●~●
Baekhyun, sehun, kai dan kyungsoo kini sudah sampai di tempat yang disuruh oleh chanyeol. Rupanya ianya sebuah kilang. Kilang tang dah lama terbiar juga.
Mereka memasuki kilang itu melalui pintu utama. Pelik. Walaupun kilang ini sudah lama tidak beroperasi, kemudahan di dalamnya kelihatan baru dan lampu juga masih boleh digunakan.
Betul ke chanyeol dan harin ada disini?
Kringg kringg~
Baekhyun melihat telefonnya. Tertera nama chanyeol pada skrin. Lantas dijawab oleh baekhyun.
"Chanyeol kau dekat mana?"
Namun tiada sahutan. Hanya kedengaran nafas seseorang di hujung sana.
"Hyung..."
"Jimin? Kenapa telefon chanyeol ada pada kau? Mana dia?"
"Chanyeol hyung selamat. Hyung jangan risau. Cuma dia 'tersangkut' sikit je"
"Apa maksud kau?"
Panggilan dimatikan. Tidak lama selepas itu, jimin menghantar video.
Sehun dan yang lain turut melihat kearah telefon baekhyun. Baekhyun menekan video itu. Video itu menunjukkan
"Harin..."
"Hyung. Kekasih hyung ada disini. Apa yang perlu saya buat?" kata taehyung lalu memegang pipi harin.
Geram. Baekhyun berasa sangat geram dengan tingkah laku taehyung. Berani dia sentuh harin. Tiba – tiba jungkook dan jimin muncul disebelah taehyung.
"Hai hyung. Hyung nak tahu tak mana chanyeol? Mari sini" kata jimin.
Jimin berjalan kebelakang harin. Disitu terdapat seorang lelaki yang sedang duduk dikerusi dan tangannya yang diikat di belakang. Wajahnya pula ditutup menggunakan guni kecil.
"Hyung. Inilah sahabat kesayangan kau"
Jungkook menarik guni itu. Disebalik guni itu ialah...
"Chanyeol?" kata kyungsoo.
"Hyung mesti geram kan? Sebab kedua – duanya hyung sayang. Tapi malangnya. Hyung perlu pilih satu je"
"Chanyeol atau harin?" kata – kata taehyung membuatkan baekhyun semakin marah.
Dihujung video itu, mereka bertiga ketawa. Baekhyun bertambah tertekan. Bukankah chanyeol juga satu kumpulan dengan mereka? Atau dia hanya mangsa keadaan?
"Hyung. Macam mana ni?" soal sehun.
Baekhyun mengeluh berat. Fikirannya kini bercelaru. Dia sedang memikirkan sesuatu. Tapi. Bagaimana dia mahu membuat keputusan?
Taehyung menyuruhnya menyelamatkan seorang sahaja. Tapi baekhyun mahu selamatkan kedua – duanya. Siapa yang perlu diselamatkan?
Chanyeol or harin?
"Arghhh... Pening"
●~●
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfiction[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...