●~●
[Baekhyun pov]
Tapi sebab...
Chanyeol dirawat dekat hospital. Dia tak mati. Cuma dia pengsan. Syukur sangat. Luka tikaman tidak dalam dan tidak terkena bahagian perut. Dia selamat.
Dia tak koma, cuma tadi dia makan ubat terus tidur. Dan lagi satu, dalam badan chanyeol ada racun. Taehyung dan yang lain beri satu ubat yang ada racun. Dan perlahan – lahan racun tu akan sampai ke jantung melalui laluan saluran darah. Tapi nasib baik dapat dikeluarkan.
Kalau tak, aku... aku... hmm aku tak nak hilang orang yang aku sayang. Walaupun taehyung dan jimin di dalam penjara aku ada juga menjenguk mereka. Diorang tak dihukum gantung disebabkan kes pembunuhan sebelum ini tapi, aku merayu kepada hakim untuk meringankan hukuman.
Taehyung berkali – kali meminta maaf, tapi aku dah lama maafkan dia. Dia satu – satunya adik aku yang aku sayang. Jimin pula, haih. Dia juga ada minta maaf. Aku pun ada juga bawa ibu bapa dia menjenguknya. Habis dia kene marah, Ish. Tapi jimin boleh keluar dari penjara 10 tahun lagi. Sebab dia tak ada melakukan perkara yang serius kecuali cubaan membunuh.
Tuan park juga ditangkap. Dia lah punca semua ini berlaku. Dia masih tak puas hati dengan tuan shin kerana pernah menjatuhkan syarikatnya. Walaupun tuan park dan tuan shin bekerjasama dalam membangunkan syarikat tuan shin. Tapi, dendamnya masih tersemat dijiwai. Oh ya, tuan park ni, bapa kepada hana.
Hana ikhlas berkawan dengan harin. Tapi apabila bapanya tahu yang anaknya berkawan dengan anak tuan shin. Dia memburuk – burukkan keluarga itu. Akhirnya hana pun berdendam dengan harin. Ish ish ish.
Harin meletakkan makanan diatas meja. Lalu dia mendekati aku. Tangan aku ditarik.
"Awak... Jom makan"
Aku mengangguk. Wajah chanyeol yang sedang tidur aku pandang sekilas. Kemudian harin menarik ku ke meja.
●~●
[Author pov]
Kini semua jawapan akan terungkai. Ingat tak masa harin hampir kena langgar? Lepas joging tu? (Rujuk chapter 2)
Yang bawa motosikal tu sebenarnya jungkook. Luhan tipu baekhyun. Bukan chanyeol yang bawa sebenarnya. Dan hana yang suruh jungkook langgar harin.
Dan time yang taehyung datang rumah harin masa blackout tu. (Rujuk chapter 5)
Chanyeol balik rumah sebab ;
1. Dia perlu tolong taehyung. Dia cakap dengan tuan shin yang dia ada emergency call dari family. Tapi dia tak balik rumah dia pon. Dia tipu. Dan luhan terpaksa ganti dia.
Lagi satu. Yang matikan bekalan elektrik utama sebenarnya chanyeol. Dan lelaki yang pakai full hitam dalam bilik harin ialah jungkook.
Diorang terlepas dari pegawai polis sebab tu bukan polis. Sebaliknya orang suruhan taehyung juga.
(Chapter 6) Chanyeol ada dalam bilik mayat sebab dia bantu taehyung sekali lagi. Taehyung cuma pura – pura mati.
(Chapter 7) Ex – boyfriend harin ialah taeyong from NCT
(Chapter 9) Luhan tak pergi sungai han sebab dia perlu jumpa taehyung. Pada masa yang sama, jungkook, jhope dan jin bersedia dibelakang pokok lalu berlari melepasi baekhyun dan kai. Jhope berlari dahulu lalu jungkook dan jin mengejari mereka.
Dan orang yang upah diorang tu semua ialah tuan park. Ayah park hana.
(Chapter 13) Masa baekhyun dah balik rumah. Chanyeol masih diluar rumah sebab ada orang nak jumpa. Orang itu ialah tuan park. Tapi pemakaiannya diubah supaya orang lain tak kenal dia.
(Chapter 14) Yang menghantar mesej dekat telefon chanyeol tu sebenarnya taehyung. Dia menjadi tak sabar.
Chanyeol suruh baekhyun tukar baju dalam bilik air sebab, chanyeol nak telefon taehyung.
(Chapter 18) Harin kena culik masa dia dalam tandas dekat mall. Makcik yang baekhyun tolong tu diupah oleh jungkook. Orang yang meragut tu pula salah seorang orang taehyung. Dan security tu pun sama, orang suruhan taehyung. Pada masa yang sama, jimin masuk tandas dan pengsan kan harin yang berada di hadapan cermin. Waktu tu tak ada orang lain, jadi kerjanya senang.
Itu je. Oh lagi satu. Chanyeol merupakan mangsa keadaan. Dia jadi macam tu sebab dia kena ugut. Kalau dia tak bunuh baekhyun dan harin. Nyawa keluarganya akan terancam. Dan nyawanya juga akan diambil.
Jadi segala masalah dan perumitan sudah selesai ! Kalau ada soalan korang boleh tanya.
●~●
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fiksi Penggemar[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...