●~●
[Author pov]
"Cik harin. Lamanya saya tidur"
"Ya. Saya bersyukur sangat awak sedar"
"Badan saya rasa sakit. Tekak saya kering. Sebenarnya dah berapa lama saya tidur ni?"
"Dah 3 bulan"
"Oh, patutlah. Tapi semasa saya tidur, saya dapat dengar suara awak tapi sayup je"
"Awak nangis ke?" sambungnya lagi.
Harin sekadar tersenyum.
"Sayang juga awak dekat saya. Ingatkan saya seorang je yang ada perasaan kat awak. Rupanya dia pun sama" kata baekhyun perlahan.
Kening harin dijungkitkan sebelah.
"Kenapa awak tak terus terang dengan saya?"
"Pasal apa?" baekhyun bertanya kembali.
"Pasal awak suka saya"
"Sebab saya tak nak menaruh harapan. Kerja saya bahaya untuk orang yang saya suka. Macam sekarang ni"
"Oh, macam tu" balas harin sambil mengangguk – anggukkan kepalanya.
"Mana kawan – kawan saya? Kata nak datang"
"Kejap lagi diorang datang lah tu" balas harin sambil mengusap perlahan tangan baekhyun.
Tiba – tiba. Pintu dibuka dengan kuat. Dan terdengarlah kanak – kanak yang sedang berebut untuk masuk. Eh?
"Bagilah aku masuk dulu" kata jongdae.
"Ani. Hyung lah yang masuk dulu" kata yifan pula.
"Leader sepatutnya yang masuk dulu" celah junmyeon.
"Thehun thepatutnya mathuk dulu. Thehun kan maknae yang comel dan henthem (sehun sepatutnya masuk dulu. Sehun kan maknae yang comel dan hensem)" sehun juga tidak terlepas.
Semua terhenti apabila sehun memuji dirinya sendiri dan memandang sehun dengan riak wajah menyampah.
"Apa? Betulkan apa thehun cakap tadi?"
Semua mengeluh. Dan mereka bersambung untuk berebut.
"Bagilah namchin dia masuk dulu" kata chanyeol.
"Mana boleh, bagilah hyung manly ni masuk dulu" kata luhan pula.
"Bagilah baozi ni masuk" kata minseok.
"Bagilah leader masuk, nanti leader bagi kad kredit seorang satu"
Namun, kata – kata leader suho di hiraukan.
"Huhu sampai hati korang tak nak dengar apa yang hyung cakap"
Baekhyun dan harin hanya memerhatikan gelagat kawan tersayang mereka. Berebut nak masuk. Rindu agaknya nak berjumpa sahabat mereka yang dah lama sangat tidur. Dari maknae hingga ke leader. Semua berebut nak masuk. Macam kanak – kanak berebut mainan.
Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berlawan gunting batu dan kain. Dan satu per satu masuk kedalam wad baekhyun bermula dari chanyeol dan seterusnya diikuti oleh kyungsoo, luhan, kai, junmyeon, jongdae, minseok, lay, sehun, tao dan akhir sekali kris.
Wad baekhyun kini dipenuhi dengan suara mereka bersebelas. Mereka tidak berhenti mengatakan ayat – ayat syukur dan kata – kata semangat seperti...
"Syukur kau dah sedar baek"
"Lepas ni, tak ada lah aku seorang je yang happy virus nanti"
"Welcome back byun baekhyun"
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Hayran Kurgu[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...