➸21 | lari ◦•◉✿

56 9 0
                                    

●~●

Baekhyun, sehun dan kai sudah sampai di bangunan itu. Bangunan 5 tingkat itu dipandang.

Pada masa yang sama dalam bangunan itu di tingkat 3.

"Tengok tu. Hero dah sampai. Oh, dia bawa anak buah sekali. Sayang betul dia dekat perempuan ni." kata jungkook.

"Tapi kita tengok. Dia pilih yeoja ni atau... Kawan dia?" kata taehyung sambil memandang harin dan salah seorang rakan baekhyun.

Taehyung menyuruh orang suruhannya mengangkat harin dan rakan baekhyun. Dibawanya mereka berdua turun ke tingkat 1 menggunakan tangga di bahagian belakang bangunan. Telefon harin yang berada di tangan taehyung dihidupkan. Dia menaip sesuatu di dalam telefon itu. Lalu dicampaknya.

Pada masa yang sama. Baekhyun, sehun dan kai sudah hampir ke tingkat 3. Baekhyun cuba menelefon harin. Dan bunyi panggilan telefon itu bergema di tingkat 3. Mereka segera ke tempat bunyi itu.

Baekhyun memasuki salah satu bilik kosong disitu lalu diambilnya telefon harin.

"Tak guna. Taehyung lebih licik." bisik baekhyun.

Baekhyun membuka telefon harin dan melihat isi di dalamnya. Dan terteralah mesej yang ditinggalkan oleh taehyung. Baekhyun membacanya.

"Hyung. Tahniah kerana menjumpai telefon ini. Tapi tuan telefon hyung masih tak jumpa. Maaflah. Kami terpaksa melarikan diri ke tempat yang lebih selamat. Cari lah kami lagi. Hahahaha."

Itulah mesej yang ditinggalkan. Baekhyun semakin marah. Dan amarahnya membuatkan air matanya gugur. Hati baekhyun berasa pedih dan geram.

"Argggghhhhhh!!!!"

Baekhyun menjerit. Sehun dan kai segera menenangkan baekhyun. Air mata baekhyun jatuh satu per satu.

Kalau ada apa – apa terjadi pada harin, aku tak akan maafkan diri aku selama – lamanya.

●~●

C ; My Bodyguard | BBH ✨Where stories live. Discover now