●~●
Keesokan harinya...
Baekhyun cuba memujuk harin. Tak naklah asyik merajuk je. Tak tidur malam baekhyun memikirkan cara untuk memujuk gadis itu.
Akhirnya dia dapat satu idea. Pagi itu, dia masuk ke bilik harin dan harin kebetulan sedang berada di meja solek. Baekhyun mendekati gadis itu.
Harin perasan akan kehadiran baekhyun lalu menyuruh baekhyun menunggu di luar. Tapi baekhyun tak keluar. Harin mengeluh. Dia bangun dan mendekati meja belajarnya. Baekhyun mengambil kesempatan memeluk gadis itu.
Harin terkejut dengan baekhyun dan meleraikan pelukan itu. Harin berpusing menghadap baekhyun.
"Awak ni kenapa?"
Baekhyun memandang sayu. Dia rindu gadis itu. Sangat rindu.
Baekhyun memeluk gadis itu.
"Saya rindu awak"
Kata – kata itu membuatkan harin tersenyum. Tiba – tiba harin pula rasa bersalah. Dia meleraikan pelukan itu. Harin memandang baekhyun. Dia menjungkitkan kakinya dan bibir baekhyun dicium sekilas. Mata baekhyun terbuka luas.
"Saya pun rindu awak. Sorry"
Baekhyun tersenyum. Dia mendekatkan bibirnya dengan harin. Dicium sekilas juga.
"Terima kasih kerana maafkan saya, saya cuma tertekan dengan kerja"
Baekhyun akhirnya meluahkan. Harin hanya mengangguk. Baekhyun memeluknya lagi.
Chanyeol memerhati dari luar. Dirinya berada dalam kebingungan. Betul ke apa yang aku buat ni? Dia berlalu pergi dengan fikiran yang kusut.
Harin membalas pelukan baekhyun. Lalu dileraikan.
"Saya faham, dah jom. Nanti saya lambat"
Baekhyun mengangguk. Harin mengambil buku dan failnya manakala baekhyun mengambil beg gadis itu.
●~●
Sebelum balik, harin mendapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali.
.
Unknown
Harin, jumpa saya di bilik muzik.
Segera !
√√
.
Harin menunjukkan mesej itu pada baekhyun.
"Saya teman awak"
Harin mengangguk. Mereka berdua terus pergi ke bilik muzik itu. Sesampainya disitu. Baekhyun membuka pintu.
"Helloooo!"
Kosong. Bilik tu kosong. Hanya terdapat alatan muzik yang berhabuk. Nampaknya bilik ini sudah lama terbiar.
Bilik muzik merupakan salah satu tempat harin dan hana melepaskan stress. Namun tiada sesiapa di dalam bilik ni.
Mengikut text yang dihantar. Disinilah tempatnya. Baekhyun dan harin berjalan di sekeliling. Baekhyun terjumpa sehelai kertas diatas piano.
"Aku akan bunuh kau"
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfiction[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...