➸14 | mesej misteri ◦•◉✿

95 13 3
                                    

●~●
T

iga hari kemudian

[Author pov]

"Aaaaaaaaa...." baekhyun membuka mulutnya luas.

"Harin cepatlah"

"Makan lah sendiri" kata harin sambil mencebik.

"Alaaaa. Bolehlah. Suapkan lah boyfriend awak ni" balas baekhyun sambil membuat puppy eyes.

Harin segera memandang baekhyun.

"Mweo?! Boyfriend? Yaahh byun baekhyun. Belum lagi lah"

"Ye ke? Ingatkan masa dekat hospital dah jadi"

Baekhyun memuncungkan mulut lalu dia mengambil sudu dan makan ramyeon yang disediakan. Harin yang berada ditepinya tersenyum melihat gelagat baekhyun.

Sesekali ada juga dia menguap. Time ni diorang dekat bilik baekhyun. Harin duduk dilantai dan kepalanya dibirai katil.

Tuan shin sediakan bilik tidur untuk baekhyun. Manakala chanyeol masih berada dibilik lama. Bilik lamanya itu, bukanlah tidak cantik. Bilik itu dilengkapi perabot yang cantik. Tetapi bilik yang dikhaskan untuk baekhyun juga cantik. Cuma terdapat meja solek dan sofa didalamnya.

"Emmm. Sedapnya. Pandailah harin masak ramyeon ni. Ada telur, cendawan uish sosej pun ada"

Baekhyun makan dengan berselera. Lama – kelamaan baekhyun hairan kerana harin tidak bercakap sepatah pun. Perlahan – lahan dia memusingkan kepalanya. Rupanya harin dah tertidur sambil tangannya menjadi tongkat dagunya.

"Haish, tidur pulak. Rupanya aku cakap dengan tunggul tadi. Hmm kesian dia. Mesti penat jaga aku kan?"

"Esok aku dah mula berkerja, so saya akan jaga awak semula harin"

Baekhyun menghabiskan ramyeonnya lalu dia makan ubat. Dia turun dari katil lalu dia mengangkat harin. Diletaknya harin diatas katil. Baekhyun menarik selimutnya hingga ke bahu harin.

"Maaflah sebab aku bangunkan kau pukul 3 pagi ni. Aku tau kau penat"

Baekhyun mengusap rambut harin lalu dia hadiahkan satu kucupan didahi harin.

"Goodnight harin"

Baekhyun bangun dan bergerak kesebelah harin. Dia baring disebelah harin sambil mengiring. Baekhyun melelapkan matanya.

.

Baekhyun membuka mata sedikit demi sedikit. Tangan kanannya berasa lenguh seperti ditindih sesuatu. Dipandangnya 'sesuatu' itu.

"Ah, patutlah tangan aku sakit"

Dipandangnya wajah harin. Rambut yang menutupi wajahnya diselak kebelakang dengan bantuan baekhyun.

Baekhyun tidak mengalihkan lengannya. Dia mengiring menghadap harin. Dipandang setiap sudut wajahnya.

"Cantiknya kau harin. Beruntunglah siapa yang kahwin dengan kau nanti"

"Hmm. Agaknya siapa yang kahwin dengan kau?" kata baekhyun. Suaranya tidak terlalu kuat.

Baekhyun memejamkan matanya selepas dia mengucapkan kata – kata tadi.

"Kau"

Baekhyun kembali membuka matanya. Rupanya harin dah bangun.

"Eh, se-sejak bila hari-"

"Sebelum awak bangun dan cakap seorang diri tadi"

Baekhyun hanya mengeluh.

"Wait. Saya ke yang kene kahwin dengan awak?"

Harin sekadar mengangguk.

"No no no"

"Ahh. Wae?"

"Sebab. Sebab. Sebab..."

Baekhyun menggantungkan ayatnya. Harin tidak sabar lalu dia duduk.

"Sebab apa?"

Baekhyun juga turut duduk.

"Sebab. Eh dah pukul 7. Saya pergi dulu"

Baekhyun berlari ke pintu lalu menuju ke bilik lamanya.

"Yah!! Byun baekhyun!!!"

Baekhyun menutup perlahan pintu biliknya. Dia mendekati chanyeol yang terbaring diatas katil.

"Hish capang ni. Asyik tidur je"

[Bunyi mesej masuk]

Baekhyun mendekati meja berdekatan katil. Lalu dicapainya telefon chanyeol. Selepas memasukkan password, baekhyun membuka mesej yang masuk.

.

Unknown

Hey capang

Aku bagi kau masa seminggu untuk kau bunuh harin

Kalau tak sebagai gantinya...

Aku nak nyawa kau

√√

Mata baekhyun terbeliak.

"Baekhyun..."

Baekhyun segera memadam mesej itu lalu diletakkan semula diatas meja tersebut. Lalu dia berjalan mendekati chanyeol.

"Ada apa chanyeol?"

"Kau tengok apa dekat telefon aku?"

"Ani. Aku nak tengok jam kejap. Kau pun tau kan dalam bilik ni tak ada jam"

Chanyeol sekadar mengangguk.

"Aku mandi dulu lah. Cepat siap. Dah pukul 7 pagi dah ni"

Baekhyun bergerak kearah almarinya. Belum sempat dia membuka almari itu, tangannya dihalang oleh chanyeol.

"Eh kenapa ni?"

"Takpe. Biar aku je yang ambil tuala kau. Kau pergi mandi dulu"

Baekhyun sekadar mengangguk lalu dia bergerak ke bilik air.

Selang beberapa minit, baekhyun membuka pintu lalu meminta chanyeol tualanya.

"Nah tuala kau. Ni baju kau. Tukar dalam bilik air"

Baekhyun kembali menutup pintu selepas mengambil tuala dan bajunya. Baekhyun semakin pelik dengan perangai chanyeol dari hari ke hari.

●~●

C ; My Bodyguard | BBH ✨Where stories live. Discover now