke pangkuan keluarga dan berhenti menjadi bodyguard. Hana dan bapanya pun meringkuk di dalam penjara.

●~●

Dua tahun kemudian...

Hidup harin bahagia. Kehidupannya bersama baekhyun didatangi dua cahaya mata. Anak kembar sepasang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki bernama byun seyoon. Yang perempuan pula bernama byun seungyoon.

Hidup mereka aman. Tiada lagi penjahat yang mampu merosakkan kebahagian mereka. Kecuali kematian.


TAMAT

~

Terima kasih kepada readers yang membaca buku ini walaupun tidak sehebat senpai di luar sana.

Apa – apapun ery wish you all good luck untuk yang bekerja ataupun yang masih sekolah.

I hope hari – hari korang dipenuhi kebahagiaan.

Jangan lupa untuk singgah buku ery yang bertajuk...

SCENERY

Wataknya ialah jimin dan taehyung. Bukan sambungan my bodyguard tau.

Dah complete pun, cuma sekarang ery buat musim kedua !

Go read it !

C ; My Bodyguard | BBH ✨Where stories live. Discover now