➸2 | langgar ◦•◉✿

196 29 16
                                    

[Author pov]


Harin berlari – lari anak di taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya. Di sebelahnya pula ada Hana. Harin yang menyuruh Hana menemankannya berjoging.

Bukan apa, harin kekok kalau berjoging berduaan dengan bodyguard nya tu. Nak cegah maksiat lah katakan.

Kalau kawan satu universiti nampak mereka berdua, nanti menjadi buah gosip kepada akak – akak, makcik – makcik bawang. Nanti popular lah harin kalau itu berlaku.

[Harin pov]

"Hana, kite huh stop dululah. Lagipun aku dah penat" kataku sambil tercungap – cungap.

Hana sekadar mengangguk. Kami berhenti di sebuah pondok. B1 yang mengekori dari belakang juga melakukan hal yang sama.

Aku dan hana duduk. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak nak joging. Tapi disebabkan oleh appa, aku terpaksa.

Walaupun terpaksa aku relakan. Gituuuu.

Aku memandang kearah B1. Dia menghulurkan dua botol air mineral sejuk kepada ku.

Okayy, bila dia beli? Tak nampak pon.

Aku menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Satu botol aku letak di sebelah Hana, satu lagi aku minum seteguk.

Aku pandang kearah B1 lalu bertanya.

"Weh kau tak nak minum ke? Tak dahaga?" soalku acah – acah prihatin.

Dia sekadar menggeleng. Heh, kau ingat aku percaya? Lantas aku mengambil botol air yang aku minum tadi dan menghulurkannya kepada B1.

Pada mulanya, dia menolak. Tapi lama – kelamaan dia sambut juga. Lepas dia sambut botol air mineral tu, aku fikir dia nak minum. Rupanya dia hanya pegang je botol tu.

Aku pandang dia tajam.

"Minum air tu, kalau tak aku gigit kau" kataku.

Lepas aku kata begitu, B1 segera membuka penutup botol dan minum air tu. Kali ni mulut aku ternganga sebab dia habiskan sampai satu botol.

Hana? Dia dah tertidur dekat tepi aku. Kepala dia beralaskan peha aku. Kebas peha aku tampung berat kepala dia tu.

Aku pandang hana sekilas lalu aku mengalihkan semula mataku memandang B1.

"Weh jom balik aku dah penat. Lagipun hana ni pun dah tertidur. Kesian dia"

B1 hanya mengangguk kecil. Aku menggoyangkan bahu Hana untuk mengejutkannya.

Mula – mula dia berdecit kecil tetapi tidak kedengaran sangat. Lalu aku membuka penutup botol yang berada disebelahnya.

Lantas aku renjiskan sedikit air pada mukanya. Dia terbangun lalu memarahi aku.

"Yaaahhh. Harin ssi. Mwo haneun geoya? (Apa kau buat?)" marahnya sambil menggosok mata.

"Kita dah nak balik ni, jom" terangku.

Hana memuncungkan mulutnya. Aku sekadar ketawa kecil. Fikir comel lah tu. Aku menarik tangannya untuk bangun.

"Jomlah" kataku.

Aku dan hana berjalan dihadapan manakala B1 dibelakang. Aku dan hana memasuki perut kereta. B1 menghidupkan enjin lalu meluncur laju diatas jalan raya.

Kami pergi ke rumah hana dahulu untuk menghantarnya. B1 memberhentikan kereta di seberang jalan.

Aku dan hana melintas dengan tenang kerana kawasan itu tiada kenderaan. B1 memerhatikan gerak geri kami sambil bersandar pada kereta.

C ; My Bodyguard | BBH ✨Where stories live. Discover now