●~●
[Author pov]
Baekhyun sedang termenung di dalam biliknya. Jari jemarinya naik ke rambut lalu dikusutkan. Perkara yang jadi di hospital tadi amat mengejutkan. Dia menunduk memandang lantai.
Dirinya kini berbaring memandang siling yang kosong. Fikirannya bercelaru. Matanya ditutup perlahan – lahan. Dia amat berharap semua ini hanya mimpi.
●~●
Flashback
Baekhyun mengintai luhan yang berada di dalam wad ungu. Dia hairan, siapa yang luhan lawat dihospital ini? Kawannya ke? Tapi sejak bila luhan ada kawan baru? Setahu baekhyun, hyungnya itu tak ada kawan sangat. Kalau ada pun hanya orang yang satu kumpulan dengannya sahaja.
Perasaan ingin tahu semakin memuncak. Baekhyun terpandang tag nama pada pintu wad itu. Nama pesakit ialah...
"Taehyung?!" kata baekhyun perlahan.
Baekhyun sedikit terkejut. Bukankah adik tirinya sudah mati? Betul ke tu taehyung. Bagi mendapatkan kepastian dia mengintai melalui pintu wad yang sedikit terbuka itu.
Dia terlihat wajah yang dia kenali diatas katil. Ya, itulah taehyung. Masih hidup lagi rupanya. Ada juga luhan dan beberapa orang lelaki yang baekhyun tidak nampak.
"Hyung, baekhyun hyung ada syak apa – apa ke?"
"Tak. Dia cuma kata yang chanyeol dah tak layan dia macam biasa" kata luhan.
Kedengaran beberapa orang lelaki lagi sedang tertawa. Suara tu. Baekhyun mengerutkan dahinya, dia ternampak seorang jejaka yang duduk disebelah katil. Park jimin sepupu taehyung.
Jadi luhan, chanyeol, taehyung, jungkook dan jimin. Sama – sama bersubahat? Apa yang mereka nak sebenarnya? Rasanya baekhyun tidak ada buat sesuatu yang mereka tak suka. Erm yeke? Atau sebab harin?
Oh ya ! Tuan shin ramai musuh, mungkin mereka berlima diarahkan oleh orang yang sama. Tapi siapa? Adakah...
"Kalau tak ada apa – apa lagi. Hyung pergi dulu"
Bunyi tapak kasut semakin menghampiri pintu wad itu. Dengan kelam kabut baekhyun melarikan diri ke dalam tandas lelaki berdekatan. Nasib baik sempat sembunyikan diri. Kalau tak semua plan dia hancur nanti.
Baekhyun perlahan – lahan keluar dari tandas apabila kelibat luhan sudah tiada. Dia segera menelefon sehun.
"Sehun, luhan hyung dah keluar. Kau tengok dia nak pergi mana pula sekarang?"
"Baik hyung"
"Kalau dah dapat maklumat. Call hyung"
Baekhyun mematikan panggilan tersebut dan menuju ke bahagian utama hospital. Dia perlu memastikan luhan ataupun rakan subahatnya tidak nampak dia disitu. Baekhyun terus pergi ke tempat meletakkan kereta.
●~●
"...luhan hyung terus balik rumah"
"Kalau macam tu, kau tunggu jelah. Kalau ada pergerakan dia, call hyung"
"Okay. Oh dan satu lagi. Dekat alat penjejak tu ada perakam suara"
"Jinjja? Wah, hebatnya dongsaeng hyung ni"
"Errr. Hyung. Takpelah , sehun dah ada seorang abang dirumah. Hyung tak perlu kot jadi abang sehun"
"Hmm yelah. Lain kali lintas jalan jangan pegang tangan hyung lagi"
"Ala. Jangan ma-"
Tut tut tut
"Padan muka kau sehun"
Baekhyun balik ke rumahnya. Memikirkan strategi baru mengenai adik tirinya dan sepupu taehyung itu.
Ingatkan luhan dengan chanyeol je yang jahat. Rupanya ada lagi penyangak. Bukan satu atau dua. Malahan lima sekaligus.
Dan.
Taehyung tak mati lagi. Tapi bagaimana? Mayat siapa dekat hospital hari tu? Oh ya, apa jadi dekat mayat tu? Chanyeol tak beritahu apa – apa langsung. Dan mereka pun tak ada buat pengebumian taehyung lagi rasanya.
Jadi mungkin itu semua hanya muslihat mereka. Untuk membuatkan baekhyun percaya yang taehyung dah mati.
●~●
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfic[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...