●~●
[Author pov]
Sesampainya dikaunter pertanyaan, harin duduk sebentar di tempat duduk yang disediakan berdekatan dengan kaunter tersebut kerana dia penat berlari untuk mengejar si capang tadi.
Apabila punggungnya sudah hinggap pada tempat duduk itu, harin sedikit tercungap sambil memandang jejaka capang yang dikejari tadi.
"Ok, kamsahamnida"
Kata chanyeol lalu tunduk sedikit. Dia memandang kearah harin yang berada tidak jauh darinya lalu mendekati yeoja itu.
"Jom"
"Chanyeol, kita nak lawat siapa ni?"
Chanyeol tidak membalas dengan perkataan, tetapi dengan senyuman.
"Nanti cik harin tau lah, jom"
Harin hanya akur bagai lembu dicucuk hidung dan tidak bertanya lagi soalan yang sama pada chanyeol.
.
[Harin pov]
"Walau apa – apa sekalipun jadi, cik harin mesti tabah, ok?"
Aku memandang chanyeol hairan.
"Perlu ke sampai macam tu sekali, tapi siapa agaknya yang dalam wad ni? Eomma ke? No no no. Appa? No no no no. Baekhyun? No way. Then who?"
Aku hanya mengangguk tanda faham. Chanyeol memegang tombol pintu. Dia menarik nafas dalam lalu dihembuskan perlahan.
Dia memulas tombol pintu perlahan – lahan. Dan jantung aku semakin berdebar apabila chanyeol membuka pintu wad itu.
Selepas pintu wad tersebut berjaya dibuka sepenuhnya, aku terpandang sekujur tubuh manusia yang menjaga keselamatan diriku sebelum ini dengan sepenuh hatinya. Tubuh kaku itu berada di atas katil wad.
"I will protected you, untill my last breath"
Bait – bait kata yang pernah diucapkan oleh orang tersebut terngiang – ngiang di dalam kotak pemikiran aku.
Tanpa ku sedari, aku berjalan kearah tubuh kaku lelaki itu sambil menitiskan satu per satu air mata.
Chanyeol pula sudah berpelukan dan bersalaman dengan penghuni lain di dalam wad itu. Aku memandang kepalanya yang berbalut, wajahnya yang luka dan tangannya bahagian lengannya di simen. Tetapi separuh jalan, aku berhenti dan memandang chanyeol.
"Chanyeol, kenapa dengan baekhyun ni?"
"Tadi baekhyun dilanggar oleh sebuah kereta dekat sungai han" chanyeol membalas.
"Kenapa dia pergi sungai han?"
"Sebab dia nak ca-"
"Sebab saya yang nak jumpa dia" celah seseorang.
Aku memandang jejaka yang berada di sofa single itu. Mukanya yang tenang serta baby face menambahkan lagi kekacakannya. Dia ialah L2 ataupun luhan, sama pasukan dengan baekhyun dan chanyeol.
Oh ya, lelaki yang berada di dalam wad ni sekarang ialah kumpulan bodyguard yang diagihkan sama rata. Dalam satu kumpulan terdapat 10-12 orang. Dan kumpulan mereka ni dikenali sebagai EXO. Kumpulan yang paling popular dan di gred 5 bintang.
"So, macam mana keadaan dia sekarang?" aku bertanya lagi.
"Dia koma sebab kecederaan yang dialami pada kepalanya" jawab K5 atau kai.

YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfic[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...