[Harin pov]
Aku masih tak setuju dengan keputusan appa. Aku tak suka bodyguard, rasa rimas lah. Nanti mesti aku tak boleh keluar rumah malam lagi. Haishh !Aku termenung di beranda bilik. Aku perasan pintu bilik aku diketuk lalu dibuka dari luar. Aku hiraukan.
"Cik"
Aku biar panggilan itu tidak berjawab. Aku pejamkan mata, merasai kesejukan angin menampar pipi. Amat tenang sekali waktu tu.
Aku tersentak apabila ada hembusan yang hangat dan lembut menyapa telingaku. Aku kaku lalu membuka mata.
"Cik"
Aku pasti tu suara namja, tapi tak mungkin appa? Perlahan-lahan aku memusingkan badan lalu menghadap namja yang memanggil aku tadi.
Aku terkejut melihat bodyguard aku berdiri tegak dihadapan ku dengan jarak yang dekat.
Maybe ni B1 sebab appa ada kenalkan diorang dekat aku tengah hari tadi. Yang lagi seorang entah kemana, malas aku nak fikir.
Aku cuba lawan matanya. Muka baby face weh. Hati aku hampir cair.
God please help me !
"Ada apa? " soalku dingin.
"Tuan Shin suruh turun makan" terangnya.
Aku sekadar mengangguk perlahan. Aku menuju ke pintu lalu turun kebawah. Sebelum aku lalu sebelah dia tadi aku sempat jeling dia. Heh.
Lepastu dia tersenyum sinis. Okay, untuk apa senyuman sinis tu heh?
Selepas menonton drama di televisyen selama 2 jam. Aku terus naik ke bilik. Si B1 pun ikut sekali, dia berdiri statik di pintu bilik.
Walaupun masih serumah sebumbung, dia akan ikut aku pergi mana-mana je. Aku pergi ke tandas, dia pula akan tunggu depan pintu tandas. Ciss.
Dia pakai cermin mata hitam, aku pasti dia tengah pandang aku lepastu cepat-cepat pandang tempat lain.
Dia tergoda dengan kecantikan aku lah tu. Ok dah jangan merepek. Aku duduk atas katil dan capai telefon bimbit.
Butang tengah aku tekan dan skrin telefonku mula bercahaya. Aku pandang jam pada skrin telefon.
Jam menunjukkan pukul 3:00 petang dan cuaca dekat luar tak terlalu panas. Aku membuka penghawa dingin. Rasa tenang yang amat apabila angin sejuk menyapa kulit.
Aku perasan yang si bodyguard appa ni perhatikan aku, jadi aku pun buka mulut.
Try nak jadi peramah sikit lah kan, nanti dia kata anak bos dia sombong pulak. Susah nanti.
"B1 kan? " soalku pecah kesunyian.
"Ya saya. Ada apa cik?"
"Tak payah nak cik cik sangat. Panggil je aku Harin" balasku.
"Tak boleh cik"
"Huh, sukahati kaulah. Tapi boleh tak kau keluar? Sebab aku nak tidur. Kalau kau tak nak keluar, kau boleh duduk dekat sofa tepi tu"
"Jangan risau lah, aku nak tidur je, bukannya nak bunuh diri, terjun bangunan semua tu. Aku waras lah"
Dia diam, lalu dia mengangguk dan menunduk sedikit. Dia melangkah keluar dari bilik aku.
Aku baring. Nak rehatkan mata. Selang beberapa minit aku tertidur.
Tuk tuk tuk
"Cik Harin bangunlah. Kita perlu ke taman untuk joging"
Tuk tuk tuk
"Cik Harin bangunlah"
"Hish, kacaulah orang nak tidur" rungutku perlahan.
Tuk tuk tuk
"Cik"
"Saya dah bangunlah!"
Senyap.
Tuk tuk tuk
"Hish nak apa lagi?"
"Boleh saya masuk?"
"Masuklah"
Pintu dibuka lalu dia memasuki bilikku. Aku duduk dan membetulkan baju serta rambut aku yang kusut-masai. Aku pandang dia tajam.
"Kau nak apa? " soalku.
"Maaf mengganggu tapi berdasarkan jadual baru cik, cik perlu berjoging pada pukul 5.30 petang. Dan ada 15 minit lagi untuk cik bersiap"
Aku sekadar membuat muka blur. Lalu aku merungut kecil.
"Saya tunggu diluar ye cik Harin" sambungnya lagi lalu keluar.
"Haish dia ni kan. Perlu ke joging tu? Aku senam dekat gim kan boleh, lagipun dekat luar tu panas. Nanti kulit aku gelap, Tak ada siapa nak kahwin dengan aku nanti. Huhu" rungut ku perlahan.
"Lepastu ada jadual harian bagai, hishh eommaaaa !"
Namun apakan daya. Terpaksa juga aku turutkan. Kalau tak, nanti dia ngadu dekat daddy, lepastu aku kene marah. Hmmm. Canteekk.
Aku mula bersiap dan mengenakan jaket hoodie warna ungu dan seluar track warna kelabu.
Aku pakai sedikit krim. Aku capai telefonku lalu mengatur langkah kearah pintu bilik. Dengan hati yang berat aku memulas tombol pintu.
B1 berdiri di hadapan pintu. Tapi dia nampak lain. Dia tak pakai cermin mata mahupun kot nya. Dia hanya pakai seluar tracksuit hitam dan hoodie berwarna maroon.
"Dah jom" kataku.
YOU ARE READING
C ; My Bodyguard | BBH ✨
Fanfiction[2017 BAEKHYUN MALAY FANFICTION] ✔30 chapter Hidup harin tidak tenang kerana keluarganya diancam oleh ahli kongsi gelap. Mungkin persaingan antara syarikat appanya menjadi penyebab ancaman tersebut berlaku. Setelah appanya tahu harin sentiasa keluar...